Pages

Thursday, April 11, 2013

fanatikkah daku?


setiap kali dapat lecturer yang mengajar dengan best,setiap kali itu la aku semangat berkobar-kobar nak update blog.tapi balik rumah aku lupakan hasrat tu sebab aku lupe ape sebenarnye yang telah aku berkobar-kobar dalam lec hall tadi.haha
by the way,hujung bulan ni aku exam end of the first semester.
yes,aku berdebbo tahap cipan.sebab dah lame tak exam.huuuu
so far,aku betol-betol jatuh chenta separuh mati dengan O&G/sakit puan dan perbidanan.
alhamdulillah.aku harap cita-cita aku tercapai utk futher study dalam bidang ni.
setiap kali belajar subjek tu,setiap kali tu la aku mesmerized dengan ciptaan Allah.
nak katenye,bukan subjek ni je la buat aku mesmerized,tapi setiap kali topic penyakit ape-ape je la yang doc ajar akan buat aku rase Allah itu maha besar,pencipta segalanya di atas muka bumi ni.
actually satu la yang makin buat aku suka dengan kerja sebagai seorang doktor ni,aku rase Allah nak tunjuk pada aku yang kita neh hanya hambaNya.Dia boleh buat ape sahaja ke atas kite untuk menunjukkan kekuasaanNya.
sebagai contoh,penyakit kanser.
sekelip mata sahaja Allah boleh tarik pelbagai nikmatNya dalam tubuh badan kita ini dengan hanya sel abnormal tumbuh secara tidak terkawal dimana-mana tempat yang telah Dia tentukan.
maksud aku,kite ni jangan sombong la bila berada di atas bumi ni.
jangan duk buat gaye god-complex sangat la.
setakat jadi doc pakai white coat gantung stetoskop kat tengkuk,tak payah nak sombong la ye.
kije dengan urine/blood/feces etc etc (segala bahan kotoan yang dihasilkan oleh manusia)
so tunduk padaNya setiap masa.
bukan pada nafsu diri.
ucap syukur setiap hari boleh sedut oksigen hembus karbon dioksida.
syukur juga sebab keadaan diri masih normal.
kadang-kadang jangan taktau,ramai orang sakit sebenarnya tapi tiada simpton.
sekali ada simpton,nyata sudah terlambat utk dipulihkan.
kami,sebagai doktor hanya melakukan yang terbaik untuk pesakit.
merawat dalam batasan seorang manusia sahaja.
yakinlah,hanya Dia,Allah,tuhan kita sahaja yang mampu menyembuhkan segala penyakit.
bukan kami,para doktor.

sempena general election 13 yang bakal berlangsung pd 5th of May,aku amat berharap kawan-kawan aku memilih yang terbaik utk generasi kita dan masa depan.
kita dah dalam linkungan umur layak mengundi sudah.
takyah nak koya muda tergedik-gedik korea sangat la.
or sibuk berangan sangat duk mencari imam/mujahid-ah.
pilihlah pemimpin negara yang akan mebawa kepada kegemilangan agama Islam.
bukan berdasarkan nafsu kita .
especially buat kawan-kawan yang rase politik tak penting or bajet-aku-tak-main-politik-aku-cool,
sedarlah.anda yang menentukan masa depan anda.
untuk terus dizalimi adalah amat tidak patut.
kalo nak rase sensorang silakan,tetapi sekarang melibatkan seluruh warganegara sendiri (bangla xtermasuk ok!),so harap tak pentingkan diri sendiri sahaja.
bagi yang buat statement adakah-politik-satu-satunya-yang-perlu-kita-titikberatkan?,serius aku mahu ketuk kepala mu.
sebab hal-hal seperti solat,puasa,kebersihan,dakwah etc etc itu adalah kewajipan seharian yang kite perlu titikberatkan.
politik ni sekali dalam 5 tahun kot.
kalo ade yang jenis semangat gantung bendera tapi subuh tak bangun,ye,itu kite tetap kene tegur,tapi bile sampai part buat statement macam la si kawan neh duk asyik berpolitik cam tak-hengat-dunia-seolah-olah- itu-aje-yang-dia-tahu tu,memang sungguh la tak patut bagi aku.
sebab politik ini adalah salah satu cabang besar dalam Islam.
untuk kita melaksanakan Islam dengan jayanya,kite amat memerlukan kuasa yang kukuh.
bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam membincangkan perlu-undi-calon-berwibawa sahaja.
kita perlukan strategi,pengalaman,kejujuran dan orang yang arif tentang selok-belok dalam bidang kepimpinan yang akan membawa keamanan kepada negara kelak tidak kira dari segi ekonomi,pendidikan,kesihatan mahupun keselamatan negara.
apabila keempat-empat bidang ini terjaga,maka lahirlah satu generasi yang akan membawa kembali kegemilangan Islam seperti kerajaan Umar bin Abdul Aziz dahulu.
andai hidup ini tiada yang rasa diri lebih hebat/kaya/bagus dari orang lain,alangkah indahnya dunia ini.
semua orang dapat hak yang sama rata.
kemudahan hospital yang mantap,sistem pendidikan yang terbaik(tidak sekular),tiada rasuah/riba etc,dan tiada isu culik,kanak-kanak hilang ikut bf/gf,rogol,altantunya or lahad datu.
sampai bila lagi kite nak jadi selfish?
hidup kau-kau,hidup aku-aku.
kite kene ingat,Allah tak turunkn balaNya hanya untuk certain people yang buat jahat tu.
Allah turunkan kepada semua tak kira siapa pun dia,dato' ke tan sri ke or tun sekalipon.tok iman pon kne skali jika itu kehendakNya.
aku ni bukan la fanatik politik ke ape,tapi sungguh aku dah tak tahan duduk atas dunia penuh dengan sifat mazmumah neh.rasuah,tipu,tindas,dan sebagainya.
yang kaya  terus kaya,yang miskin makin miskin.
takde sifat simpati,makin tidak berperikemanusiaan.
jangan duk pandang apa yang berlaku kat Palestin AJE,kelih sikit amek cakna orang Malaysia yang kene tindas kita-buat-buat-tak-nampak ni.
tak salah,malah digalakkan membantu umat Islam di Palestin,Syria,Rohigya,Bosnia etc etc.
cuma aku mahu juga korang amek cakna,biar ada rase bertanggunjawab menyuarakan hak-hak warganegara Malaysia yang telah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang zalim dan dipebodohkan oleh pihak media.
jangan fikir kite aje yang bagus,anak-anak muda (dan tua) yang masih lagho pon perlu dibaguskan jugak.
aku harap ada yang faham apa yang aku cuba maksudkan.
kite ni jangan jadi cerdik atas kertas aje,tang memainkan peranan tak cerdik.
mungkin ayat-ayat aku kedengaran kasar,maaf aku tak pandai mereka ayat berhemah.
khilaf sendiri tiada seni dalam menegur.
cuma satu aku harap,mesej aku sampai dijiwa dan akal fikiran korang.

p/s : i love my doctors.they are so great!^^

 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.