Pages

Monday, April 23, 2012

rehat jap


penat bace buku psycho.~
perkataan dlm buku neh difficult ke or aku yg resist otak aku drpd memahami words tu?
aku harap perkataan tuh yg susah nak faham..

ouh hari neh world book day!
dan aku,sebagai peminat buku tegar,sangat hepi sorang diri,hehehe~ ^^
dengar cite ade diskaun kat kedai buku tapi tu la byk lagi buku yg blom aku bace.
buku buku tu sume aku siap bungkus dlm kotak malboro tuh.
hari tu ade buat azam nak habiskan buku cite sebulan satu buku,tapi cm xde progression je..
eragon tuh aku pandang sepi je..house rules cam best je,tapiiiiii hurhurhur..nanti la.
khamis neh exam,hadap davidson lagi berbaloi..
(kekeke mentang mentang baru bli davidson~~lalala~)

budak kecik sangat comey kan?
innocent je.
semoga awok jadi anak yang baik,soleh/solehah.
belajo sungguh sungguh ye.
jangan gatai gatai kat skoloh naa~
haih sungguh aku sangat risau dengan masalah sosial zaman skrg~
gataiiiii bebeno masing masing..hurm

tata
nk g sambung bace buku.chow



Sunday, April 22, 2012

untitled


tiada pilihan kedua
pertama hingga akhir usia
hanyalah dia~~

peh.
g bace buku la weh.

Friday, April 20, 2012

DOKTOR


kenape nak jadi doktor? *soalan tipikal*
sebab nk tolong orang sakit/family sakit etc *jawapan tipikal*
nak cari redha Illahi *jawapan jarang didengari*

dulu,mase aku umur 7 tahun,ayah berjaya buat aku bercita-cita menjadi doktor.
dan aku dengan bangganya menjawab bila ditanya oleh sesiapa mahu jadi ape bile besar nanti,dengan yakin aku jawab nak jadi doktor.
bile naik sekolah menengah rendah,aku upgrade skit konon konon nak jd neurologist.
mase tu,sungguh aku hanya ingat itu cita-cita aku sahaja.
bile aku dah jd high school student,aku mula minat fizik n tak suke biologi.
aku mula tukar cita-cita nak jd civil engineer.
bile keputusan spm keluar,aku berjaya dicampakkan ke Mesir amek bidang perubatan dalam keadaan aku masih tidak yakin n main-main.
dan aku kembali meminati perubatan bile dapat mengetahui secara detail pasal setiap fisiologi yg berlaku dlm badan manusia.
tapi still main-main.
bile masuk tahun 5,aku mula berfikir nak jadi suri rumah sepenuh masa.
entah,rase berat or rase cm kureng berminat terhadap medik mula berjangkit kpd aku kot.
maybe sebab internal medicine yg penting membosankan aku kot.entah.
tapi hari ini aku telah disedarkan oleh ustaz Azam merangkap guru kami mengenai sebuah hadith yang berbunyi :

Dari Ali r.a berkata : "Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidaklah seorang muslim yang mengungjungi sesama muslim pada waktu pagi melainkan dia akan dimintakan rahmat oleh 70 000 malaikat sampai waktu petang.Dan apabila dia menjenguknya pada aktu petang,maka dia akan dimintakan rahmat oleh 70 000 malaikat sampai waktu pagi serta dia mendapat jaminan buah-buahan yang siap sedia dimakan di dalam syurga." (H.R Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan) -petikan dari hadis Riyadhusollihin.

kate ustaz Azam,kite sbg doktor,yg dapat buat round pagi or petang insyaAllah akan didoakan oleh 70 000 malaikat diampunkan dosa dan diberi rahmat oleh Allah.bile bab maksudkan ampunkan dosa tu,kate ustaz lagi,insyaAllah Allah akan jaga kita drpd maksiat.selain itu,ustaz kate,insyaAllah bile kite dijaga oleh Allah di dunia,kita akan dijaga oleh Allah di akhirat nanti.melawat org sakit neh jugak boleh menjadi salah satu amalan soleh yg akan bawa kite mati dalam husnul khatimah insyaAllah.

mase mendengar kate kate tersebut,aku rase bagai dikejutkan daripada kekurangan semangat aku nak meneruskan kerjaya sbg doktor.ya Allah banyak nye la kelebihan menjadi doktor muslim neh sebenarnye.aku je yg buta tak nampak semua neh.besar jugak sebenarnya tanggungjawab aku.
tapi tu la,sebenarnye Allah itu maha mengetahui.mungkin aku tak sangka aku akan sampai ke level menjadi doktor bukan lagi berimpian menjadi doktor.

aku mesti bangun dari angan angan yg tak berkesudahan.
ikhlaskan diri utk berbakti kpd umat nabi Muhammad s.a.w.
betolkan balik niat.
yakinkan diri insyaAllah dapat jadi doktor muslimah yg berjaya.
jangan malas-malas.
semoga dipermudahkan.amin :)




Friday, April 13, 2012

masih berfikir 11


"Nia,ko kene tolong aku."
"tolong ko?nape?ko ade masalah ape?"
"neurology is killing me rite now.i dont how to study it laa.."
"duh..ingatkan ape tadi masalah ko.cam cemas bunyinye hah"
"apekehal tuh?" tanye Farah kepada Nia sambil memuncungkan mulutnya ke arah Padi yang terbaring 'frust menonggeng' di atas katil bersaiz 'permaisuri' milik mereka.
"depression kot.tak pon tengah mood swing.." jawab Nia selamba sambil kembali menghadap laptopnya.
"huh?yang ko neh Nia,selamba aje hadap 'modern family' tu,cam esok takde pape ape kes?weh esok exam neuro ok.bak sini lutut ko,aku nak berlatih mengetuk neh." ujar Farah sambil membetulkan kedudukan kaki Nia agar teknik 'knee reflex'nya menjadi.'heh,sonang aje neh'.
"weh Padi,dah dah la tu frustnye,ko neh,padahal cube buat conversion punye perangai la tu,malas bace buku,nak merengek-rengek plak.go grab your vibration thingy la weh,join aku cek Nia neh." kata Farah kepada Padi sambil cuba mengetuk tendon archilles milik Nia.'huh great.i just did it right.heh'
"vibration thingy plak,mende tu ade name la,namenye tuning fork."
"tak kesah la tu,cepat la weh,sebelum Nia start irritate nanti,elok buat segala examination yang ade."
"aip aip kapten."
"korang neh kaco la aku nak tengok cite.ish ish ketuk slow slow skit lutut aku neh cik kak oi.hengat neh paku ke?"
"hehehe,lebih kurang la."
"hampeh.."

hampir setahun perkara itu berlalu.
dan aku kini senang menjalani kehidupan seperti biasa.
or boleh dikatakan a better life.
banyak benda yang aku pelajari dalam mase setahun ini.
benarlah kata mereka,pengalaman mengajar kita erti kehidupan.
belajar mengenali diri sendiri.
belajar mengenali orang sekeliling.
dan yang paling terbaik,belajar mengenali pencipta dan rasulNya.
untuk itu,hati aku kini lebih lapang dan gembira.
baru kini aku faham menikmati nikmat menuntut ilmu.
sebelum ini,aku hanya menadah dengan telinga dan memandang dengan mata.
tapi,setelah cuba memahami dengan hati,aku dapat rasakan kehebatan ilmu Allah.
Allahuakbar.
sesungguhnya Engkau yang Maha Besar ya Allah.

ding dong!
Nia,Anas dah bertunang.
'huh?perlu ke ma bagitau aku?'
ouh ok.nape tibe2 ma bagitau Nia?
saje,nt xde la Nia terkejut kalo tau dari org lain.Fatimah name tunangnya tu.kawan Nia jugak.
'wow.(jatuh rahang!),sungguh la jodoh mereka amat kuat,heh'
ouh.alhamdulillah,semoga Allah permudahkan urusan mereka :)
amin ya Rabb.u my dear,take care ye.love you.kem salam kat sume.
baik ma.u too.kem salam kat sume jugak <3

"Padi,guess what.heh aku ade gosip untuk ko.mesti ko excited!"
"gosip?"
"yup.mesti ko terkejut punye."
"hehe ape?ape?jangan senyum senyum camtuh,cubit pipi karang.cepat la cite.."
"aku senyum pon salah,senyum tu sedekah la cik kak oi."
"kot ye pon nak senyum,biar la kene pada tempatnye makcik oiii.."
"ye la.anyway,Anas dah bertunang.."
"huh?Anas?which Anas?" muke Padi blur..'Anas mane pulak neh?'
"ish makcik neh.ala Anas kawan si Redza tu la.takkan dah tak ingat dah kot.."
' ish pelupe jugak minah neh rupenye.'
"ooooouhhhh.bakal tunang tak jadi ko tu eh..hahaha sorry beb,lambat register..soooo dah bertunang eh dia.dengan sape?neway ko rase pape tak?" Padi memandang Nia dengan penuh makna.'kenape aku rase ade nada tak best kat suara budak neh ek?'
"dengan Fatimah yang dia mengorat mase darjah 3 tu.haha kuat betol jodoh diorang kan?" ujar Nia dengan ceria (?)nya.
'aihhhhh.aku rase tak best' Padi mula memandang Nia dengan pandangan yang redup.
"weh kenape ko pandang aku camtuh?" tanya Nia kehairanan.
'alahai kenape aku cam rase Padi tengah scan aku...'
"takde pape.ape yang ko rase?" sekali lagi Padi bertanya dengan selamba sambil kembali membelek novel 'contengan jalanan' di hadapannya.matanya dikerling ke arah Nia Raudhah yang kelihatan seperti cacing kepanasan.
"erm tak rase pape.perlu ke aku rase pape?" Nia menelan air liur.'huh,kenape panas aje muke aku neh'
"hurm bagus la tu kalo tak rase pape.jom makan nak?aku masak bubur jagung.hehe"
'nanti kan ku korek isi hati mu kawan ku..'
"whoaaa.rajinye kawanbaikku ini.neh daku sayang pada mu Padi.."
'belom masanya ku bercerita tentang itu Padi.'
"cettt.esok masakkan aku nasi minyak."
"tunggu kenduri kawen aku la .."
"peh,lambat lagi.tak kire,esok nasi minyak gulai ayam ok."
"aip aip kapten."
"yes!jom makan.bace doa Nia"
" YA ALLAH...Engkau Berkatilah apa yang engkau telah berikan kepada kami dan Jauhilah kami dari azab api Neraka"
"amin ya Rabb " :)





Wednesday, April 11, 2012

pesan seorang guru


ada seorang guruku telah berpesan,
di samping menuntut ilmu fardhu ain bg dirimu (ilmu medik),
jangan lupa utk menambah ilmu lain seperti
-mengukuh dan menambah ilmu mengenal Allah
-menambah info pasal Rasulullah s.a.w
-dan juga pasal islam.
kalo boleh dalam seminggu,at least sekali pon cukup la tambah ilmu pasal Allah,Rasulullah,Quran n Hadis.

pesanan ini buat aku tersedar dari mimpi indah yg tiada makna.
aku telah membazirkan byk masaku dgn perkara xberfaedah.
semoga kita dikuatkan jiwa tidak putus asa mencari redhaNya. :)
 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.