Pages

Sunday, December 14, 2014

stranger 02


kisah ini kisah perjalanan seseorang yang baru sedar untuk mencari makna hidup.
yang baru mula menghargai erti bernafas di atas muka bumi tuhan.
cerita seorang insan yang mula memandang dunia dari sudut lain.
cerita  bagaimana dia sedar realiti kewujudannya di dunia yang sementara ini.

diuji.
ditampar oleh kehidupan.
dilenyek dengan segala fantasi dunia.
dan bagaimana dia merangkak kembali kepada tuhan.
mencari satu cinta hakiki.
yang nyata,cinta itu takkan pernah kecewakan hati dan dirinya.
yang membolehkannya kembali tersenyum tenang.
mensyukuri setiap ddenyutan nadi yang masih berdenyut hingga kini.
Alhamdulillah.
"terima kasih Allah kerana masih menyanyangi diri aku".
senyum.

Friday, May 16, 2014

diri sendiri


satu soalan yang semakin kuat berlegar-legar di minda aku kini,nak-nak bila tengok tv,fb,ig,tweet etc.
'kenapa perlu meniru/jeles/bangga dengan style orang lain?'
'kenapa tak suka jadi diri sendiri?'

kadang-kadang (or most of the time) aku akan geleng kepala melihat reaksi orang zaman sekarang.
terlalu terkejar-kejar nak jadi paling glamer.or paling swag or paling cool etc.
sekarang zaman artis internet.
yang tak pernah nampak batang hidung masuk tv tetibe glamour sebab kebanyakkannya datang daripada blogger famous,youtuber etc.
(aku ni bukan jenis tau sangat pon benda-benda cenggini --')
ha-ha.
aku tak jeles pon dengan diorang.
aku lagi laa tak amek kisah hal diorang.
ikut la kot,dah rezeki boleh jadi glamer kan.aku ni pemalu,kalo boleh takde orang tau name aku lagi bagus.ha-ha jenis introvert berlebihan. :P
benda baik aku serius tak kisah dan galakkan orang ikut.
cuma yang aku kisah reaksi orang yang melihat.or mengomen.
reaksi masyarakat kita.
pakat nak ikut,nak buat jadi trend sebab si blogger/ig-er/fb-er etc ni buat cenggini cenggitu mende yang remeh-temeh.
contoh upload video anak tengah korek hidung.
or selfie setiap hari #ootd.sekali sekala gua takde hal,kalo dah hari-hari naik bosan gak mata gua.
belom campo lagi part romantik laki-bini yang bagi aku dah gaya macam takde privasi.
semua nak tunjuk pada dunia.
aku tahu zaman teknologi-segalanya-dihujung-jari-ni,kalau boleh sume tentang hidup kite,kite nak bagitahu orang.but please..sederhana.
ya Allah,tolong la jauhkan aku daripada perkara begini.
paling aku tak boleh terima,bila yang jenis pakai baju or tudung fesyen pelik-pelik.
dduhhh -,,-''
nak bergaya tade hal bagi aku,tapi jangan jadi alien.
aku tau,aku pon tak sempurna.
pernah je buat perkara remeh-temeh tu,malah masih dalam proses menahan diri daripada berbuat perkara sia-sia.
dosa pon banyak bertimbun-timbun.
just a plain me.
tapi bila dah tahap pakai tudung macam tengah gayekan rambut imaginasi,memang la aku cam haihlaaa.
ala bukan aku cakap takleh belit ke ape,cume,please la,takyah sampai jadi pelik.
yang gaya macam duk sarung sarang tebuan kat kepala pon ade.
sometimes,aku wonder gila la orang yang pakai tudung jenis terbelit gaye difficult gile tu,gile rajin diorang ni membelit bagai bile nak keluar rumah.
sebab bile aku membelit cara paling simple pon dah rase cukup membazir masa.tu belom campo aku pakai tudung 3 segi tu je,mudah tapi part bentuk muka tak-jadi tu memang menguji kesabaran la.
so memang aku sangat wonder la,rajin gile nak pakai gitu berkali-kali,nak-nak part nak solat amek wudhu bagai.huu
yang mengomen pulak kat fb ke ig ke,memang istighfar panjang la aku.
yang tukang updated tu satu hal la,tapi yang mengomen tu buat jiwa aku jadi kacau.
yang jenis auwww-chantek-gilee-awak,nanti-saya-pon-nak-jadi macam-awak-la or mecarut-mencaci-gaya-dia-yang-paling-mulia (oh ini bab lain) memang pening la aku duk tengok.dan terbaca.huu sabo je la.
tau tak,apa yang kita buat,kita cakap -(orang panggil akhlaq),mencerminkan hati kita macam mana sebenarnya.
juga pantulan kepada macam mana mak ayah dan guru kita didik kita.

the bigger picture yang aku cuba ketengahkan di sini ialah,
'kenapa kite mesti nak ikut trend sampai kadang-kadang aku tengok hilang identiti sendiri?'

dulu,yup aku pon jenis yang nak look cool,uptodated bagai jugak.
jenis nak ikut trend terkini jugak.
but nowadays,maybe sebab umur dah makin meningkat dan melihat kepada masyarakat hari ini yang sedang nazak,apabila most people suke ambil tahu hal remeh-temeh berbanding masalah besar umat,terutamanya umat Islam,aku cakap pada diri sendiri,
STOP.
cukup setakat ini.
baju,kasut,gadjet segala bagai tu,bukan masalah aku lagi.
beli yang boleh pakai.biar selesa jangan terseksa.seksa atas dunia ok lagi,akhirat?
nauzubillah.
jadi diri sendiri.kenapa nak malu even kalo looks like a kampung girl?
btw,i'm very proud of myself if someone call me kampung girl or takde trend or fesyen etc.
sebab itu menunjukkan aku jenis yang payah terpengaruh dengan  benda remeh dan picisan yang menjadi kegilaan manusia masa kini.
i'm not that shallow for my precious life.
i want to live my life.
25 years on this earth,amende sangat bakti aku pada bumi ni?
baca tentang ahmad ammar,sedar diri banyak gile kekurangan.
terasa diri sungguh kerdil dengan bayangan hidupnya di dalam sebuah buku berharga rm18.
tengok para ulama' yang tanpa putus asa berjuang menegak agama,serius,dengan 6 years and half habiskan masa belajar medik sungguh aku rasa terhina.
sikit pon aku tak bangga dengan sijil itu.
sebab kalau nak dibandingkan ilmu aku dan ilmu mereka,jauh bagai langit dengan bumi.
sedih.
tapi aku ada peluang.
dan aku akan gunakan peluang itu sebaik-baiknya nanti.
hidup biar jadi diri sendiri tapi jangan ingat diri sendiri je nak hidup.
kita ada masyarakat disekeliling kita.
itu tanggungjawab kita.
tak perlu nak terikut-ikut atau memuja orang lain.
kita ada yang Khaliq.
al Quran dan sunnah Rasulullah sepatutnya jadi ikutan kita.
just be yourself dengan syarat mematuhi batasan syariat.

p/s:ini hanya pendapat aku yang tak berapa nak betol.kalo taknak terima takpe,anggap je tengah baca berita seekor katak tengah melompat ditepi kaki makcik sem8ah rumah sebelah.






Monday, May 12, 2014

stranger 01


"ape name penuh ko?"
"Nur Iman binti Mohamad."
"ko grad mesir kan?"
"aah."
"U mane?"
"Universiti Ain Shams."
"ooo.apesal ko ni,aku tanye sepatah ko jawab sepatah?"
"penat.baru lepas post-night."
"bukan ke ko dah  tido tadi dalam kereta?"
'haihlaa mamat ni memang la takde perasaan agaknya.aku tak sempat jejak tanah luar hospital lagi dia da ajak aku pergi shopping baju raya dia pulak.puasa ramadhan pon belom,beria beno dia nak raya.ish'
"takat 5 minit takde maknenya dipanggil tido,"jawab Iman sambil memucungkan mulutnya.
"alaa teman aku kejap je pon.beli kain kat kedai nagoya je nanti.ko tolong aku pilih kain mana yang sesuai untuk aku pakai raya nanti,"pujuk Adib sambil mengunyah nasi goreng ayamnya dengan penuh nikmat.wajah Iman dipandangnya sekilas.
'muncung-muncungkan mulut pulak minah ni.cute jugak heh'
"ko sungguh tak nak makan ni?sedap tau makanan kat restoran ni."
"tak selera la doc Adib,perut saya sebu nanti kalau telan makanan tengah otak tak berapa nak betul ni."jawab Iman dengan nada tidak bermaya.'ya Allah mata ni dah berat betol ni.'
"ni apehal ko panggil aku doc adib ni?kan masa bekerja kan dah habis."
"erkk habis saya nak panggil ape pulak?"
'takkan nak cakap aku-ko pulak?'
"umur ko berapa?"
"25"
"haaa,panggil aku abang.abang adib sebab aku tua 3 tahun daripada ko."
muka selamba Adib di hadapannya dipandang lama.
'biar betul MO ni.dah la tadi macam nak tercabut jantung aku time dia ajak aku shopping tadi,siap pakat dengan kak che' (staf nurse) lagi tu time mengarah(atau dalam erti kata sebenar memaksa) aku keluar dengan dia.ni nak panggil abang pulak,eee..'
"apesal ko senyap pulak?"tanya Adib selamba melihat muka kelat HO yang dipaksa shopping baju rayanya bersama tadi dah bertukar gaya tertelan seekor katak apabila disuruh memanggil dirinya abang pula.dia tersenyum kejam.geli hati melihat gadis didepannya terkulat-kulat sebab kena buli dengannya dari tadi.
"sebab tak tau nak cakap ape,"balas Iman selamba.dia nampak senyuman kejam adib tadi.sumpah dia sanggup bagi gaji dia sebulan pada sesiapa yang sanggup ganti tempatnya sekarang.
'ek eleh poyo pulak menjawab cenggitu dengan aku.siap ko.'
"aku tak kire,kalo ko panggil doc Adib siap ko.nanti kena denda."
'padan muka,poyo lagi dengan aku.ha-ha'
'ish kerek gile doktor ni.arghhh aku tengah kepala tak berapa nak betol ni,dia buat perangai tak masuk akal pulak.grrr'
"tengoklah.."jawabnya dengan nada yang sengaja makin di'poyo'kan.matanya pula selamba sahaja memandang muka Adib dengan mata mengantuk-malas-nak-layan-manusia-yang-dipandangnya-itu.'haha padan muka,kejam sangat kan,biar ko sakit hati sensorang.'
'grrr.jaga ko.'

hilang idea -,,-

Monday, April 21, 2014

cita-cita dan kerja

sesape nak mai melawat or nak anto kad raye/kawen or nak meminang(opss) boleh la amek alamat kat atas.keke :P
cita-cita yang aku hanya sebut sejak kecik dan sehingga hari ini aku cam agak masih tak pecaya yang aku bakal bekerja sebagai a doctor.
alhamdulillah.
dan hari tu,time kene tebiu SPA,sedang tengah cuak+blur+senyum tak lekang,interviewer tanye,''ade terfikir nak amek master tak?''aku jawab dengan pantas ''yup,insyaAllah saye mahu sambung amek trauma surgery.''dan inche doc aka interviewer senyum dan bagi nasihat ''okes,nanti belajar sungguh-sungguh ye time HO,study balik sebab u jawab tadi agak tak teratur (aku dapat soklan trauma) dan yang penting jangan give up cita-cita awak tu.''dan sambil membelek-belek file sijil aku,beliau cakap lagi ''oooo budak MRSM rupenye.ok nanti jangan malukan MRSM ok,jangan quit ye.''aku jawab,''insyaAllah,doakan saya.''
serius,macam-macam aku dengar,mostly the bad one la.dan sekarang aku tengah sediakan diri aku ke tahap paling taktau-nak-letak-word-ape tapi yang penting supaya diri aku bersedia dan takkan sesekali berputus asa sewaktu berada di jalan ni.
sebab sesungguhnya ini jalan yang aku pilih.
semoga ape yang aku pilih ni,menjadi ibadat kepada ku.insyaAllah.
doakan aku.biar aku kuat dan tabah.
dah set dah lagu utk amek semangat penuh dalam mp3 ha-ha :D
dan jangan tanya bila aku nak kawen sebab aku pon taktau bila,siapa,dan dimana.
insyaAllah bila tiba masanya,akan terbongkar rahsia yang satu itu.
doakanlah jodoh aku sampai pada masa yang sesuai,waktu aku matang menguruskan hidup aku.sebab nak hidup dengan orang lain,yang sudah dewasa dan mempunyai gaya hidup tersendiri ni bukan senang macam gaya nak beli skirt kat instagram,pilih dan wasap penjual,tak. sebab memang perlu masa utk menerima dan menyesuaikan diri.
so,aku hanya boleh katakan,doakan aku dapat jodoh yang terbaik buat diri aku pada waktu yang sesuai dan yang paling penting,faham aku dan cita-cita aku.'kite' diskus baik punye,biar 2-2 bahagia impian tercapai gituwww.(haha berangan-terlebih-dose-bace-novel :P)
yes that 'onefineday',aku sendiri pon tertunggu-tunggu bila,siapa,dan dimana.heh :D
(psstt~~plus,i'm really enjoying my single life rite now and really need to enjoy it to the fullest sebelum bagi komitmen kat hidup orang lain.so kite enjoy dulu ye!~~ha-ha)

i keep,keep thinking that it's not goodbye
keep on thinking it's a time to fly~~
rindu zaman belajar sudahh..
US.6 YEAR AND HALF.CAIRO EGYPT.

Saturday, February 22, 2014

..masih berfikir 13..






Dia memandang sekeliling.
memandang setiap insan yang terfokus pada mata kasarnya.
berfikir.
cuba mencari secebis cerita di sebalik wajah yang menyapa penglihatannya.
ada yang kelihatan sedang memegang sejenis permainan sambil cuba tawar menawar dengan penjual.mungkin untuk cucunya ataupun anaknya yang masih kecil.
ada yang cuba menjunjung sebuah bakul entah terisi dengan apa,mungkinkah makanan mahupun bahan jualan demi menampung perut pada hari ini.
yang pasti,di setiap kerutan dan kedutan pada wajah mereka,pasti ada cerita mereka yang tersendiri.
ya.
setiap orang mempunyai jalan ceritanya sendiri.
siapakah mereka tika dahulu?sekarang?masa depan?
diri pada hari ini merupakan natijah kepada apa yang berlaku pada hari semalam.
dan semua orang berharap apa yang berlaku pada hari ini lebih baik daripada apa yang berlaku pada hari semalam.
dan esok jauh lebih baik daripada hari ini.
tetapi berapa ramaikah yang sedar untuk mendapatkan esok yang lebih baik,kita perlu mejadi terbaik pada hari ini.
'ah,sudah jauh aku mengelamun.dalam keadaan sesak pulak tu.haihhh..opss tak baik mengeluh hee'
Dia melangkah kaki ke arah sebuah bas.
menanyakan destinasi bas tersebut kepada pemandu.
dan menaiki tangga bas setelah diberitahu destinasi yang ingin dituju olehnya akan dilalui oleh bas tersebut.
dia duduk di salah sebuah kerusi di sebelah tingkap.
beg tangan di selongkar dan dia mengeluarkan sepasang 'earphone' dan mp3.'earphone' disumbat pada kedua-dua beah telinganya,punat 'play' ditekan lalu dia menyandar pada kerusi dan memandang ke luar tingkap.
cuba befikir tentang kehidupan.
hidupnya selama 24 tahun di muka bumi ini.
mengenang kembali memori-memori yang terlekat didalam mindanya.
kemudian,dia tersenyum pahit.

 220214 1108 abbasia



 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.