Pages

Tuesday, December 21, 2010

mata dan hati

orang cakap dari mata jatuh ke hati.
ye la tu kot.
orang cakap jangan pandang lama lama,nanti jatuh chenta.
ye la tu kot.
haihlaaaa~
dah besar gajah pom jatuh chenta lagi.
huhuhuhu penat la weyh.
nk kene jaga perasaan neh.
jaga supaya tak terjerumus dalam kesesatan.
penat tau.
huhuh takpe takpe.berjuang.
dan sungguh.
aku benci jatuh chenta.

kepada hati.
cukup la tu ye nk jatuh jatuh neh.
saye bukan budak kecik lagi yang nak berdebar debar kalo tgk si dia.
dan saye bukan budak kecik lagi yang balik rumah bukak diari tulis hari neh dia senyum kat saye.
dan saye juga bukan budak kecik lagi yang boleh senyum sampai dalam mimpi sebab dia tanye saye sehat tak hari ini.
haihlaaaaaaaaa.
dan sungguh.
aku benci bila aku jatuh chenta.
hahahaha
chow`~

Monday, December 20, 2010

masih berfikir 1

"weh ape yang ko berangan tu?" sergah Padi sambil melemparkan badannya ke atas katil 'queen size' yg turut menampung badan Nia.
"huh?takde ape la.tengah fikir pasal commed neh.bapak bosan gile subjek neh.."
"tu la pasal.aku pom xtau nk buat cmne time dengar lecturer.nak tido kan tak sampai ati.huhuhu..."
"tau xpe. plus lagi ade kuiz la,research la.ergh~~tensen gile aku.."
"ala Nia.relaks sudah.boleh la tu.mujur gak doc buat kuiz tu,kalo x,memang takdenye aku nak bace buku commed tu.asal bukak aje menguap,asal menguap aje buku terbukak.haihlaaaa.."
"hahahahha tau xpe.wes tutup la lampu tu.aku pom dah mengantuk gile neh.."
"hurm ye la.nitey nite Nia.salam."
"wasalam.moge mimpi prince charming ~ekekekek "
"banyak la ko punyee prince charming .....tido la weyh."


hidup neh ibarat kertas peperiksaan.
ade macam macam persoalan yang perlu dijawab.
setiap pilihan ade pros n cons.
kita hanya perlu buat pilihan yang tepat sahaja.
jawapan tepat bermaksud merangkumi segala aspek kehidupan mahupun agama.
takperlu dipisahkan keduanya itu.takperlu menjadi sekular.
berfikir sebelum menjawab.
adakah pilihan kite itu akan bagi efek pada life sendiri dan orang sekeliling sepertimana markah perperiksaan memberi impak kepada diri sendiri dan org sekeliling.
ye la.kalo dapat markah tinggi,dipandang tinggi oleh orang lain.
kalo dapat markah rendah,juga dipandang oleh orang lain,tapi padang rendah la.
dan fikir lagi selepas menjawab.
rase rase betol x menjawab soalan dengan tepat.
kalo dah rase rase tu,baik keep praying to Allah.tawakal.
moga pilihan yang dibuat itu tepat.

"Nia.aku ade satu soalan yang dah lame aku fikir neh kat ko..boleh tak aku tanye?"
"soalan pe Padi?ENT ke?"
"ish bukan pasal study la.pasal manusia.."
"manusia?sape?"
"ko ingat tak mamat cute yang pass kat ko pendrive yang Redza pinjam hari tu?"
"mamat cute?Sape yang cute?"
"adeh,ala yang panggil ko sambil describe baju ko sume tu..."
"ouh yang itu..nape?ape yg ko wonder sangat pasal dye?"
"ko tak pelik ke?kite tak pernah pom jumpe dye lam kelas,nape tetibe dye boleh muncul n hulur pendrive tu kat ko eh?"
"huh?betol jugak tu.n tak pernah nampak pun dye sebelum neh.tengok.ko dah menimbulkan persoalan dalam hidup aku.cett"
"hahahahha sesaje je aku nk serabut hidup ko.so selamat berfikir.hahah " kate Padi sambil menepuk bahu Nia  dan berlalu menuju ke bilik meninggalkan Nia terkulat kulat keseorangan di ruang tamu rumah mereka.
'haihloh.Padi neh memang la.tapikan sape eh budak tu?'

Tuesday, December 14, 2010

masih berfikir

"hehe.kadang-kadangkan,aku rase kalo buat contoh semicircular canal neh dengan jari,rasenye macam dah ala-ala buat teori fizik tangan kiri flemming la plak.hehehe "
"banyak la ko punye teori fizik tangan kiri flemming..nanti kejap lagi teori ketumpatan pom ko keluarkan sekali untuk earwax.ergh.goli eden hah."
"haihlah haihlah korang neh kotoq gilaaaaa~~hahahahha "

kami budak medik.
sape cakap budak medik neh nerd?
sape cakap budak medik neh rajin tahap tak hengat dunia?
sape jugak yang cakap budak medik neh skema?
memang ramai yang beranggapan begitu.
tapi semua itu adalah teori karut bagi kami.

kami budak medik.
tapi kami tak nerd.
tapi kami tetap pemalas tahap tak hengat dunia.
dan kami jua takde la skema sangat.

perbualan seperti di atas hanya boleh didengari pada waktu tertentu sahaja.
seperti waktu esoknye ade exam/kuiz.
pada hari lain,boleh hancur harapan ibu bapa nak dengar itu semua.
kecuali buang tebiat tetibe.hehehe.
anyway,takde la sampai tahap macam tu sekali.
ade jugak kadang kadang bincang hal pelajaran neh,cume jarang jarang.
takpe..sikit sikit lama lama jadi gunung. (huh banyak la ko punye gunung,tinggi sarang busut pom tak sampai lagi)

dan aku.
aku salah seorang daripada mereka.
mereka yang berada dikalangan 'kami budak medik'.
hehe.
aku sekarang berada di tahun 4 dalam fakulti perubatan di sebuah negara yang semakin hot dikalangan pihak penaja yang mahu hantar pelajar ke luar negara dalam bidang perubatan dengan kos yang murah.
dan ibu bapa yang ada duit dan mahu anak jadi doktor even keputusan SPM anak tak layak langsung,pun boleh hantar ke sini. (heh.maaf.ini perkara yang paling aku tak puas hati sekali.sekian terima kasih)
walaupun dengan kedatangan pelajar yang semakin mendadak ini,aku tetap tak suke junior.HAHAHAHA gelak jahat sebentar.hehe.

aku hanya pelajar biasa.
insan biasa.
yang masih mencari erti hidup di celahan sudut yang nampak dek mata.
dan masih tertanya tanya ke mana hala tuju hidup aku.
aku bukan seorang yang alim ulamak.
aku juga bukan seorang budak mentah yang boleh di tipu hidup hidup.
aku ada akal.
aku ada fikiran aku sendiri.
aku masih dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
cuma aku hanya insan yang masih melakukan kesalahan setiap hari.
maafkan di atas semua kekhilafan aku tuhan.

kate hlovate dalam versus.
definisi baik adalah apabila kite melakukan amal ma'ruf nahi mungkar.
maknanye kite buat yang baik dan mencegah kemungkaran.
ambil islam secara total.bukan amek part part yang rase sesuai dengan diri aje.
hurm.btol.senang cakap tapi susah nak buat.
bukan senang nak jadi baik.
kalo cukup solat 5 waktu,puasa ramadhan,bayar zakat tapi aurat ade jugak yang terdedah,tak cukup baik lagi tu bhai~
tapi..
even nak buat tu susah,apatah lagi nak istiqamah,tak salah kite mencuba,membaiki diri sendiri ke arah kebaikan dan di samping itu jua,mengajak orang lain bersama ke jalan yang benar.


"hey awak.awak yang bertudung biru berbaju hijau kebiruan~~~"
'huh?aku rase aku la yang seperti didescribekan oleh suara asing tersebut.apekah?buat bodoh boleh tak?'
"hey awak.ooo awak yang baju hijau kebiruan tudung biru dan handbag coklat tu.~"
"Nia,aku rasekan mamat tu panggil ko la weyh.ko tak rase camtu ke?"kata Padi yang cuba mengeluarkan pendapat yang agak kurang memuaskan kepada aku sambil menarik aku supaya berhenti berjalan.
"ish.ye ye je ko neh Padi.mane ade,ramai je lagi ade baju hijau kebiruan tudung biru selain aku okay.dah jangan nak perasan lak ade orang panggil aku,"balas aku sambil cuba meneruskan perjalanan yang terhenti tadi.
'haih,masak pun belum lagi neh,tusyen lagi nanti.takpe takpe,sabar Nia.'
"serius Nia.aku rase dia panggil ko la.dia datang sini beb.quite cute huh,"kata Padi yang masih kejap memegang tangan aku lagi.
'boleh lagi mata minah neh menggatal.cess.'
"mane?"tanya aku sambil berpaling ke arah mamat yang dikatakan memanggil aku td.
'hurm not bad.hehe'
"awak Nia kan?,"tanye mamat cute tadi sambil tersenyum ikhlas. (ikhlas?)
"ye saye.kenape?"tanyaku sambil mengerutkan dahi. '
sejak bila aku kenal mamat neh.dalam mimpi pun tak pernah nampak,tetibe aje mucul n  tahu nama aku pulak tu.ajaib..'
"takde la.tadi kawan saye mintak tolong bagikan mende neh kat awak.dia cakap thanks sbb bagi pinjam,n sorry sbb pinjam lame,"kate mamat tu sambil menghulurkan pendrive kepunyaan aku yang sudah lama dipinjam oleh Redza.
"ouh.mane Redza?kenape dia tak hantar sendiri?"tanya ku hairan.
"Redza tak sihat sikit hari neh,so dye mintak tolong saye kirimkan.takut awak nak gunakan nanti takde pendrive lak."
"ouh ok.thanks.kem salam kat Redza.cakap kat dia syafakallah,"kateku sambil berlalu.
ish mane boleh lame lame.kenal pom tak.tapi nak jugak tau name.hehehe ish astaghfirullah.Nia Nia.jage hati jage fikiran.ya Rabb.maafkan aku.
"kenape ko tak tanye name mamat tu weyh?"tanye Padi sambil berlari anak mengejar aku yang cuba menghabiskan perjalanan pulang ke rumah secepat mungkin.
"kenape nak tau name?"tanye aku pula.
jawab Padi "takde la,mane tau kalo sangkut boleh buat suami ke boyfriend ke teman tapi mesra ke.hehehe "
"hah banyak la ko punye teman tapi mesra etc etc.tak payah nk berangan tinggi.takde maknanye sume tu sekarang neh.ape yang lebih penting sekarang neh,ko nak makan ape?aku pening neh fikir nak masak ape kat umah tu."bidas aku sambil mengalih topik yang bagi aku takde la best sangat untuk dibincangkan.
"hehehe ko masak biase biase sudah leee.nanti nk pegi tusyen lagi,takut ko penat lak nanti,sia sia aje bayar mahal tusyen tu tp kenot concentrate."balas Padi sambil memeluk bahuku.
"neh la sebabnye aku sayang ko Padi,"kata aku sambil mengelip ngelipkan kelopak mate dan cube membuat mataku bergenang.tanda terharu yang berpura pura.hehe
"huh?tak payahlah cik kak oi nk buat muke camtu.aku masih suka kat lelaki,"balas Padi lagi sambil menjulingkan matanya.
dan terburai lah ketawa kami sambil beriringan pulang ke rumah.



menulis.
bercerita.
membaca.
aku tiada kerja :p
 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.