satu soalan yang semakin kuat berlegar-legar di minda aku kini,nak-nak bila tengok tv,fb,ig,tweet etc.
'kenapa perlu meniru/jeles/bangga dengan style orang lain?'
'kenapa tak suka jadi diri sendiri?'
kadang-kadang (or most of the time) aku akan geleng kepala melihat reaksi orang zaman sekarang.
terlalu terkejar-kejar nak jadi paling glamer.or paling swag or paling cool etc.
sekarang zaman artis internet.
yang tak pernah nampak batang hidung masuk tv tetibe glamour sebab kebanyakkannya datang daripada blogger famous,youtuber etc.
(aku ni bukan jenis tau sangat pon benda-benda cenggini --')
ha-ha.
aku tak jeles pon dengan diorang.
aku lagi laa tak amek kisah hal diorang.
ikut la kot,dah rezeki boleh jadi glamer kan.aku ni pemalu,kalo boleh takde orang tau name aku lagi bagus.ha-ha jenis introvert berlebihan. :P
benda baik aku serius tak kisah dan galakkan orang ikut.
cuma yang aku kisah reaksi orang yang melihat.or mengomen.
reaksi masyarakat kita.
pakat nak ikut,nak buat jadi trend sebab si blogger/ig-er/fb-er etc ni buat cenggini cenggitu mende yang remeh-temeh.
contoh upload video anak tengah korek hidung.
or selfie setiap hari #ootd.sekali sekala gua takde hal,kalo dah hari-hari naik bosan gak mata gua.
belom campo lagi part romantik laki-bini yang bagi aku dah gaya macam takde privasi.
semua nak tunjuk pada dunia.
aku tahu zaman teknologi-segalanya-dihujung-jari-ni,kalau boleh sume tentang hidup kite,kite nak bagitahu orang.but please..sederhana.
ya Allah,tolong la jauhkan aku daripada perkara begini.
paling aku tak boleh terima,bila yang jenis pakai baju or tudung fesyen pelik-pelik.
dduhhh -,,-''
nak bergaya tade hal bagi aku,tapi jangan jadi alien.
aku tau,aku pon tak sempurna.
pernah je buat perkara remeh-temeh tu,malah masih dalam proses menahan diri daripada berbuat perkara sia-sia.
dosa pon banyak bertimbun-timbun.
just a plain me.
tapi bila dah tahap pakai tudung macam tengah gayekan rambut imaginasi,memang la aku cam haihlaaa.
ala bukan aku cakap takleh belit ke ape,cume,please la,takyah sampai jadi pelik.
yang gaya macam duk sarung sarang tebuan kat kepala pon ade.
sometimes,aku wonder gila la orang yang pakai tudung jenis terbelit gaye difficult gile tu,gile rajin diorang ni membelit bagai bile nak keluar rumah.
sebab bile aku membelit cara paling simple pon dah rase cukup membazir masa.tu belom campo aku pakai tudung 3 segi tu je,mudah tapi part bentuk muka tak-jadi tu memang menguji kesabaran la.
so memang aku sangat wonder la,rajin gile nak pakai gitu berkali-kali,nak-nak part nak solat amek wudhu bagai.huu
yang mengomen pulak kat fb ke ig ke,memang istighfar panjang la aku.
yang tukang updated tu satu hal la,tapi yang mengomen tu buat jiwa aku jadi kacau.
yang jenis auwww-chantek-gilee-awak,nanti-saya-pon-nak-jadi macam-awak-la or mecarut-mencaci-gaya-dia-yang-paling-mulia (oh ini bab lain) memang pening la aku duk tengok.dan terbaca.huu sabo je la.
tau tak,apa yang kita buat,kita cakap -(orang panggil akhlaq),mencerminkan hati kita macam mana sebenarnya.
juga pantulan kepada macam mana mak ayah dan guru kita didik kita.
the bigger picture yang aku cuba ketengahkan di sini ialah,
'kenapa kite mesti nak ikut trend sampai kadang-kadang aku tengok hilang identiti sendiri?'
dulu,yup aku pon jenis yang nak look cool,uptodated bagai jugak.
jenis nak ikut trend terkini jugak.
but nowadays,maybe sebab umur dah makin meningkat dan melihat kepada masyarakat hari ini yang sedang nazak,apabila most people suke ambil tahu hal remeh-temeh berbanding masalah besar umat,terutamanya umat Islam,aku cakap pada diri sendiri,
STOP.
cukup setakat ini.
baju,kasut,gadjet segala bagai tu,bukan masalah aku lagi.
beli yang boleh pakai.biar selesa jangan terseksa.seksa atas dunia ok lagi,akhirat?
nauzubillah.
jadi diri sendiri.kenapa nak malu even kalo looks like a kampung girl?
btw,i'm very proud of myself if someone call me kampung girl or takde trend or fesyen etc.
sebab itu menunjukkan aku jenis yang payah terpengaruh dengan benda remeh dan picisan yang menjadi kegilaan manusia masa kini.
i'm not that shallow for my precious life.
i want to live my life.
25 years on this earth,amende sangat bakti aku pada bumi ni?
baca tentang ahmad ammar,sedar diri banyak gile kekurangan.
terasa diri sungguh kerdil dengan bayangan hidupnya di dalam sebuah buku berharga rm18.
tengok para ulama' yang tanpa putus asa berjuang menegak agama,serius,dengan 6 years and half habiskan masa belajar medik sungguh aku rasa terhina.
sikit pon aku tak bangga dengan sijil itu.
sebab kalau nak dibandingkan ilmu aku dan ilmu mereka,jauh bagai langit dengan bumi.
sedih.
tapi aku ada peluang.
dan aku akan gunakan peluang itu sebaik-baiknya nanti.
hidup biar jadi diri sendiri tapi jangan ingat diri sendiri je nak hidup.
kita ada masyarakat disekeliling kita.
itu tanggungjawab kita.
tak perlu nak terikut-ikut atau memuja orang lain.
kita ada yang Khaliq.
al Quran dan sunnah Rasulullah sepatutnya jadi ikutan kita.
just be yourself dengan syarat mematuhi batasan syariat.
p/s:ini hanya pendapat aku yang tak berapa nak betol.kalo taknak terima takpe,anggap je tengah baca berita seekor katak tengah melompat ditepi kaki makcik sem8ah rumah sebelah.
0 comments:
Post a Comment