Pages

Monday, September 16, 2013

tingkap kereta


sejak aku membesar ni (sejak hilang motion sickness),aku jarang tertido dalam kereta kalo bermusafir ke mana-mana.kalo tertido tu kompem gua sangat penat letteww.
dan aktiviti aku untuk isi masa lapang itu adalah dengan perhati segala benda kat luar sana sambil sumbat earphone ke dalam telinga.
dan jikalau aku gembira pada waktu tu,kemain la aku buat konsert sendiri dalam kereta.sebbaik parents aku tahan je la amende aku buat neh.kalo ade abang aku,aku tak buat la konsert tu,malas nak bergaduh.
btw,selain aku cuba mengekspresi mood aku dengan cuaca dan keindahan di luar kereta,aku jugak terfikir satu benda ni kalo aku tengah lalu kawasan bandar/tempat yang ade bangunan banyak.
aku terfikir camne kehidupan kite for the next 4 years.
what i mean is,sekarang kehidupan makin sesak especially dari segi ekonomi.
aku bukan pakar ekonomi,tapi sebagai seorang pengguna,aku cuba meletakkan diri aku dalam kasut semua orang kat atas dunia ni mengikut ekonomi sekarang.
sebagai contoh,aku jadi diri aku sendiri.next year,insyaAllah lepas graduate aku akan kerja as a HO.
then aku tak pasti gaji HO sekarang berapa,tapi katakan lah rm3000.
ok,1st thing,aku nak bayar hutang pinjaman pengajian aku.hutang sekarang tak termasuk duit tambahan for another 6 months dah rm300 000.so if aku lulus (insyaAllah) semua tahun,aku hanya perlu bayar 10% means rm 30 000.then if i pay rm300 from my salary each month,that would be almost 9 years to pay all of my hutang.tu baru hutang pinjaman belajar utk degree.tak campo lagi kereta,rumah,kawen (insyaAllah),anak-anak,ibuayah,adek-adek etc.lelah lah kalo nak kire,then kat mana aku nak simpan utk masa tua aku?
kereta makin mahal rumah apetah lagi kan?ni aku blom kerja lagi,so another 1-2 years entah berape la.huu
tu pon aku ni alhamdulillah datang daripada keluarga yang sederhana,bermaksud mampu utk makan kenyang,ade tempat berteduh yang selesa,ade barang yang tak berapa perlu (even duit sendiri).
so kalo orang yang datang dari keluarga yang susah dan sangat susah camne?
maksud aku,kecik-kecik dah kene cari duit utk makan hari itu,bukan utk berhari-hari.
tak tambah lagi dengan takde pendidikan,yuran sekolah + buku sekarang agak mencekik darah la.bantuan secoet aje (tu pon kemain bising tayang-tayang kat tv/billboards) tak mampu utk tanggung mereka survive setahun.
ni tak masuk lagi aku membebel pasal sistem zakat lagi ni.
dan jugak tak termasuk lagi dengan pendidikan agama.
mostly aku tengok orang miskin dari kalangan biasa-biasa je bab agama.malah ade yang taktau langsung (oh,ini melalui pemerhatian aku aje ye).
sebab mostly camtu la sebab biasanya keluarga yang ada fahaman agama yang kuat,aku perhati mereka hidup cukup.tak lebih tak kurang.
jadi sebenarnye keadaan ini memberi efek yang amat besar utk generasi yang akan datang.
yang miskin makin miskin dan sengsara,yang kaya makin kaya dan juga sengsara.
sengsara orang kaya mostly sebab mereka hidup dengan perasaan tak cukup nak cekau duit orang (aku tak cakap semua orang kaya begini,sekali lagi daripada pemerhatian aku).dah la mencekau,takde simpati dan empati dalam diri utk memahami golongan yang susah.
dan aku terfikir,diorang ni tak rasa bersalah ke makan harta orang?hidup diorang tenang ke?
kalo tak mencekau,ade yg just hidup dengan kehidupan mereka sendiri.maksud aku,lantak la orang miskin banyak ke tak,janji aku hidup dengan cara aku dan bahagia.
sampai kadang-kadang mempersoalkan kenapa yang miskin ni minta bantuan. (kisah benar)
mungkin orang akan kata aku ni cakap camni sebab politik,tapi hakikatnya camni la sebenarnya masyarakat kita hari ini.
yup nak buat baik memang takpayah tunjuk kat orang,tapi jumlah yang buat baik tu masih blom mampu cover orang yang takbuat baik dan memudaratkan orang lain.
sometimes bantuan ade,cuma tak sampai kepada mereka yang memerlukan sebab kene cekau dengan orang tengah.
dan the story goes on and on and on...
tu baru bab ekonomi.
masuk bab sosial.
sekarang aku tengok masyarakat kita terbahagi kepada 3 golongan.
pertama ramai yang mahu agama sekarang.alhamdulillah orang ramai makin cintakan ilmu agama.
kedua ramai jugak golongan yang biasa-biasa.yang jenis ni jenis kalo ade mood utk cari ilmu ade la,kalo takde malas la.
yang ketiga ramai jugak golongan anti agama,sukakan hendonisme.yang ini serius sadis.sebabnye,hendonisme yg extereme bukan jenis biasa.
aku malas nak berbicara sangat pasal ni sebab masing-masing boleh perhati sendiri generasi kite sekarang camne.apa yang aku nak tekankan di sini,yang hanyut terus hanyut,yang timbul kurang menolong yang hanyut.yang terapung lagi la,langsung tak buat pape.
kalo masuk bab kesihatan lagi la aku cam nak menangis.
aku tak masuk kerja lagi cuma aku banyak kawan yang dah bekerja dalam hospital dan aku dengar bermacam-macam jenis kisah dari pakar hinggalah saudara-mara pesakit.termasuklah nak bina hospital etc etc.
dan buat semua ini buat aku fikir betapa sekularnya kite pada hari ini.
aku sedang menghadam buku TGNA bertajuk bicara ini demi Ilahi.
dan setakat aku baca baru 1/5 buku,tok guru banyak tekankan bab akhlak.
akhlak yang ada dalam kita sekarang ini mencerminkan siapa sebenarnya diri kita.
adakah kita mencotohi akhlak Rasulullah yang menjadi lambang akhlak seorang muslim?
Islam itu bukan hanya sekadar agama yang kita letak di dalam IC.
Islam itu Addin.THE WAY OF LIFE.
everything yang kita buat atas dunia ni,sila setkan dalam otak bagaimana Islam dan Rasulullah ajar utk berakhlak dalam perkara tersebut sebelum bertindak.
akhlak kita adalah pantulan hati kita.
jadi bagaimanakah akhlak kita dalam semua perkara?
aku cuba bayangkan sebenarnya andai kata,pemimpin kita dan seluruh masyarakat kita meletakkan islam itu sebagai the way of life,mesti kita bahagia sekarang.takde manusia yang saling berdengki (?) sebab semua orang rasa cukup dengan hidup masing-masing.
dan aku rasa takde racism sebab Islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada semua orang,maka semangat perpaduan tu lebih kukuh dengan Islam as addin.
dan itulah bayangan aku terhadap kerajaan di bawah pemerintahan khalifah Umar bin Abd Aziz.
dan jika ada manusia bertanya,andai aku boleh pergi kepada masa lalu,sungguh aku teringin hidup di zaman pemerintahan beliau.
entah,sebenarnya aku tak berapa pasti apa yang aku cuba bebelkan kali ini,cuma aku harap ade yang faham point yang aku cuba sampaikan.

so selamat hari malaysia.
let's pray for the better Malaysia insyaAllah.

psstt i have some controversial statement to make but i restrain myself because of many reasons.so,put it short,i really pray for the better ummah.insyaAllah.~ :)
semoga sentiasa dalam lindunganNya.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.