Pages

Friday, April 20, 2012

DOKTOR


kenape nak jadi doktor? *soalan tipikal*
sebab nk tolong orang sakit/family sakit etc *jawapan tipikal*
nak cari redha Illahi *jawapan jarang didengari*

dulu,mase aku umur 7 tahun,ayah berjaya buat aku bercita-cita menjadi doktor.
dan aku dengan bangganya menjawab bila ditanya oleh sesiapa mahu jadi ape bile besar nanti,dengan yakin aku jawab nak jadi doktor.
bile naik sekolah menengah rendah,aku upgrade skit konon konon nak jd neurologist.
mase tu,sungguh aku hanya ingat itu cita-cita aku sahaja.
bile aku dah jd high school student,aku mula minat fizik n tak suke biologi.
aku mula tukar cita-cita nak jd civil engineer.
bile keputusan spm keluar,aku berjaya dicampakkan ke Mesir amek bidang perubatan dalam keadaan aku masih tidak yakin n main-main.
dan aku kembali meminati perubatan bile dapat mengetahui secara detail pasal setiap fisiologi yg berlaku dlm badan manusia.
tapi still main-main.
bile masuk tahun 5,aku mula berfikir nak jadi suri rumah sepenuh masa.
entah,rase berat or rase cm kureng berminat terhadap medik mula berjangkit kpd aku kot.
maybe sebab internal medicine yg penting membosankan aku kot.entah.
tapi hari ini aku telah disedarkan oleh ustaz Azam merangkap guru kami mengenai sebuah hadith yang berbunyi :

Dari Ali r.a berkata : "Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidaklah seorang muslim yang mengungjungi sesama muslim pada waktu pagi melainkan dia akan dimintakan rahmat oleh 70 000 malaikat sampai waktu petang.Dan apabila dia menjenguknya pada aktu petang,maka dia akan dimintakan rahmat oleh 70 000 malaikat sampai waktu pagi serta dia mendapat jaminan buah-buahan yang siap sedia dimakan di dalam syurga." (H.R Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan) -petikan dari hadis Riyadhusollihin.

kate ustaz Azam,kite sbg doktor,yg dapat buat round pagi or petang insyaAllah akan didoakan oleh 70 000 malaikat diampunkan dosa dan diberi rahmat oleh Allah.bile bab maksudkan ampunkan dosa tu,kate ustaz lagi,insyaAllah Allah akan jaga kita drpd maksiat.selain itu,ustaz kate,insyaAllah bile kite dijaga oleh Allah di dunia,kita akan dijaga oleh Allah di akhirat nanti.melawat org sakit neh jugak boleh menjadi salah satu amalan soleh yg akan bawa kite mati dalam husnul khatimah insyaAllah.

mase mendengar kate kate tersebut,aku rase bagai dikejutkan daripada kekurangan semangat aku nak meneruskan kerjaya sbg doktor.ya Allah banyak nye la kelebihan menjadi doktor muslim neh sebenarnye.aku je yg buta tak nampak semua neh.besar jugak sebenarnya tanggungjawab aku.
tapi tu la,sebenarnye Allah itu maha mengetahui.mungkin aku tak sangka aku akan sampai ke level menjadi doktor bukan lagi berimpian menjadi doktor.

aku mesti bangun dari angan angan yg tak berkesudahan.
ikhlaskan diri utk berbakti kpd umat nabi Muhammad s.a.w.
betolkan balik niat.
yakinkan diri insyaAllah dapat jadi doktor muslimah yg berjaya.
jangan malas-malas.
semoga dipermudahkan.amin :)




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.