Pages

Thursday, April 11, 2013

fanatikkah daku?


setiap kali dapat lecturer yang mengajar dengan best,setiap kali itu la aku semangat berkobar-kobar nak update blog.tapi balik rumah aku lupakan hasrat tu sebab aku lupe ape sebenarnye yang telah aku berkobar-kobar dalam lec hall tadi.haha
by the way,hujung bulan ni aku exam end of the first semester.
yes,aku berdebbo tahap cipan.sebab dah lame tak exam.huuuu
so far,aku betol-betol jatuh chenta separuh mati dengan O&G/sakit puan dan perbidanan.
alhamdulillah.aku harap cita-cita aku tercapai utk futher study dalam bidang ni.
setiap kali belajar subjek tu,setiap kali tu la aku mesmerized dengan ciptaan Allah.
nak katenye,bukan subjek ni je la buat aku mesmerized,tapi setiap kali topic penyakit ape-ape je la yang doc ajar akan buat aku rase Allah itu maha besar,pencipta segalanya di atas muka bumi ni.
actually satu la yang makin buat aku suka dengan kerja sebagai seorang doktor ni,aku rase Allah nak tunjuk pada aku yang kita neh hanya hambaNya.Dia boleh buat ape sahaja ke atas kite untuk menunjukkan kekuasaanNya.
sebagai contoh,penyakit kanser.
sekelip mata sahaja Allah boleh tarik pelbagai nikmatNya dalam tubuh badan kita ini dengan hanya sel abnormal tumbuh secara tidak terkawal dimana-mana tempat yang telah Dia tentukan.
maksud aku,kite ni jangan sombong la bila berada di atas bumi ni.
jangan duk buat gaye god-complex sangat la.
setakat jadi doc pakai white coat gantung stetoskop kat tengkuk,tak payah nak sombong la ye.
kije dengan urine/blood/feces etc etc (segala bahan kotoan yang dihasilkan oleh manusia)
so tunduk padaNya setiap masa.
bukan pada nafsu diri.
ucap syukur setiap hari boleh sedut oksigen hembus karbon dioksida.
syukur juga sebab keadaan diri masih normal.
kadang-kadang jangan taktau,ramai orang sakit sebenarnya tapi tiada simpton.
sekali ada simpton,nyata sudah terlambat utk dipulihkan.
kami,sebagai doktor hanya melakukan yang terbaik untuk pesakit.
merawat dalam batasan seorang manusia sahaja.
yakinlah,hanya Dia,Allah,tuhan kita sahaja yang mampu menyembuhkan segala penyakit.
bukan kami,para doktor.

sempena general election 13 yang bakal berlangsung pd 5th of May,aku amat berharap kawan-kawan aku memilih yang terbaik utk generasi kita dan masa depan.
kita dah dalam linkungan umur layak mengundi sudah.
takyah nak koya muda tergedik-gedik korea sangat la.
or sibuk berangan sangat duk mencari imam/mujahid-ah.
pilihlah pemimpin negara yang akan mebawa kepada kegemilangan agama Islam.
bukan berdasarkan nafsu kita .
especially buat kawan-kawan yang rase politik tak penting or bajet-aku-tak-main-politik-aku-cool,
sedarlah.anda yang menentukan masa depan anda.
untuk terus dizalimi adalah amat tidak patut.
kalo nak rase sensorang silakan,tetapi sekarang melibatkan seluruh warganegara sendiri (bangla xtermasuk ok!),so harap tak pentingkan diri sendiri sahaja.
bagi yang buat statement adakah-politik-satu-satunya-yang-perlu-kita-titikberatkan?,serius aku mahu ketuk kepala mu.
sebab hal-hal seperti solat,puasa,kebersihan,dakwah etc etc itu adalah kewajipan seharian yang kite perlu titikberatkan.
politik ni sekali dalam 5 tahun kot.
kalo ade yang jenis semangat gantung bendera tapi subuh tak bangun,ye,itu kite tetap kene tegur,tapi bile sampai part buat statement macam la si kawan neh duk asyik berpolitik cam tak-hengat-dunia-seolah-olah- itu-aje-yang-dia-tahu tu,memang sungguh la tak patut bagi aku.
sebab politik ini adalah salah satu cabang besar dalam Islam.
untuk kita melaksanakan Islam dengan jayanya,kite amat memerlukan kuasa yang kukuh.
bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam membincangkan perlu-undi-calon-berwibawa sahaja.
kita perlukan strategi,pengalaman,kejujuran dan orang yang arif tentang selok-belok dalam bidang kepimpinan yang akan membawa keamanan kepada negara kelak tidak kira dari segi ekonomi,pendidikan,kesihatan mahupun keselamatan negara.
apabila keempat-empat bidang ini terjaga,maka lahirlah satu generasi yang akan membawa kembali kegemilangan Islam seperti kerajaan Umar bin Abdul Aziz dahulu.
andai hidup ini tiada yang rasa diri lebih hebat/kaya/bagus dari orang lain,alangkah indahnya dunia ini.
semua orang dapat hak yang sama rata.
kemudahan hospital yang mantap,sistem pendidikan yang terbaik(tidak sekular),tiada rasuah/riba etc,dan tiada isu culik,kanak-kanak hilang ikut bf/gf,rogol,altantunya or lahad datu.
sampai bila lagi kite nak jadi selfish?
hidup kau-kau,hidup aku-aku.
kite kene ingat,Allah tak turunkn balaNya hanya untuk certain people yang buat jahat tu.
Allah turunkan kepada semua tak kira siapa pun dia,dato' ke tan sri ke or tun sekalipon.tok iman pon kne skali jika itu kehendakNya.
aku ni bukan la fanatik politik ke ape,tapi sungguh aku dah tak tahan duduk atas dunia penuh dengan sifat mazmumah neh.rasuah,tipu,tindas,dan sebagainya.
yang kaya  terus kaya,yang miskin makin miskin.
takde sifat simpati,makin tidak berperikemanusiaan.
jangan duk pandang apa yang berlaku kat Palestin AJE,kelih sikit amek cakna orang Malaysia yang kene tindas kita-buat-buat-tak-nampak ni.
tak salah,malah digalakkan membantu umat Islam di Palestin,Syria,Rohigya,Bosnia etc etc.
cuma aku mahu juga korang amek cakna,biar ada rase bertanggunjawab menyuarakan hak-hak warganegara Malaysia yang telah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang zalim dan dipebodohkan oleh pihak media.
jangan fikir kite aje yang bagus,anak-anak muda (dan tua) yang masih lagho pon perlu dibaguskan jugak.
aku harap ada yang faham apa yang aku cuba maksudkan.
kite ni jangan jadi cerdik atas kertas aje,tang memainkan peranan tak cerdik.
mungkin ayat-ayat aku kedengaran kasar,maaf aku tak pandai mereka ayat berhemah.
khilaf sendiri tiada seni dalam menegur.
cuma satu aku harap,mesej aku sampai dijiwa dan akal fikiran korang.

p/s : i love my doctors.they are so great!^^

Sunday, January 20, 2013

Jan 2013


alhamdulillah tahun 5 diakhiri dengan jayanya.
tension emosional dan pelbagai jenis perasaan yang aku rase time tahun 5 neh hanya Allah dan aku je yang paham.
cuma menyesal la (even tiap tahun menyesal) sebab lambat jatuh chenta dengan internal medicine.
keputusan pon jatuh.tapi xpe,bersyukur hehe

by the wayyyy,wahlah!this year belajar subjek kegemaran aku.
hehe surgery and o&g.
yeah aku harap aku dapat skor tahun neh.
tapiiii,cam bese mood study aku datang kejap je hari tu.
takpe aku tunggu dulu,nanti aku paksa diri aku.
tahun neh,bookfair aku just boleh beli buku pelajaran je.
sebab time cuti hari tu memborong buku tak hengat dunia,so skrg kena jage poket money baik-baik.
ermm,this year punye course sangat memenatkan dengan pelbagai xtvt menarik dan tak berape nak menarik.
however,i like this kind of hectic life.
nanti time HO takde la aku menganga sangat.
cuma sekarang yang mengganggu fikiran aku adalah camne gua nak kerja nanti.
yes 1st,nyawa orang ditangan anda.
2nd,kalo kene marah camne nak tangani STRESSSS!!!
3rd,ahhh malas nak jadi dewasa.i wanna go home n be safe within my mom cocoon..
ya Allah homesick nye aku neh.
aku rindu ibu amir dd ayoh abang ma..
tapi egypt boleh la cover kesedihan aku sikit-sikit.
n cam bese disebabkan ramai sgt kawan sebaya n juniors kawen,orang sibuk tanye aku bile lagi mahu dirikan rumahtangga?
huuuu agak-agak la kalo kawen cam makan ayam kfc,nk jugak aku kawen.
aku tengah tensen camne nk kije,takde mase nak menggatal neh.
jiwang boleh la,menggatal takde ruang dan masa lagi.kehkehkeh.

okes,off topic pasal tu.
winter neh xde duit lebih nak jenjalan n aku pon xske g jenjalan,so duk umah jage snowy.
yes snowy cucu ili.
haha suke hati je bagi name kat kucing orang.
yeay!tak sabar nak dapat anak sedara.yeay!!^^
yes,i love kids so much (rindu dhia') but i cant stand to look in those sick babies' eyes.
hati ku ade taman kot,mula la nak leleh je rase.
dengar doc cite pasal fetocide* that day pom dah menjerut perasaan tahan air mata.huaaa :'(
harap boleh la jd OBs or neonatalogy.
insyaAllah.
sooo selamat berusaha amirah for ur final year.
doakan kami menjadi doktor muslim yang mampu menegakkan agamaNya. :D

*fetocide
how to kill a baby?
direct doc tanye kepada kami.
kami tergamam dan ragu-ragu mahu menjawab.

me : give him/her drug *mumbling*
doc :  what kind of drug?
me : errr..
doc : u give potassium chloride then the heart will stop.we call the process as fetocide.i do it every week (me with teary eyes tapi kene berlakon kuat).we have to kill 2 from 4 fetus in quadruplet with intention to give the other 2 good chances to growth,because quad carry risk to be miscarriage almost 99.9%. (lebih kurang cenggitu la ayat doc,banyak lg indication utk buat fetocide neh,boleh search)

Thursday, November 15, 2012

a writer


haha aku rase cam blog perbincangan hal pekerjaan plop.
neway sesaje taip entry neh.
since exam pon dah habis (tengah tunggu result,doakan kami ^^),and boleh bace novel sesuka hati bila-bila masa.
so sesaje nak bercakap pasal authors kesukaan aku.

anyway,hari tu aku ade terbeli 2 buah novel melayu n aku dapat habiskan one of them.yang satu lagi tu baru 1/3 sebab tak larat sangat nak layan novel picisan.
jalan cerita mesti pasal cinta yang hampir sama,dengan watak yang berlainan.
bosan!takde langsung yang boleh buat otak neh berkembang or bagi pengajaran except hasil penulisan RAM and HLOVATE.
sometimes aku terfikir camne aku boleh layan novel picisan cenggitu dolu-dolu.
sekarang aku dah dapat jawapannye.
sebab dulu sibuk duk layan jiwang karat.bajet dalam dunia neh pekara paling besar adalah CINTA.
yes tak ade yang salah dengan perasaan cinta,just salurkannya dengan betol.
dan pada aku,mostly novel yang ade,payah nk jumpe penulis bagitahu how to channel that feeling dengan betol.
yes,tau ade je novel kawen dulu baru berchenta,cume kisah chenta tu pon cam biasa je.
sibuk duk pikir sape suka sape dulu la,betol ke aku suka dia la etc etc.
mende same yang diulang dalam bentuk cerita berlainan.huh -.-'
aku amat berharap,penulis novel melayu neh berkembang pemikiran mereka macam penulis english novel.
tulis novel luar alam skit,berfantasi bukan seperti fantasi nak kawen dengan anak raja je..
satu lagi la,bagi aku untuk jadi a good writer,penulis tersebut kene kaji and tahu banyak mende.
sebagai contoh,JK Rowling dengan HP series (aku tak bace lagi novel barunye,nanti komen balik)even dalam HP tu memang banyak iluminati punye tema,tapi setiap name or pekara yang ditulis tu memang kebanyakkannye fakta/mitos yang berkaitan.
kalo tengok Sophie Kinsella dengan shopaholic series dan novel-novelnya yang lain,dia pandai menggunakan  cerita biasa menjadi luar biasa.perangai buruk suka shopping diselesaikan dengan cara yang luar biasa and fun!cara yang aku tak pernah terfikir utk buat.bagi aku,dia seorang yang amat creative.
then,Jodi Picoult and Mitch Albom,mereka neh amat a good writer.kalo mereka neh masuk islam,seriously mereka neh aset yang amat berguna buat agama kita.
kalo RAM,aku suke pemikiran dia yang matang.satu lagi nampak la dalam diri dia seorang muslim yang menulis novel.berdasarkan laksamana sunan punye series,aku boleh nampak dakwah yang dia bawa tu.sangat nice and menusuk jiwa/jantung/hati bagai la.
kalo HLOVATE pulak,bagi aku,dia lebih kepada mengulas mengenai jiwa remaja sekarang.cara dia berdakwah n sedarkan kite amat cool and sangat terkena atas batang hidung sendiri.pemikirannya sangat tipikal dengan keadaan semasa sekarang and sebagai pembaca n common people,aku faham la ape yang dia cuba ketengahkan.

haha sebenarnye aku nak cakap,tak semua orang boleh menulis a good story.
tapi tak salah kalo mahu mencuba.
just write a good story.
something yang boleh bagi kesan kepada pembaca.
dan aku?
not a good writer.
sebagai pembaca/biblioholic aku boleh bayang,selami time membaca sampai sometimes aku tenggelam dalam dunia tu.
tapi aku sungguh la malas nak buat orang imagine guna perkataan mengenai ape yang aku bayangkan.
hehe
ok chow~~


Friday, November 9, 2012

a doctor

ini merupakan pandangan aku kepada pekerjaan doktor,tiada kene mengene dengan peribadi sesape,cume harap dapat ambil iktibar dan pengajaran.

masa kecik dulu,sebelum umur 7 tahun,aku takut doktor sebab doktor suke cucuk orang (padahal xde la sume orang doktor nk cucuk sesuka hati) tapi aku suke bau hospital.bau ubat.lepas tu,bile masuk darjah 1,kene buat karangan cita-cita saya.mase tu ade jugak la berangan nak jadi polis/askar/pilot etc.pastu,ayoh cube tanamkan cita-cita doktor dalam diri atas sebab nak tolong orang.yes,di mulut,bila orang bertanya mahu jadi ape bile besar nanti,aku cakap nak jadi doktor.tapi aku rase,aku taktahu nak jadi ape sebenarnye sebab malas pikir.tak sangka akan membesar n perlu pikir segala perkara tersebut.(bukan niat or ade penyakit yg boleh membawa maut,just malas n tak sangka kne pikir cm aku kne pikir nanti kawen cmne.erghh malasnye nok pikir... -.-')

bile umur menjangkau 14 tahun,aku upgradekan cita-cita aku utk jadi specialist.so the brains does sound sooo mistery and complicated,maka aku cakap la nak jadi neurologist.then tuko nk jadi orthopedic as the bones sound really cooliooo~~lepas tu.bile masuk form 4 aku mula kenal fizik and bio,n guess what,i really dont like biology and im in love with physics.pastu tuko cecite nak jadi civil/electrical engineer.sbb aku amat minat part elektrik and binaan bagai tu.then pernah je apply masuk UTP dgn result trial,siap interview bagai,tapi result takat 3A (physics,bio,mod m3) 7B n time interview pon gagap je.maklum la 1st time.hehe tapi time SPM tetibe ayoh take over ape yg aku perlu apply.and he's the 1 yg semangat suruh aku apply medik ke mesir melalui tajaan YT.

oleh sebab aku just dapat 9A 1C (EST as the spoiler,never mind) confident utk aku apply medik under mara/jpa amat kurang,so aku try apply pharmacy trough JPA.and i've got the offer but aku tolak sbb aku malas nk buat A level.ouh before aku tolak,aku dah pegi interview YT yg pada masa yg same aku dapat interview jadi cikgu fizik blaja kat overseas kot!tapi ayoh prefer aku amek medik.memula aku cam,medik mesir.cam xde standard je,cam the last resort je sebab xde harapan nk apply mara/JPA (padahal boleh je pon nak apply tp tak kompiden).tapi aku tau je la JPA memang ade application option utk belajo medik kat mesir except the qualification needed is bahasa arab which was aku tak pernah terpikir utk amek (orang rugi).

dan lepas tu aku dapat offer ke mesir and aku terima dalam keadaan 'amek-je-la-jangan-banyak-songeh'.so bile dapat terbang ke sini,ayoh sangat gembire and aku rase cam aku dapat tunaikan cecite ayoh plop.then,bile start blajo,aku jadi enjoy dengan medik sebab aku dapat tahu ape yang berlaku dalam badan manusia.belajo dengan sekadar belajo.apply sikit-sikit je.then..

aku jejak kaki masuk tahun 5.time neh aku belajo 2 subjek besar.yang pertama internal medicine (IM) yang banyak gile nak kene ingat and perlu ingat.so,selepas 2 minggu belajar ,aku mula pikir 'kenapa aku amek medik.n boleh ke aku malas kije nanti?jadi suri rumah cam lagi best je'.lepas tu aku mula la cam kejap ade kejap takde semangat nak blaja medik tu.main-main,amek sambil lewa.end round exam pon dapat skit je compare dgn the others.then,masuk subjek Pediatric aku jadi semangat sebab aku suke budak.tapi cam biasa,kejap je,aku mula lagho balik.

dan tibalah masa utk final exam.n aku terpaksa start utk baca buku.and semakin aku bace semakin aku rase IM neh best.rase cam House m.d pon ade sebab main spot diagnosis.then setelah hampir 4 bulan aku berchenta dengan buku (dan juga laptop,tak lupa internet),akhirnya aku telah merdeka (dan cuak tunggu result.harap yang baik belaka).

haha panjang punye cite tapi nak cakap pasal exam je ke?
nope.
aku nak cakap pasal niat.
sebenarnye aku rase aku lah manusia yang paling beruntung sebab tercampak ke lembah nil tempat yg disebut dalam al-Quran (yang aku ingat part surah nabi Yusuf a.s ayat 21).
sesunguhnya,aku mengaku aku amat rugi sebab tak belajar bahasa arab.
sungguh bahasa arab neh cantik and sedap.lagi best dari british accent.
dan aku banyok lagho and baru sedar nak attend kelas-kelas agama mase akhir tahun 4.
sedih sangat bile pikir mase aku habis dengan perkara takde manfaat langsung.
dan dengan tercampaknye aku di sini,maka pandangan aku terhadap profesion doktor neh berubah 100 %.

dulu aku pikir bile jadi doc,aku akan ade banyak duit,kije kompem dapat,ade class gitu.
tapi sekarang duit tu buat cukup-cukup makan je kot,pastu lambakan keluaran doktor berleluasa menyebabkan rase diri tergugat and kije doktor takde class pon as ko kne tengok tahi/darah/air kecing etc.
cube bagitau ape yang nak di'berlagak' sangat dengan white coat tu?
namun begitu(peh,skema),aku dapat rase izzah nak jadi doktor melalui cara lain.
bukan sekadar doktor biasa,tapi doktor muslimah.
seorang doktor yang mampu applikasikan kehidupan seorang muslimah dalam professionnye.
kate-kate seorang doctor neh lebih dipercayai daripada kate-kate orang lain.
sebagai contoh,adekah ko akan percaya jika tetibe seseorang memberi ubat yg taktau asal-usulnye dari mane jika ko sakit?tidakkan?
tapi kalo a doctor give that to you,mesti ko makan jugak ubat tu kan even dia tak bagitau pape pasal ubat tu selain hanya menyuruh ko makan and dia cakap bagus utk sakit ko.
see.thats the point.
so aku rase,bile kite jadi doc neh,pengaruh kite pada masyarakat amat besar.
so amat rugi lah bagimu utk tidak melakukan kerja dakwah ketika ini.
niat nak menolong orang dan family memang baik.
tapi niatlah kerana Allah taala.itu yang terbaik.
ikhlaskan diri utk berbakti demi agamaNya.
insyaAllah anda akan rase berada dikalangan orang yang beruntung.
andai mampu mengubah sistem perubatan negara kepada lebih sensitif dengan Islam,maka itulah yang lebih baik.
yes,cita-cita mesti tinggi.
mahukan syurga,target syurga firdaus.
asalkan tak putus asa untuk berusaha menjadi lebih baik.
yang lain serahkan pada Allah.
jangan pernah putus asa dengan rahmatNya.
sesungguhnya Dialah yang maha Pemurah lagi maha Penyanyang.

so Amirah.be a good muslimah doc.berusaha cari redhaNya sampai sebelah kaki masuk ke syurga.insyaAllah mase tu boleh rehat.fasobbrun jamil :)


Monday, October 15, 2012

sepuluh


alhamdulillah atas segala nikmat Allah berikan,aku masih bernafas di bumiMu ini ya Allah.
rasenye sejak internet ada masalah since 2 months ago,kureng jugak la xtvt tak berfaedah aku depan lappy selain tengok cite house,grey's anatomy,raising hope n modern family.
haha aku tau aku ulang cite yang same tp cite tu yang hiburkan hati aku n buat aku berfikir (part medik).
anyway sejak menghadapi exam final tahun 5 neh,aku punye life upside down jugak la.
banyak segalanya tergendala,tapi ala kulli hal alhamdulillah.

10 10 12 hari tu,paper internal medicine aku habis.
overall aku hanya mampu berdoa n bertawakal kepadaNya.
tak berani nak komen pape.
senyum je la sebab masing-asing tahu usaha masing-masing camne.
so masing-masing banyakkan lah berdoa.
doa untuk kawan kawan sekali ye :)

lepas habis je paper IM,aku terus balas dendam bace novel.
sampai aku rase aku overdose dengan perkataan.
ade ke orang tensen bace buku lepaskan tensen dengan bace buku jugak -.-'
memang laaa rase hidup aku amat bosan.NERD :p
tapi sekarang aku kne sambung bace buku peads balik.
haihloh haihloh..
hehe time je la wahai amirah.
kate nak jadi doktor.

teringat pesanan seorang ustaz,
beliau kate,bile dikatakan sabar itu indah/cantik means kite kne sabar biar Allah je yang tau ape yg menyedihkan hati kite.kite mengadu hanya pada Allah n senyum cam xde pape depan kawan.
tapi dengan teknologi terkini sekarang,rasenye susah jugak la nk 'sabar itu indah'.hehe *malu*

doakan kami mampu jadi doktor muslim yang berjaya :)

Wednesday, August 29, 2012

topik hangat

since aku takleh nak fokus study sejak semalam lagi,terfikir satu topik hangat yang akan dibualkan tiap kali aku n the others berkumpul.
guess what?
haha KAWEN and TUNANG!
yeah unlikely.macam takde topik lain kan.
sampai aku sendiri naik muak dengan topik neh.
yeah dah sampai masenye kite sume attend majlis kawen/tunang kawan sendiri.
bukan lagi majlis kawan kpd ibu or ayah kite.
tapi like seriouslyyyyyy.
kite takde mende lain ke nak dibualkan huh except 2 topik tu?
yeah maybe la aku sound like some1 who lonely n nk cover ke'lonely'an dengan berkate cakap hal kawen/tunang itu boring.
bukan aku tak gembira utk yg dah masuk ke alam baru tu,doaku sentiasa beriringan utk mereka insyaAllah.
cuma utk kami yang single n bujang neh biar la berbual hal yang lebih global.or maybe pasal ukhuwah sesame kite (not included part mengumpat,masih belajar kontrol lidah).
n kepada yang berkawen or tunang,harap dapat la bersederhana dlm segala hal.
kalo boleh yang bertunang tu takpayah la lelebih sangat cam nak bernikah je gayenye siap pelamin n door gift bagai.
naik pening aku tengok.konpius..
kan nabi dah ckp tunang neh elok dirahsiakan
.kan macam-macam boleh jadi.
hal kecik boleh jadi besar.
buat ringkas-ringkas aje anto cincin tak boleh ke?
entah la.tu tak masuk hal duit hantaran lagi.
kadang-kadang boleh tercabut jantung dgr duit hantaran masing-masing.
cam nak jual anak pon ade.
auzubillah.mintak lindung dari Illahi dari pekara yang tak sepatutnye
okay stop hal yang 2 tu.
dah bosan cakap hal tu.
den baru masuk 23 tahun n still wanna enjoy my happy single life rite now.
jodohku belom sampai lagi.kan sampai akan ku sebarkan ke seluruh dunia pekara baik itu.
so sekarang cite pasal yang terbuku di hati neh sejak sekian lame.
aku akan final exam start 23 sept neh.
yea saye amat tensen.
sebab mase neh la mood nak tgk cite n bace novel datang.
gelenyar kan mood neh.
STRESSS betol jadinye diri ini.
tadi sempat la rembat novel 4 biji.rebound sgt neh.
huhu sabo la wahai hati.
habiskan dulu int medicine.
nanti rebound la habis-habisan.
ouh i miss my novels sooooo much.
rindu nak g kedai buku n lepak lelame.
rindunyeeee.
k chow nk sambung bace buku pelajaran.
doakan

Sunday, July 15, 2012

pra perkahwinan


time dah habis sekolah dolu dolu,asal jumpe/chat/fb kawan lame,mesti tanye pasal boyfriend.
pastu time umur dah semakin ke pertengahan 20 an,mula la bertanya bile nak kawen pulak.
sangat tipikal kan?

susah la nak jumpe yang akan tanye dah daftar jadi pengundi rasmi belom.
or tanye pasal ape pendapat ko tentang politik malaysia sekarang.
or tanye/bincang pasal isu umat islam di syria,palestin,myammar etc etc.
bukan takde,ade je,tapi susah.
bukan soklan yang tipikal.

tak salah nak tanye soklan tipikal tuh.
lumrah.yes saye faham n i am one of them jugak.
just part boyfriend tuh takdenye gua nak membazir mase nak menanyekan hal tuh.
(wonder dgn tipikal pemikiran skrg,masuk u perlu ade bf/gf..)
tak kisah pon nak cakap hal part kawen tu,just tak nampak sangat la part bercakap/amek tahu hal politik/ehwal negara islam.
bukan nak suruh jadi wakil rakyat,tapi nak suh jadi orang yang amek cakna.
bile amek cakna,kite akan cari yang betol.
bile jumpe yang betol kite dapat prektis mende betol.
baru la dapat lahirkan keamanan sejagat.
neh part artis kawen dgn duda pon nak kecoh siap suh artis tu tampil bagi penjelasan.
nak jelas hapenye,biaq pi la dye kawen dgn duda pon.
dye kawen dgn suami orang skalipon,lelaki boleh kawen 4 kan.
kalo dye jadi isteri no 5 tanpa cerai yg lagi 4 org tuh barulah kite diskus hal ini dengan serius ok.
daripada duk nk jage tepi kain dye,baikla doakan kebahagian dye dunia akhirat.
insyaAllah dapat pahala.

anyway,ape yang aku bebelkan kurang mengena dengan tajuk.
hehehe ^^
takpe,utk hal ini sedikit nasihat la dari aku yang masih bujang trang tang tang neh.
cari lah calon ayah/ibu kepada anak-anakmu.
Rasulullah pon pernah berpesan,pilihlah pasangan kerana agamanya,insyaAllah kamu bahagia ^^
dan cara ke gerbang perkahwinan tu biar la bebas drpd perkara lagho/maksiat.
no couple,mesej-mesej,koling-koling for unnecessary things.
even bertunang pon,hubungan masih sebagai ajnabi.
aku cadangkan buku child education in Islam karangan 'Abdullah Nasih 'Ulwan dan buku aku terima nikahnya by ust hasrizal utk sesape yg bakal n dah kawen.
buku neh cerite reality rumahtangga,bukan cam novel ombak rindu,pergilah sepi tu.
pastu banyak lagi la pasal cite nak kenal sikap lelaki n pompuan neh tapi aku kureng minat nak bace.
hehehe^^

p/s : kepada yang suke bertanye bile nak kawen tuh,boleh doakan sekali semoga dapat jodoh yang baik dunia akhirat.or lagi bagus kalo dapat carikan calon skali.. :)



 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.