Pages

Thursday, October 10, 2013

manusia


terjadinya seorang insan itu
bukan hanya sekadar percantuman sperma dan ovum
maka wujud lah XX ataupun XY
tidak
tahukah engkau kejadian dirimu tak semudah itu
tahukah engkau proses menjadi dirimu sungguh rumit
kejadian yang buat engkau ternganga pabila mengetahuinya
apetah lagi kejadian alam penuh misteri ini
proses yang tak tercapai dek akal kecil mu
ya
akal kecil yang selalu kau banggakan itu
hei manusia!
yang malas bersujud kepada pencipta diri dan alam ini
hei manusia!
yang tidak malu membuat dosa malah bangga
hei manusia!
yang rasa diri baik dan cukup bagus
tahukah engkau dulu pernah berjanji kepadaNya sewaktu di alam roh dahulu?
janji yang diungkapkan sebelum engkau ditiup ke dalam jasadmu yang berada di dalam rahim ibumu
untuk taat dan menjadi hambaNya yang patuh  (al-A'raf :172)
tidak melakukan kerosakan di bumi tua ini
tidakkah kau ingat akan janji-janji mu itu?
ya
insan itu bermaksud lupa
lupa asal usulnya
setelah berjaya meninggi ke langit
sudah tak mahu berpijak ke tanah kembali
bersujudlah wahai manusia
jadilah hamba yang diredhai Allah
jangan lagi engkau mengundang murkaNya
kerna padah bukan pada engkau seorang sahaja
bala diturunkan olehNya bukan bala sia-sia
semuanya adalah peringatan buat diri kita
carilah dirimu dalam perjalanan mengenal Allah
dan juga RasulNya
semoga sentiasa dalam lindugan dan rahmatNya

-otak tengah senak,chukai kemaman
originally by me amy-tengah-serabut-nak-berpuisi

Tuesday, October 8, 2013

m.a.s.a


demi masa
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
melainkan orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran
(Al-Asr,1-3)

masa itu emas.
masa takkan boleh diulang kembali.
rugi dan terus merugikan jika tiada inisiatif utk berubah.

apesal aku cam tak amek serius nak final ni?
hanyut dan terus hanyut.
semuanya fiksyen
tapi kenapa terasa di awang-awangan?
overdoses of fictions are very dangerous to your health and future.
stop it.
kembali kepada realiti.
yeah i lived in many lives in a book.
doa dan terus berdoa.
semoga ini baik untuk aku dan juga baik untuk kamu.
dan sesungguhnya masa tak boleh diulang.
tapi kenangan tetap ada.
dan aku akan terus mencari Dia.
di dalam setiap nafas yang aku sedut dan hembus.
semoga sentiasa di dalam rahmatNya.






Sunday, September 29, 2013

buku merah




bawa aku pergi
pacu laju laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita tak perlu kembali 


dan tetiba aku rase nak kawen ha-ha!mohon carikan ku calon heh :P
bahana baca novel 13 jam A380 -,,-'



Monday, September 16, 2013

tingkap kereta


sejak aku membesar ni (sejak hilang motion sickness),aku jarang tertido dalam kereta kalo bermusafir ke mana-mana.kalo tertido tu kompem gua sangat penat letteww.
dan aktiviti aku untuk isi masa lapang itu adalah dengan perhati segala benda kat luar sana sambil sumbat earphone ke dalam telinga.
dan jikalau aku gembira pada waktu tu,kemain la aku buat konsert sendiri dalam kereta.sebbaik parents aku tahan je la amende aku buat neh.kalo ade abang aku,aku tak buat la konsert tu,malas nak bergaduh.
btw,selain aku cuba mengekspresi mood aku dengan cuaca dan keindahan di luar kereta,aku jugak terfikir satu benda ni kalo aku tengah lalu kawasan bandar/tempat yang ade bangunan banyak.
aku terfikir camne kehidupan kite for the next 4 years.
what i mean is,sekarang kehidupan makin sesak especially dari segi ekonomi.
aku bukan pakar ekonomi,tapi sebagai seorang pengguna,aku cuba meletakkan diri aku dalam kasut semua orang kat atas dunia ni mengikut ekonomi sekarang.
sebagai contoh,aku jadi diri aku sendiri.next year,insyaAllah lepas graduate aku akan kerja as a HO.
then aku tak pasti gaji HO sekarang berapa,tapi katakan lah rm3000.
ok,1st thing,aku nak bayar hutang pinjaman pengajian aku.hutang sekarang tak termasuk duit tambahan for another 6 months dah rm300 000.so if aku lulus (insyaAllah) semua tahun,aku hanya perlu bayar 10% means rm 30 000.then if i pay rm300 from my salary each month,that would be almost 9 years to pay all of my hutang.tu baru hutang pinjaman belajar utk degree.tak campo lagi kereta,rumah,kawen (insyaAllah),anak-anak,ibuayah,adek-adek etc.lelah lah kalo nak kire,then kat mana aku nak simpan utk masa tua aku?
kereta makin mahal rumah apetah lagi kan?ni aku blom kerja lagi,so another 1-2 years entah berape la.huu
tu pon aku ni alhamdulillah datang daripada keluarga yang sederhana,bermaksud mampu utk makan kenyang,ade tempat berteduh yang selesa,ade barang yang tak berapa perlu (even duit sendiri).
so kalo orang yang datang dari keluarga yang susah dan sangat susah camne?
maksud aku,kecik-kecik dah kene cari duit utk makan hari itu,bukan utk berhari-hari.
tak tambah lagi dengan takde pendidikan,yuran sekolah + buku sekarang agak mencekik darah la.bantuan secoet aje (tu pon kemain bising tayang-tayang kat tv/billboards) tak mampu utk tanggung mereka survive setahun.
ni tak masuk lagi aku membebel pasal sistem zakat lagi ni.
dan jugak tak termasuk lagi dengan pendidikan agama.
mostly aku tengok orang miskin dari kalangan biasa-biasa je bab agama.malah ade yang taktau langsung (oh,ini melalui pemerhatian aku aje ye).
sebab mostly camtu la sebab biasanya keluarga yang ada fahaman agama yang kuat,aku perhati mereka hidup cukup.tak lebih tak kurang.
jadi sebenarnye keadaan ini memberi efek yang amat besar utk generasi yang akan datang.
yang miskin makin miskin dan sengsara,yang kaya makin kaya dan juga sengsara.
sengsara orang kaya mostly sebab mereka hidup dengan perasaan tak cukup nak cekau duit orang (aku tak cakap semua orang kaya begini,sekali lagi daripada pemerhatian aku).dah la mencekau,takde simpati dan empati dalam diri utk memahami golongan yang susah.
dan aku terfikir,diorang ni tak rasa bersalah ke makan harta orang?hidup diorang tenang ke?
kalo tak mencekau,ade yg just hidup dengan kehidupan mereka sendiri.maksud aku,lantak la orang miskin banyak ke tak,janji aku hidup dengan cara aku dan bahagia.
sampai kadang-kadang mempersoalkan kenapa yang miskin ni minta bantuan. (kisah benar)
mungkin orang akan kata aku ni cakap camni sebab politik,tapi hakikatnya camni la sebenarnya masyarakat kita hari ini.
yup nak buat baik memang takpayah tunjuk kat orang,tapi jumlah yang buat baik tu masih blom mampu cover orang yang takbuat baik dan memudaratkan orang lain.
sometimes bantuan ade,cuma tak sampai kepada mereka yang memerlukan sebab kene cekau dengan orang tengah.
dan the story goes on and on and on...
tu baru bab ekonomi.
masuk bab sosial.
sekarang aku tengok masyarakat kita terbahagi kepada 3 golongan.
pertama ramai yang mahu agama sekarang.alhamdulillah orang ramai makin cintakan ilmu agama.
kedua ramai jugak golongan yang biasa-biasa.yang jenis ni jenis kalo ade mood utk cari ilmu ade la,kalo takde malas la.
yang ketiga ramai jugak golongan anti agama,sukakan hendonisme.yang ini serius sadis.sebabnye,hendonisme yg extereme bukan jenis biasa.
aku malas nak berbicara sangat pasal ni sebab masing-masing boleh perhati sendiri generasi kite sekarang camne.apa yang aku nak tekankan di sini,yang hanyut terus hanyut,yang timbul kurang menolong yang hanyut.yang terapung lagi la,langsung tak buat pape.
kalo masuk bab kesihatan lagi la aku cam nak menangis.
aku tak masuk kerja lagi cuma aku banyak kawan yang dah bekerja dalam hospital dan aku dengar bermacam-macam jenis kisah dari pakar hinggalah saudara-mara pesakit.termasuklah nak bina hospital etc etc.
dan buat semua ini buat aku fikir betapa sekularnya kite pada hari ini.
aku sedang menghadam buku TGNA bertajuk bicara ini demi Ilahi.
dan setakat aku baca baru 1/5 buku,tok guru banyak tekankan bab akhlak.
akhlak yang ada dalam kita sekarang ini mencerminkan siapa sebenarnya diri kita.
adakah kita mencotohi akhlak Rasulullah yang menjadi lambang akhlak seorang muslim?
Islam itu bukan hanya sekadar agama yang kita letak di dalam IC.
Islam itu Addin.THE WAY OF LIFE.
everything yang kita buat atas dunia ni,sila setkan dalam otak bagaimana Islam dan Rasulullah ajar utk berakhlak dalam perkara tersebut sebelum bertindak.
akhlak kita adalah pantulan hati kita.
jadi bagaimanakah akhlak kita dalam semua perkara?
aku cuba bayangkan sebenarnya andai kata,pemimpin kita dan seluruh masyarakat kita meletakkan islam itu sebagai the way of life,mesti kita bahagia sekarang.takde manusia yang saling berdengki (?) sebab semua orang rasa cukup dengan hidup masing-masing.
dan aku rasa takde racism sebab Islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada semua orang,maka semangat perpaduan tu lebih kukuh dengan Islam as addin.
dan itulah bayangan aku terhadap kerajaan di bawah pemerintahan khalifah Umar bin Abd Aziz.
dan jika ada manusia bertanya,andai aku boleh pergi kepada masa lalu,sungguh aku teringin hidup di zaman pemerintahan beliau.
entah,sebenarnya aku tak berapa pasti apa yang aku cuba bebelkan kali ini,cuma aku harap ade yang faham point yang aku cuba sampaikan.

so selamat hari malaysia.
let's pray for the better Malaysia insyaAllah.

psstt i have some controversial statement to make but i restrain myself because of many reasons.so,put it short,i really pray for the better ummah.insyaAllah.~ :)
semoga sentiasa dalam lindunganNya.


Sunday, September 8, 2013

BETTER


'realitinya,kite perlu meninggalkan sesuatu demi sesuatu yang lebih baik...'

itu ayat novel Akrilik Atas Kanvas by Aishah Madady,mungkin bakal menjadi salah seorang penulis kegemaran aku one fine day,ha-ha!novel ni tak la menarik sangat untuk jalan ceritanya sebab cam tipikal sangat.kalo dipanjangkan skit zaman keinsafan tu lagi masyuk kot.
no,bukan mahu berbicara/buat review novel ini disini,cuma ade ayat novel ni bagi aku kesan cam novel Versus by Hlovate.

'..maka,yakinlah dengan pilihanmu itu,dirimu berada dalam redhaNya.bukan senang nak tinggalkan sesuatu yang jadi habit kita,tapi biar perit,tetap kena cuba jugak.just berdoa May Allah bless :) ' ini ayat yang aku mahu sambung dari hati aku sendiri.

setiap orang ade kisah masing-masing.ade kisah yang lagi teruk or biasa-biasa aje.cuma basic jalan cerita,masing-masing ade zaman kegelapan yang mereka pernah lalui dan kadang-kadang apabila kenangan zaman tu menyapa ingatan,ia membawa kepada peritnya perasaan dan tenangnya hati untuk diri sendiri yang sekarang.tak cakap diri dah bagus but better than before.
zaman gelap aku mungkin biasa aje.tak la teruk sangat tapi pernah la merasa zaman membazir masa fikir nak jadi cool ikut trend sekarang.tapi tak panjang,aku kembali kepada kehidupan biasa dengan cara aku sendiri.tapi biasa tetap biasa.tak sama dengan better.
aku rase aku banyak lagho mostly sebab aku suka someone.tak kirala sape yang aku suka waktu tu form 3 or bila dah berumo 21 tahun.yang penting,aku kejar benda yang tak kekal.letak perasaan bukan pada tempatnya.letak harapan bukan pada pencipta perasaan.(aiseyh cam jiwang!hehe ^^).tak serah bulat-bulat padaNya dalam menentukan sape sebenarnye aku patut suka dan cinta dulu.padahal sebenarnya sape-sape-entah yang aku suka tu sebenarnya dalam hati aku ni.ha-ha~
serius!
so,bila aku mula sedar di mana sepatutnya aku letak perasaan dan pengharapan tu,yang paling best jiwa aku makin tenang.and part of me wanna grow up.be more mature.

'...sesungguhnya,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang' (surah Ar-Rad:28)

aku mula faham dan lebih menghargai kawan-kawan sekeliling aku,lebih bahagia dengan ukhuwah yang telah lama kami jalinkan tanpa sedar.sebenarnye bila kite letak Allah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan,semua akan jadi lebih indah.nampak lebih berseri.dan yang penting,dah tak rase nak buat semua benda sebab orang yang ko suke sape-sape-entah tu lagi.even dia takde depan mate aku pon aku dah tak kesah dan malas dah nak amek tahu.dengan itu,setiap ape yang aku lakukan,aku jadi lebih gembira dan tenang.

btw,nak jadi diri aku sekarang bukan senang.macam yang ape aku quote kan tadi,perit kot nak tinggalkan benda yang dah jadi habit ni.maksud aku,macam-macam cara aku guna utk sental-bleach-spin-ajax fabuloso etc utk buang daki-daki tu sume.derita tu Allah aje yang tahu,dan aku rase sesape yang pernah alami ape yang aku alami pon tahu.air mata aje jadi teman.STRESS pon ade ha-ha~tapi alhamdulillah,hasilnya melapangkan jiwa.

dan aku bahagia dengan aku yang sekarang.
cuma perlu lebih berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
dan biar perit andai ini juga proses aku mematangkan diri sendiri
just,May Allah bless ;)



Saturday, September 7, 2013

my randomness and me


okes dah memang lama gila tak menaip kat sini.kadang-kadang (bukan kadang-kadang tapi selalu) aku ade je idea nak luah kat sini tapi balik aje rumah dan hadap aje lappy,entah ke mane terbang aku punye idea tu.
by the way,memandangkan tahun 2013 ni merupakan tahun terakhir aku di faculty of medicine,Ainshams University,so aku berharap aku study dengan lebih fokus dan lebih rajin.
namun,apa yang berlaku adalah sebaliknya,ha-ha!tipikal amy.huh
sekarang,september 2013.
waktu untuk study leave for my final exam in nov.
tapi hakikatnya aku tetap tak dapat nak fokus sangat.
andaikata boleh belah otak aku n tengok ape yang ada dalam kepala aku ni,sesungguhnya study dan final exam amat la kecik ruangnya berbanding benda lain.
serius!
entah ape yang aku fikir sebenarnya aku sendiri pon taktau.
its more kepada aku keliru,serabut dan agak hilang punca jugakla.
banyak mende sangat yang aku fikir kot.rase cam hidup dalam banyak dunia.kemungkinan ini disebabkan overdose bace buku cerita kot.haha adeh la..taktau la kenapa tahun ni rajin bebeno otak aku distract aku dengan keinginan membaca yang meruap-ruap (amboih ko,bahasa!ha-ha) yang mengakibatkan aku terlebih dose perkataan.ngeh =='
kalo bab study,sekarang aku cuba la jugak menyelami perkataan yang ada dalam bailey&love/Lange O&G,tapi terus terang aku cakap,aku cam banyak keliru dan bercelaru dengan segala maklumat yang ada dalam kepala aku.dan yang buat aku rasa keadaan lebih sadis sekarang ni,aku cam tak berapa nak faham dan kaitkan amende yang aku belajar (i mean g lectures) dan amenda yang aku baca sekarang ni.cam segalanya kabur.
literally begitu la keadaan study aku.dan aku teramat teringin ke kuliah balik,nak mintak doc ajar balik segala benda.rase cam aku terlepas pandang segala benda.especially waktu sem 2.
dan disebabkan aku terlebih bace novel tahun ni,aku cam rase aku banyak membazirkan masa aku membesar/childhood aku dengan duduk dalam kepompong biasa.
tadi aku singgah ke sekolah adek aku,si Amir.time hantar barang ke hostel dia,aku nampak kumpulan pancaragam sekolah dia tengah berlatih kat padang sekolah.and guess what?aku terfikir novel anthem by hlovate.kebetulan ade sorang budak yang patut main trombone lambat ke latihan and kene denda pumping taktau-brape-kali-hehe.lagi la buat aku bayang scenes Dash kene denda dengan Lee Hitler tu.haha.
tapi selain itu,kejadian tu jugak buat aku fikir kenape aku tak belajar or join aktivit cenggitu eh?i mean belajar main alat muzik/menembak/memanah/memasak/public speaking/belajar bahasa etc etc.time kat Taiping dulu boleh la aku aktif skit time riadah n persatuan.tapi tu pon sebab kawan-kawan bersemangat kot.pernah je la nak wakil sekolah dalam acara menembak tapi aku quit (dan pertandingan pon takde sebab ape entah) sebab jenis more kepada cari mende yang senang nak buat.aku malas nak g latihan satu hal. sebab tu la kot aku rase sampai sekarang aku masih tercari-cari lagi ape la bakat aku.adeh ==' nasib la tak berbakat huhu
dari dulu lagi aku duk fikir amenda la yang aku berbakat sangat dalam hidup ni.semua aku buat cam biasa-biasa aje,takde yang luar biasa.mungkin jugak sebab aku ni jenis tak suka menonjol kot.jenis yang belakang-belakang je la.kalo ke depan tu pon sebab orang paksa.sebbaik la aku duk Taiping dulu sebab before that,aku punye self esteem cam kureng la.sebab utama masalah persekitaran yang takde encouragement like cam semua orang just bagi perhatian kepada certain people like popular guys and girls aje.so yang tak popular memang tenggelam habis la.(bukan bermaksud nak jadi glamour ke ape,just persekitaran tu buat self esteem most of us cam rendah).tapi sejak hari pertama aku jejak kaki kat MJSC Taiping,aku dapat bina keyakinan diri sedikit demi sedikit sampai la sekarang boleh aje angkat tangan (even dalam keadaan masih ragu-ragu) untuk jawab dalam kelas.tu pon mostly aku jawab pada syek or zura.huhu sebab masa di Taiping,everyone hears everyone (pada aku la) especially my classmates la.teachers pon sangat bersemangat dengar pendapat pelajar.teringat kene jumpe pengetua 2 kali,1st sebab kenapa quit menembak,2nd kenapa katil aku patah time bestday aku (classmates aku serang aku ramai-ramai atas katil time tengah malam haha).alhamdulillah sebbaik pengetua sporting n banyak bagi nasihat pada aku (time kasih cikgu ^^)

so konklusinya,aku perlu buat azam baru dalam hidup.
bukan azam baru sangat pon.
azam yang dulu untuk aku baharukan (betol ke word ni?)
dulu aku ade cita-cita lain dan aku harap one fine day aku boleh tunaikan cita-cita tu.
aku jugak ade dreams baru setelah menghadap novel sandal bunga-bunga dan Velvet di Durham (VD).
dan aku amat berharap one fine day aku dapat tunaikan dreams aku ni.
cuma,i really need to sort out my life rite now.
study biar fokus!biar lekat dalam kepala tu.
bak kata Fid (watak dalam VD),tahu dan faham itu 2 perkara yang berbeza.jika tahu sahaja bermakna kau tahu dari segi teori sahaja,tetapi kalo faham kau menang teori dan praktikal!(ayat aku kupas sendiri)
yang penting faham,even dah takde masa sangat utk aku merangkak bace buku sekarang ni,heh --'
chow~!

Thursday, April 11, 2013

fanatikkah daku?


setiap kali dapat lecturer yang mengajar dengan best,setiap kali itu la aku semangat berkobar-kobar nak update blog.tapi balik rumah aku lupakan hasrat tu sebab aku lupe ape sebenarnye yang telah aku berkobar-kobar dalam lec hall tadi.haha
by the way,hujung bulan ni aku exam end of the first semester.
yes,aku berdebbo tahap cipan.sebab dah lame tak exam.huuuu
so far,aku betol-betol jatuh chenta separuh mati dengan O&G/sakit puan dan perbidanan.
alhamdulillah.aku harap cita-cita aku tercapai utk futher study dalam bidang ni.
setiap kali belajar subjek tu,setiap kali tu la aku mesmerized dengan ciptaan Allah.
nak katenye,bukan subjek ni je la buat aku mesmerized,tapi setiap kali topic penyakit ape-ape je la yang doc ajar akan buat aku rase Allah itu maha besar,pencipta segalanya di atas muka bumi ni.
actually satu la yang makin buat aku suka dengan kerja sebagai seorang doktor ni,aku rase Allah nak tunjuk pada aku yang kita neh hanya hambaNya.Dia boleh buat ape sahaja ke atas kite untuk menunjukkan kekuasaanNya.
sebagai contoh,penyakit kanser.
sekelip mata sahaja Allah boleh tarik pelbagai nikmatNya dalam tubuh badan kita ini dengan hanya sel abnormal tumbuh secara tidak terkawal dimana-mana tempat yang telah Dia tentukan.
maksud aku,kite ni jangan sombong la bila berada di atas bumi ni.
jangan duk buat gaye god-complex sangat la.
setakat jadi doc pakai white coat gantung stetoskop kat tengkuk,tak payah nak sombong la ye.
kije dengan urine/blood/feces etc etc (segala bahan kotoan yang dihasilkan oleh manusia)
so tunduk padaNya setiap masa.
bukan pada nafsu diri.
ucap syukur setiap hari boleh sedut oksigen hembus karbon dioksida.
syukur juga sebab keadaan diri masih normal.
kadang-kadang jangan taktau,ramai orang sakit sebenarnya tapi tiada simpton.
sekali ada simpton,nyata sudah terlambat utk dipulihkan.
kami,sebagai doktor hanya melakukan yang terbaik untuk pesakit.
merawat dalam batasan seorang manusia sahaja.
yakinlah,hanya Dia,Allah,tuhan kita sahaja yang mampu menyembuhkan segala penyakit.
bukan kami,para doktor.

sempena general election 13 yang bakal berlangsung pd 5th of May,aku amat berharap kawan-kawan aku memilih yang terbaik utk generasi kita dan masa depan.
kita dah dalam linkungan umur layak mengundi sudah.
takyah nak koya muda tergedik-gedik korea sangat la.
or sibuk berangan sangat duk mencari imam/mujahid-ah.
pilihlah pemimpin negara yang akan mebawa kepada kegemilangan agama Islam.
bukan berdasarkan nafsu kita .
especially buat kawan-kawan yang rase politik tak penting or bajet-aku-tak-main-politik-aku-cool,
sedarlah.anda yang menentukan masa depan anda.
untuk terus dizalimi adalah amat tidak patut.
kalo nak rase sensorang silakan,tetapi sekarang melibatkan seluruh warganegara sendiri (bangla xtermasuk ok!),so harap tak pentingkan diri sendiri sahaja.
bagi yang buat statement adakah-politik-satu-satunya-yang-perlu-kita-titikberatkan?,serius aku mahu ketuk kepala mu.
sebab hal-hal seperti solat,puasa,kebersihan,dakwah etc etc itu adalah kewajipan seharian yang kite perlu titikberatkan.
politik ni sekali dalam 5 tahun kot.
kalo ade yang jenis semangat gantung bendera tapi subuh tak bangun,ye,itu kite tetap kene tegur,tapi bile sampai part buat statement macam la si kawan neh duk asyik berpolitik cam tak-hengat-dunia-seolah-olah- itu-aje-yang-dia-tahu tu,memang sungguh la tak patut bagi aku.
sebab politik ini adalah salah satu cabang besar dalam Islam.
untuk kita melaksanakan Islam dengan jayanya,kite amat memerlukan kuasa yang kukuh.
bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam membincangkan perlu-undi-calon-berwibawa sahaja.
kita perlukan strategi,pengalaman,kejujuran dan orang yang arif tentang selok-belok dalam bidang kepimpinan yang akan membawa keamanan kepada negara kelak tidak kira dari segi ekonomi,pendidikan,kesihatan mahupun keselamatan negara.
apabila keempat-empat bidang ini terjaga,maka lahirlah satu generasi yang akan membawa kembali kegemilangan Islam seperti kerajaan Umar bin Abdul Aziz dahulu.
andai hidup ini tiada yang rasa diri lebih hebat/kaya/bagus dari orang lain,alangkah indahnya dunia ini.
semua orang dapat hak yang sama rata.
kemudahan hospital yang mantap,sistem pendidikan yang terbaik(tidak sekular),tiada rasuah/riba etc,dan tiada isu culik,kanak-kanak hilang ikut bf/gf,rogol,altantunya or lahad datu.
sampai bila lagi kite nak jadi selfish?
hidup kau-kau,hidup aku-aku.
kite kene ingat,Allah tak turunkn balaNya hanya untuk certain people yang buat jahat tu.
Allah turunkan kepada semua tak kira siapa pun dia,dato' ke tan sri ke or tun sekalipon.tok iman pon kne skali jika itu kehendakNya.
aku ni bukan la fanatik politik ke ape,tapi sungguh aku dah tak tahan duduk atas dunia penuh dengan sifat mazmumah neh.rasuah,tipu,tindas,dan sebagainya.
yang kaya  terus kaya,yang miskin makin miskin.
takde sifat simpati,makin tidak berperikemanusiaan.
jangan duk pandang apa yang berlaku kat Palestin AJE,kelih sikit amek cakna orang Malaysia yang kene tindas kita-buat-buat-tak-nampak ni.
tak salah,malah digalakkan membantu umat Islam di Palestin,Syria,Rohigya,Bosnia etc etc.
cuma aku mahu juga korang amek cakna,biar ada rase bertanggunjawab menyuarakan hak-hak warganegara Malaysia yang telah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang zalim dan dipebodohkan oleh pihak media.
jangan fikir kite aje yang bagus,anak-anak muda (dan tua) yang masih lagho pon perlu dibaguskan jugak.
aku harap ada yang faham apa yang aku cuba maksudkan.
kite ni jangan jadi cerdik atas kertas aje,tang memainkan peranan tak cerdik.
mungkin ayat-ayat aku kedengaran kasar,maaf aku tak pandai mereka ayat berhemah.
khilaf sendiri tiada seni dalam menegur.
cuma satu aku harap,mesej aku sampai dijiwa dan akal fikiran korang.

p/s : i love my doctors.they are so great!^^

Sunday, January 20, 2013

Jan 2013


alhamdulillah tahun 5 diakhiri dengan jayanya.
tension emosional dan pelbagai jenis perasaan yang aku rase time tahun 5 neh hanya Allah dan aku je yang paham.
cuma menyesal la (even tiap tahun menyesal) sebab lambat jatuh chenta dengan internal medicine.
keputusan pon jatuh.tapi xpe,bersyukur hehe

by the wayyyy,wahlah!this year belajar subjek kegemaran aku.
hehe surgery and o&g.
yeah aku harap aku dapat skor tahun neh.
tapiiii,cam bese mood study aku datang kejap je hari tu.
takpe aku tunggu dulu,nanti aku paksa diri aku.
tahun neh,bookfair aku just boleh beli buku pelajaran je.
sebab time cuti hari tu memborong buku tak hengat dunia,so skrg kena jage poket money baik-baik.
ermm,this year punye course sangat memenatkan dengan pelbagai xtvt menarik dan tak berape nak menarik.
however,i like this kind of hectic life.
nanti time HO takde la aku menganga sangat.
cuma sekarang yang mengganggu fikiran aku adalah camne gua nak kerja nanti.
yes 1st,nyawa orang ditangan anda.
2nd,kalo kene marah camne nak tangani STRESSSS!!!
3rd,ahhh malas nak jadi dewasa.i wanna go home n be safe within my mom cocoon..
ya Allah homesick nye aku neh.
aku rindu ibu amir dd ayoh abang ma..
tapi egypt boleh la cover kesedihan aku sikit-sikit.
n cam bese disebabkan ramai sgt kawan sebaya n juniors kawen,orang sibuk tanye aku bile lagi mahu dirikan rumahtangga?
huuuu agak-agak la kalo kawen cam makan ayam kfc,nk jugak aku kawen.
aku tengah tensen camne nk kije,takde mase nak menggatal neh.
jiwang boleh la,menggatal takde ruang dan masa lagi.kehkehkeh.

okes,off topic pasal tu.
winter neh xde duit lebih nak jenjalan n aku pon xske g jenjalan,so duk umah jage snowy.
yes snowy cucu ili.
haha suke hati je bagi name kat kucing orang.
yeay!tak sabar nak dapat anak sedara.yeay!!^^
yes,i love kids so much (rindu dhia') but i cant stand to look in those sick babies' eyes.
hati ku ade taman kot,mula la nak leleh je rase.
dengar doc cite pasal fetocide* that day pom dah menjerut perasaan tahan air mata.huaaa :'(
harap boleh la jd OBs or neonatalogy.
insyaAllah.
sooo selamat berusaha amirah for ur final year.
doakan kami menjadi doktor muslim yang mampu menegakkan agamaNya. :D

*fetocide
how to kill a baby?
direct doc tanye kepada kami.
kami tergamam dan ragu-ragu mahu menjawab.

me : give him/her drug *mumbling*
doc :  what kind of drug?
me : errr..
doc : u give potassium chloride then the heart will stop.we call the process as fetocide.i do it every week (me with teary eyes tapi kene berlakon kuat).we have to kill 2 from 4 fetus in quadruplet with intention to give the other 2 good chances to growth,because quad carry risk to be miscarriage almost 99.9%. (lebih kurang cenggitu la ayat doc,banyak lg indication utk buat fetocide neh,boleh search)

 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.