Pages

Saturday, September 7, 2013

my randomness and me


okes dah memang lama gila tak menaip kat sini.kadang-kadang (bukan kadang-kadang tapi selalu) aku ade je idea nak luah kat sini tapi balik aje rumah dan hadap aje lappy,entah ke mane terbang aku punye idea tu.
by the way,memandangkan tahun 2013 ni merupakan tahun terakhir aku di faculty of medicine,Ainshams University,so aku berharap aku study dengan lebih fokus dan lebih rajin.
namun,apa yang berlaku adalah sebaliknya,ha-ha!tipikal amy.huh
sekarang,september 2013.
waktu untuk study leave for my final exam in nov.
tapi hakikatnya aku tetap tak dapat nak fokus sangat.
andaikata boleh belah otak aku n tengok ape yang ada dalam kepala aku ni,sesungguhnya study dan final exam amat la kecik ruangnya berbanding benda lain.
serius!
entah ape yang aku fikir sebenarnya aku sendiri pon taktau.
its more kepada aku keliru,serabut dan agak hilang punca jugakla.
banyak mende sangat yang aku fikir kot.rase cam hidup dalam banyak dunia.kemungkinan ini disebabkan overdose bace buku cerita kot.haha adeh la..taktau la kenapa tahun ni rajin bebeno otak aku distract aku dengan keinginan membaca yang meruap-ruap (amboih ko,bahasa!ha-ha) yang mengakibatkan aku terlebih dose perkataan.ngeh =='
kalo bab study,sekarang aku cuba la jugak menyelami perkataan yang ada dalam bailey&love/Lange O&G,tapi terus terang aku cakap,aku cam banyak keliru dan bercelaru dengan segala maklumat yang ada dalam kepala aku.dan yang buat aku rasa keadaan lebih sadis sekarang ni,aku cam tak berapa nak faham dan kaitkan amende yang aku belajar (i mean g lectures) dan amenda yang aku baca sekarang ni.cam segalanya kabur.
literally begitu la keadaan study aku.dan aku teramat teringin ke kuliah balik,nak mintak doc ajar balik segala benda.rase cam aku terlepas pandang segala benda.especially waktu sem 2.
dan disebabkan aku terlebih bace novel tahun ni,aku cam rase aku banyak membazirkan masa aku membesar/childhood aku dengan duduk dalam kepompong biasa.
tadi aku singgah ke sekolah adek aku,si Amir.time hantar barang ke hostel dia,aku nampak kumpulan pancaragam sekolah dia tengah berlatih kat padang sekolah.and guess what?aku terfikir novel anthem by hlovate.kebetulan ade sorang budak yang patut main trombone lambat ke latihan and kene denda pumping taktau-brape-kali-hehe.lagi la buat aku bayang scenes Dash kene denda dengan Lee Hitler tu.haha.
tapi selain itu,kejadian tu jugak buat aku fikir kenape aku tak belajar or join aktivit cenggitu eh?i mean belajar main alat muzik/menembak/memanah/memasak/public speaking/belajar bahasa etc etc.time kat Taiping dulu boleh la aku aktif skit time riadah n persatuan.tapi tu pon sebab kawan-kawan bersemangat kot.pernah je la nak wakil sekolah dalam acara menembak tapi aku quit (dan pertandingan pon takde sebab ape entah) sebab jenis more kepada cari mende yang senang nak buat.aku malas nak g latihan satu hal. sebab tu la kot aku rase sampai sekarang aku masih tercari-cari lagi ape la bakat aku.adeh ==' nasib la tak berbakat huhu
dari dulu lagi aku duk fikir amenda la yang aku berbakat sangat dalam hidup ni.semua aku buat cam biasa-biasa aje,takde yang luar biasa.mungkin jugak sebab aku ni jenis tak suka menonjol kot.jenis yang belakang-belakang je la.kalo ke depan tu pon sebab orang paksa.sebbaik la aku duk Taiping dulu sebab before that,aku punye self esteem cam kureng la.sebab utama masalah persekitaran yang takde encouragement like cam semua orang just bagi perhatian kepada certain people like popular guys and girls aje.so yang tak popular memang tenggelam habis la.(bukan bermaksud nak jadi glamour ke ape,just persekitaran tu buat self esteem most of us cam rendah).tapi sejak hari pertama aku jejak kaki kat MJSC Taiping,aku dapat bina keyakinan diri sedikit demi sedikit sampai la sekarang boleh aje angkat tangan (even dalam keadaan masih ragu-ragu) untuk jawab dalam kelas.tu pon mostly aku jawab pada syek or zura.huhu sebab masa di Taiping,everyone hears everyone (pada aku la) especially my classmates la.teachers pon sangat bersemangat dengar pendapat pelajar.teringat kene jumpe pengetua 2 kali,1st sebab kenapa quit menembak,2nd kenapa katil aku patah time bestday aku (classmates aku serang aku ramai-ramai atas katil time tengah malam haha).alhamdulillah sebbaik pengetua sporting n banyak bagi nasihat pada aku (time kasih cikgu ^^)

so konklusinya,aku perlu buat azam baru dalam hidup.
bukan azam baru sangat pon.
azam yang dulu untuk aku baharukan (betol ke word ni?)
dulu aku ade cita-cita lain dan aku harap one fine day aku boleh tunaikan cita-cita tu.
aku jugak ade dreams baru setelah menghadap novel sandal bunga-bunga dan Velvet di Durham (VD).
dan aku amat berharap one fine day aku dapat tunaikan dreams aku ni.
cuma,i really need to sort out my life rite now.
study biar fokus!biar lekat dalam kepala tu.
bak kata Fid (watak dalam VD),tahu dan faham itu 2 perkara yang berbeza.jika tahu sahaja bermakna kau tahu dari segi teori sahaja,tetapi kalo faham kau menang teori dan praktikal!(ayat aku kupas sendiri)
yang penting faham,even dah takde masa sangat utk aku merangkak bace buku sekarang ni,heh --'
chow~!

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.