Pages

Showing posts with label ..entahpape... Show all posts
Showing posts with label ..entahpape... Show all posts

Saturday, June 6, 2015

stranger 03

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati
Tuhan dosaku menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

pada pertama kali lirik ini menyapa gegendang telinganya,jantung terasa bagai disentap daripada aorta gayanya.terasa sangat.terasa macam lagu itu dituju kepada diri sendiri.
yep.
dulu boleh cakap la dia ni gaya manja gedik selalu ngadu masalah dekat the so-called "boyfriend" ni.macam- macam dia mengadu.takleh study ke,or masak ayam masak kicap terlebih garam pun dia bagitau.ikut kata konon romantik,semua benda berlaku dalam life dia,dia bagitau pada si dia.
then,pada satu hari,kebetulan masa tu tengah on the way pergi dapur nak buat air milo untuk sambung baca novel,dia terdengar lagu ni sayup-sayup daripada bilik Dania.seketika,dia berhenti,tercegat berdiri depan pintu bilik Dania mendengar dan menghayati lirik lagu tersebut.
Mengemis kasih.
Dania bagitau dia tajuk lagu bila tengok muka kelam dia berdiri depan pintu tanpa suara dengan air milo berasap di tangan tak bergerak.
terus dia tersenyum kepada Dania dan jalan laju-laju masuk bilik nak cari lagu tersebut dan download daripada internet.dan mencari lirik lagu.dan pasang lagu tu berulang-ulang kali dengan sedu yang tetahan.
novel yang  sebelum ini dibaca dengan penuh khhusyuk terus ditutup.
masuk saja waktu zuhur,dia dah teercegat depan pintu bilik Dania dengan kain telekung dibadannya dan sejadah ditangan bersedia untuk berjemaah dengan Dania.
dan Dania peluk dia dengan riang senyum tak terkata,peluk dia sekejap dan mintak izin ke bilik air untuk ambil wudhu' sambil berlalu dengan kesat air mata terleleh di pipi.
dia angguk sambil senyum pahit dan menunggu Dania di atas katil kepunyaan Dania.
dan petang itu,mereka berbincang mengenai aktiviti seterusnya bersama ahli usrah terbaru mereka,Nur Iman.
bukan dia tak perasan selama ini,yang si Dania dah banyak kali ajak dia solat berjemaah bersama,dan dia dengan muka tak bersalah menolak ajakan baik sahabatnya itu dengan alasan,dia dah solat.padahal wudhu' pon takde lagi.heh.alasan kan.alasan konon logik dia,leceh la,banyak berangan dalam solat,solat lama dan 1001 alasan lagi la.bukan dia taktau kelebihan solat jemaah,dia lebih dengar bisikan nafsu dan syaitan sebenarnya.itu baru solat jemaah,tak campur dengan tadarus al-Quran bersama,usrah dan macam-macam lagi la ajakan Dania yang dia tolak.kalau Dania ajak pergi shopping mall or makan-makan,dengan terbuka hati dia tersenyum mengangguk bersetuju.haih Iman.nama dia aje Iman,tapi iman dia,kulit bawang macam lagi tebal aje.
dia tersenyum sendirian bila terdengar lagu itu kembali bermain di dalam playlist lama di dalam laptop.sengaja dipasang berulang kali jugak kali ini sebab memutarkan kembali memori 4 tahun lepas.dipandang diri yang kini bersiap hendak keluar ke shopping mall dengan adik perempuannya sebentar lagi di dalam cermin bertentangan dengan tempat dia berdiri tercegat tak bergerak.di tenung dirinya lama.
'u've changed a lot.macam roda,Iman.' -sigh-


Sunday, December 14, 2014

stranger 02


kisah ini kisah perjalanan seseorang yang baru sedar untuk mencari makna hidup.
yang baru mula menghargai erti bernafas di atas muka bumi tuhan.
cerita seorang insan yang mula memandang dunia dari sudut lain.
cerita  bagaimana dia sedar realiti kewujudannya di dunia yang sementara ini.

diuji.
ditampar oleh kehidupan.
dilenyek dengan segala fantasi dunia.
dan bagaimana dia merangkak kembali kepada tuhan.
mencari satu cinta hakiki.
yang nyata,cinta itu takkan pernah kecewakan hati dan dirinya.
yang membolehkannya kembali tersenyum tenang.
mensyukuri setiap ddenyutan nadi yang masih berdenyut hingga kini.
Alhamdulillah.
"terima kasih Allah kerana masih menyanyangi diri aku".
senyum.

Monday, May 12, 2014

stranger 01


"ape name penuh ko?"
"Nur Iman binti Mohamad."
"ko grad mesir kan?"
"aah."
"U mane?"
"Universiti Ain Shams."
"ooo.apesal ko ni,aku tanye sepatah ko jawab sepatah?"
"penat.baru lepas post-night."
"bukan ke ko dah  tido tadi dalam kereta?"
'haihlaa mamat ni memang la takde perasaan agaknya.aku tak sempat jejak tanah luar hospital lagi dia da ajak aku pergi shopping baju raya dia pulak.puasa ramadhan pon belom,beria beno dia nak raya.ish'
"takat 5 minit takde maknenya dipanggil tido,"jawab Iman sambil memucungkan mulutnya.
"alaa teman aku kejap je pon.beli kain kat kedai nagoya je nanti.ko tolong aku pilih kain mana yang sesuai untuk aku pakai raya nanti,"pujuk Adib sambil mengunyah nasi goreng ayamnya dengan penuh nikmat.wajah Iman dipandangnya sekilas.
'muncung-muncungkan mulut pulak minah ni.cute jugak heh'
"ko sungguh tak nak makan ni?sedap tau makanan kat restoran ni."
"tak selera la doc Adib,perut saya sebu nanti kalau telan makanan tengah otak tak berapa nak betul ni."jawab Iman dengan nada tidak bermaya.'ya Allah mata ni dah berat betol ni.'
"ni apehal ko panggil aku doc adib ni?kan masa bekerja kan dah habis."
"erkk habis saya nak panggil ape pulak?"
'takkan nak cakap aku-ko pulak?'
"umur ko berapa?"
"25"
"haaa,panggil aku abang.abang adib sebab aku tua 3 tahun daripada ko."
muka selamba Adib di hadapannya dipandang lama.
'biar betul MO ni.dah la tadi macam nak tercabut jantung aku time dia ajak aku shopping tadi,siap pakat dengan kak che' (staf nurse) lagi tu time mengarah(atau dalam erti kata sebenar memaksa) aku keluar dengan dia.ni nak panggil abang pulak,eee..'
"apesal ko senyap pulak?"tanya Adib selamba melihat muka kelat HO yang dipaksa shopping baju rayanya bersama tadi dah bertukar gaya tertelan seekor katak apabila disuruh memanggil dirinya abang pula.dia tersenyum kejam.geli hati melihat gadis didepannya terkulat-kulat sebab kena buli dengannya dari tadi.
"sebab tak tau nak cakap ape,"balas Iman selamba.dia nampak senyuman kejam adib tadi.sumpah dia sanggup bagi gaji dia sebulan pada sesiapa yang sanggup ganti tempatnya sekarang.
'ek eleh poyo pulak menjawab cenggitu dengan aku.siap ko.'
"aku tak kire,kalo ko panggil doc Adib siap ko.nanti kena denda."
'padan muka,poyo lagi dengan aku.ha-ha'
'ish kerek gile doktor ni.arghhh aku tengah kepala tak berapa nak betol ni,dia buat perangai tak masuk akal pulak.grrr'
"tengoklah.."jawabnya dengan nada yang sengaja makin di'poyo'kan.matanya pula selamba sahaja memandang muka Adib dengan mata mengantuk-malas-nak-layan-manusia-yang-dipandangnya-itu.'haha padan muka,kejam sangat kan,biar ko sakit hati sensorang.'
'grrr.jaga ko.'

hilang idea -,,-

Saturday, February 22, 2014

..masih berfikir 13..






Dia memandang sekeliling.
memandang setiap insan yang terfokus pada mata kasarnya.
berfikir.
cuba mencari secebis cerita di sebalik wajah yang menyapa penglihatannya.
ada yang kelihatan sedang memegang sejenis permainan sambil cuba tawar menawar dengan penjual.mungkin untuk cucunya ataupun anaknya yang masih kecil.
ada yang cuba menjunjung sebuah bakul entah terisi dengan apa,mungkinkah makanan mahupun bahan jualan demi menampung perut pada hari ini.
yang pasti,di setiap kerutan dan kedutan pada wajah mereka,pasti ada cerita mereka yang tersendiri.
ya.
setiap orang mempunyai jalan ceritanya sendiri.
siapakah mereka tika dahulu?sekarang?masa depan?
diri pada hari ini merupakan natijah kepada apa yang berlaku pada hari semalam.
dan semua orang berharap apa yang berlaku pada hari ini lebih baik daripada apa yang berlaku pada hari semalam.
dan esok jauh lebih baik daripada hari ini.
tetapi berapa ramaikah yang sedar untuk mendapatkan esok yang lebih baik,kita perlu mejadi terbaik pada hari ini.
'ah,sudah jauh aku mengelamun.dalam keadaan sesak pulak tu.haihhh..opss tak baik mengeluh hee'
Dia melangkah kaki ke arah sebuah bas.
menanyakan destinasi bas tersebut kepada pemandu.
dan menaiki tangga bas setelah diberitahu destinasi yang ingin dituju olehnya akan dilalui oleh bas tersebut.
dia duduk di salah sebuah kerusi di sebelah tingkap.
beg tangan di selongkar dan dia mengeluarkan sepasang 'earphone' dan mp3.'earphone' disumbat pada kedua-dua beah telinganya,punat 'play' ditekan lalu dia menyandar pada kerusi dan memandang ke luar tingkap.
cuba befikir tentang kehidupan.
hidupnya selama 24 tahun di muka bumi ini.
mengenang kembali memori-memori yang terlekat didalam mindanya.
kemudian,dia tersenyum pahit.

 220214 1108 abbasia



Sunday, January 20, 2013

Jan 2013


alhamdulillah tahun 5 diakhiri dengan jayanya.
tension emosional dan pelbagai jenis perasaan yang aku rase time tahun 5 neh hanya Allah dan aku je yang paham.
cuma menyesal la (even tiap tahun menyesal) sebab lambat jatuh chenta dengan internal medicine.
keputusan pon jatuh.tapi xpe,bersyukur hehe

by the wayyyy,wahlah!this year belajar subjek kegemaran aku.
hehe surgery and o&g.
yeah aku harap aku dapat skor tahun neh.
tapiiii,cam bese mood study aku datang kejap je hari tu.
takpe aku tunggu dulu,nanti aku paksa diri aku.
tahun neh,bookfair aku just boleh beli buku pelajaran je.
sebab time cuti hari tu memborong buku tak hengat dunia,so skrg kena jage poket money baik-baik.
ermm,this year punye course sangat memenatkan dengan pelbagai xtvt menarik dan tak berape nak menarik.
however,i like this kind of hectic life.
nanti time HO takde la aku menganga sangat.
cuma sekarang yang mengganggu fikiran aku adalah camne gua nak kerja nanti.
yes 1st,nyawa orang ditangan anda.
2nd,kalo kene marah camne nak tangani STRESSSS!!!
3rd,ahhh malas nak jadi dewasa.i wanna go home n be safe within my mom cocoon..
ya Allah homesick nye aku neh.
aku rindu ibu amir dd ayoh abang ma..
tapi egypt boleh la cover kesedihan aku sikit-sikit.
n cam bese disebabkan ramai sgt kawan sebaya n juniors kawen,orang sibuk tanye aku bile lagi mahu dirikan rumahtangga?
huuuu agak-agak la kalo kawen cam makan ayam kfc,nk jugak aku kawen.
aku tengah tensen camne nk kije,takde mase nak menggatal neh.
jiwang boleh la,menggatal takde ruang dan masa lagi.kehkehkeh.

okes,off topic pasal tu.
winter neh xde duit lebih nak jenjalan n aku pon xske g jenjalan,so duk umah jage snowy.
yes snowy cucu ili.
haha suke hati je bagi name kat kucing orang.
yeay!tak sabar nak dapat anak sedara.yeay!!^^
yes,i love kids so much (rindu dhia') but i cant stand to look in those sick babies' eyes.
hati ku ade taman kot,mula la nak leleh je rase.
dengar doc cite pasal fetocide* that day pom dah menjerut perasaan tahan air mata.huaaa :'(
harap boleh la jd OBs or neonatalogy.
insyaAllah.
sooo selamat berusaha amirah for ur final year.
doakan kami menjadi doktor muslim yang mampu menegakkan agamaNya. :D

*fetocide
how to kill a baby?
direct doc tanye kepada kami.
kami tergamam dan ragu-ragu mahu menjawab.

me : give him/her drug *mumbling*
doc :  what kind of drug?
me : errr..
doc : u give potassium chloride then the heart will stop.we call the process as fetocide.i do it every week (me with teary eyes tapi kene berlakon kuat).we have to kill 2 from 4 fetus in quadruplet with intention to give the other 2 good chances to growth,because quad carry risk to be miscarriage almost 99.9%. (lebih kurang cenggitu la ayat doc,banyak lg indication utk buat fetocide neh,boleh search)

Friday, May 11, 2012

..masih berfikir 12..


bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
dan ku cuba meninggalkan pesona maya
kerna tak upaya ku menghadapinya
andai murkaNya menghukum leka


moga dalam hintungan setiap pengorbanan
agar disuluh redha
saratkan hati ini dengan cinta hakiki
sehingga ku rasai nikmatNya,syurgaNya,cintaNya~~

bait bait lagu atas nama cinta bermain di bibirku berulang ulang.
iya.aku mahu menguatkan hati ini.
meyakinkan diri,ada yang lebih penting yang perlu aku kejar.
ya Allah.kuatkan aku.



Friday, April 13, 2012

masih berfikir 11


"Nia,ko kene tolong aku."
"tolong ko?nape?ko ade masalah ape?"
"neurology is killing me rite now.i dont how to study it laa.."
"duh..ingatkan ape tadi masalah ko.cam cemas bunyinye hah"
"apekehal tuh?" tanye Farah kepada Nia sambil memuncungkan mulutnya ke arah Padi yang terbaring 'frust menonggeng' di atas katil bersaiz 'permaisuri' milik mereka.
"depression kot.tak pon tengah mood swing.." jawab Nia selamba sambil kembali menghadap laptopnya.
"huh?yang ko neh Nia,selamba aje hadap 'modern family' tu,cam esok takde pape ape kes?weh esok exam neuro ok.bak sini lutut ko,aku nak berlatih mengetuk neh." ujar Farah sambil membetulkan kedudukan kaki Nia agar teknik 'knee reflex'nya menjadi.'heh,sonang aje neh'.
"weh Padi,dah dah la tu frustnye,ko neh,padahal cube buat conversion punye perangai la tu,malas bace buku,nak merengek-rengek plak.go grab your vibration thingy la weh,join aku cek Nia neh." kata Farah kepada Padi sambil cuba mengetuk tendon archilles milik Nia.'huh great.i just did it right.heh'
"vibration thingy plak,mende tu ade name la,namenye tuning fork."
"tak kesah la tu,cepat la weh,sebelum Nia start irritate nanti,elok buat segala examination yang ade."
"aip aip kapten."
"korang neh kaco la aku nak tengok cite.ish ish ketuk slow slow skit lutut aku neh cik kak oi.hengat neh paku ke?"
"hehehe,lebih kurang la."
"hampeh.."

hampir setahun perkara itu berlalu.
dan aku kini senang menjalani kehidupan seperti biasa.
or boleh dikatakan a better life.
banyak benda yang aku pelajari dalam mase setahun ini.
benarlah kata mereka,pengalaman mengajar kita erti kehidupan.
belajar mengenali diri sendiri.
belajar mengenali orang sekeliling.
dan yang paling terbaik,belajar mengenali pencipta dan rasulNya.
untuk itu,hati aku kini lebih lapang dan gembira.
baru kini aku faham menikmati nikmat menuntut ilmu.
sebelum ini,aku hanya menadah dengan telinga dan memandang dengan mata.
tapi,setelah cuba memahami dengan hati,aku dapat rasakan kehebatan ilmu Allah.
Allahuakbar.
sesungguhnya Engkau yang Maha Besar ya Allah.

ding dong!
Nia,Anas dah bertunang.
'huh?perlu ke ma bagitau aku?'
ouh ok.nape tibe2 ma bagitau Nia?
saje,nt xde la Nia terkejut kalo tau dari org lain.Fatimah name tunangnya tu.kawan Nia jugak.
'wow.(jatuh rahang!),sungguh la jodoh mereka amat kuat,heh'
ouh.alhamdulillah,semoga Allah permudahkan urusan mereka :)
amin ya Rabb.u my dear,take care ye.love you.kem salam kat sume.
baik ma.u too.kem salam kat sume jugak <3

"Padi,guess what.heh aku ade gosip untuk ko.mesti ko excited!"
"gosip?"
"yup.mesti ko terkejut punye."
"hehe ape?ape?jangan senyum senyum camtuh,cubit pipi karang.cepat la cite.."
"aku senyum pon salah,senyum tu sedekah la cik kak oi."
"kot ye pon nak senyum,biar la kene pada tempatnye makcik oiii.."
"ye la.anyway,Anas dah bertunang.."
"huh?Anas?which Anas?" muke Padi blur..'Anas mane pulak neh?'
"ish makcik neh.ala Anas kawan si Redza tu la.takkan dah tak ingat dah kot.."
' ish pelupe jugak minah neh rupenye.'
"ooooouhhhh.bakal tunang tak jadi ko tu eh..hahaha sorry beb,lambat register..soooo dah bertunang eh dia.dengan sape?neway ko rase pape tak?" Padi memandang Nia dengan penuh makna.'kenape aku rase ade nada tak best kat suara budak neh ek?'
"dengan Fatimah yang dia mengorat mase darjah 3 tu.haha kuat betol jodoh diorang kan?" ujar Nia dengan ceria (?)nya.
'aihhhhh.aku rase tak best' Padi mula memandang Nia dengan pandangan yang redup.
"weh kenape ko pandang aku camtuh?" tanya Nia kehairanan.
'alahai kenape aku cam rase Padi tengah scan aku...'
"takde pape.ape yang ko rase?" sekali lagi Padi bertanya dengan selamba sambil kembali membelek novel 'contengan jalanan' di hadapannya.matanya dikerling ke arah Nia Raudhah yang kelihatan seperti cacing kepanasan.
"erm tak rase pape.perlu ke aku rase pape?" Nia menelan air liur.'huh,kenape panas aje muke aku neh'
"hurm bagus la tu kalo tak rase pape.jom makan nak?aku masak bubur jagung.hehe"
'nanti kan ku korek isi hati mu kawan ku..'
"whoaaa.rajinye kawanbaikku ini.neh daku sayang pada mu Padi.."
'belom masanya ku bercerita tentang itu Padi.'
"cettt.esok masakkan aku nasi minyak."
"tunggu kenduri kawen aku la .."
"peh,lambat lagi.tak kire,esok nasi minyak gulai ayam ok."
"aip aip kapten."
"yes!jom makan.bace doa Nia"
" YA ALLAH...Engkau Berkatilah apa yang engkau telah berikan kepada kami dan Jauhilah kami dari azab api Neraka"
"amin ya Rabb " :)





Friday, August 19, 2011

masih berfikir 10

"arghhh.ophthal.."
"nape Nia?sedey semacam je aku tengok.tipu la kalo ko takleh buat.."
Nia memandang sahabatnya dengan perasaan berbuku buku di hati. 'sabo Nia sabo'
"huhuhuhu entah aku nak bagi korang paham camne entah.takpe la.aku bersyukur sebab at least aku takde la blur sangat sampai takleh jawab langsung.selebihnya,aku serahkan pada Allah.Dia lebih mengetahui."
"haaa kan bagus camtu.kalo nak merungut or mengadu,amek wudhu' then pegi la mengadu dalam sujud kepada Dia yang satu tu.takde gunanya luah pada orang lain Nia."
"yup.aku lupe.thanks Padi."
"no hal la Nia..erm Nia,boleh aku tanye sesuatu tak?"
"tanye la.."
"ape hubungan ko dengan Anas?"
'UHUKKKK,UHUKKKK..."
hampir tersembur air yang baru diteguknya untuk menghilangkan rasa sedih disebabkan peperiksaan sebentar td.Padi pula telah megeluarkan soalan aura membunuh.haihlaaa.neh mesti kes hari tu neh..

hari itu,oleh sebab dia sampai awal ke kuliah,dan kebetulan pula Zharif,Redza dan Anas juga datang awal,satu rahsia yang dia cuba pendamkan dari pengetahuan orang ramai telah terbongkar.
dan dia juga tidak menyangka orang itu ialah manusia yang merisik tentang dirinya.
sungguh dia tidak sanggup mengetahui semua itu dihadapan manusia yang telah lama dia menyimpan perasaan.
sungguh.air mukanya pada waktu itu kalo ditoreh pisau dipipinya,takkan berdarah punya.
rase macam kene vagal shock* pun ade.
bermulanya dengan satu perbualan yang dimulai oleh Zharif..
"Nia,boleh tak nak bercakap sekejap?kat luar,boleh?"
dipandangnya Zharif dengan rasa terkejut sebab sebelum ini,rasenya belum pernah Zharif cuba berbual dengannya secara terbuka begini dihadapan kawan kawan yang lain. 'haih..'
"okay."
dia bangun dari kerusi dewan kuliah yang selesa itu dan mengekori Zharif yang sedang menuju ke belakang dewan kuliah yang lapang dan amat sesuai untuk melepak sebelum kelas.
diluar dewan kuliah,dilihatnya Anas dan Redza turut ada di situ sedang menunggu dirinya.
"hurm.apehal?" ditanya kepada jejaka jejaka tersebut dengan rasa tidak selesa.
"ko tak kenal ke dia neh siape Nia?" Redza bertanya sambil menunjuk ke arah Anas.
pelik.
"mesti la kenal.ko yang kenalkan kitaorang dulukan?Anas kan"
dilihatnya Anas memandang dirinya dengan muke agak 'sedih?' dan Redza pula muke ingin tahu dengan mata berkelip kelip.Zharif kelihatan seperti cacing kepanasan.
"kenape korang neh.cam lain aje aku tengok.ade pape ke?" soal Nia dengan rase tidak bersalah. 'memang aku tak bersalah kan?'
"serius ko tak ingat langsung dia neh sape?" soal Redza lagi.kali neh dengan nada bersungguh sungguh.
dahi Nia berkerut.dipandangnya Anas dengan teliti sambil otaknya berpusing ligat.
haihlaahhhh..
"sungguh la Redz.aku kenal Anas pun sebab ko yang kenalkan pada aku hari tu kan.kat mane lagi aku kenal dia."
huh.."Nia,saye neh,Wan Anas Zakuan Wan Mustafa.tak ingat ke?"
"huhuhu sungguh saye tak ingat langsung awak.."rasa bersalah mula menerbit dalam dirinya.
"Anas,Sekolah Kebangsaan Kampung Dua.darjah 3 bestari 1998.tak ingat?"
otaknye berpusing ligat dengan memori sekolah rendahnya dulu yang disebut oleh Anas.
'Anas.Anas..'
"Ouhh...Anas Fatimah ke?" suara Nia bergetar dengan rasa terkejut dan gembira.
"ya Allah.lekat lagi eh name tu dalam kepala awak..Anas Fatimah.dah cam jadi name orang lain la pulak.." Anas tersenyum segaris.padah menggatal waktu kecik kecik dulu,neh la jadinye.'Anas Fatimah..'
"hahaha dah jadi label kot.serius awak Anas tu eh?hahaa siyes sorry sangat sangat tak cam awak..makin ensem kot :P"
"hahahaha ye ye aje.yup Anas yang tu la,mane lagi.hari tu ibu saye ade bagitau yang dia ade berbual dengan  awak time majlis dekat umah mak sedare awak tu.."
"huh?ibu awak berbual dengan saye?bile tu?"
"ouh utk majlis tahlil baru baru neh kat umah mak sedara awak.."
'majlis tahlil?hurm..Anas?ANAS???'
muke Nia terus berubah merah padam.'alamak!malunyeeeee!'
Redza terus tergelak manakala Anas tersenyum simpul dan Zharif muke berkerut melihat ekspresi muke Nia Raudhah sekarang.
'ya Allah mane aku nak letak muke neh sekarang?dia ade depan aku n selama neh memang tegur tegur aku buat selamba cam takde pape.eeee.budak neh..'
"hahaha awat muke hang merah sampai camtu skali Nia?" tanye Redza berbaur nada perli..
Nia mengertap bibirnya geram dengan pertanyaan Redza.'ces kuang asam,Redza tau ke?cess..Zharif?' ouh sungguh la dia dah tak sanggup lagi berhadapan dengan mereka semua kali ini.dan ketika dia berpaling untuk melangkah ke kelas dia ternampak Padi dengan ekspresi muka berkerut.

"kalo aku bagitau ko,aku harap ko boleh simpan rahsia."
"insyaAllah,u can trust me Nia."
dan dia mula bercerita dari awal sampai akhir mengenai kisahnya dan Anas.
"sungguh aku tak sangka Padi,dia orang tu."
"ahahahaha korang neh memang lawak habis la.adeh la.Anas pun satu hal.adeh.."
"ish ko neh,gelak pulak.aku tengah geram neh."
"siyes Nia,aku takleh tahan gelak,kelakar amat okay kisah ko.Anas Fatimah.dah cam name orang lain dah bunyi nye."
"ciss.dah dah gelak.ciss menyesal aku cite.."
"hahahhaa ok ok aku berhenti.hurm.hahah tapi kan Nia,aku dengar cite hari neh dia balik ke Malaysia."
"huh?sape yang nk balik Malaysia?" tanye Nia dengan  innocentnya.
"haihloh,ko neh lembap dan slow betol la bab bab camneh.sape lagi Anas la.ko ingat dia tu join kelas kite ke ape buat medik.budak tu buat engineering petronas kot.pergh,Nia terima je la dia tu.insyaAllah ko bahagia.ensem,kacak,cute plus plus duit banyak.agama pun boleh tahan..kire perfect la.."
"aiseyh.kemain lagi ko neh kan.mane ko tau sume neh?"
"heheh sape lagi?aku korek dari Redza laa.." ujar Padi tersengih nakal sambil mengangkat kening double-jerk nya itu.
"cess semangat mengorek.kenape ko nk buat calon suami ke?"
"a ah.calon suami buat sahabat baik ku Nia Raudhah binti Malik.hahahahhaah "
dan gelak Padi tetap bersambung hampir 30 minit kemudian. 'memang jadi bahan la aku 2 3 hari neh.cess menyesal cerite.nasib kawan baik.hampeh.'


BUZZ!
zharif : salam..

'alahai.bala seterusnya dah mai dah,dah mai dah.'

zharif : nia,i knoe,awk ade depan lappy.n u read this.
          saye taktau nak mule camne..
          betol ke ape yang saye dengar dan tahu neh?is it really true?
          betol ke Anas pinang awak?

'ya Allah,tolong aku.'

Tuesday, May 10, 2011

masih berfikir 9

langkah kaki diatur dengan berhati hati menuju ke dewan kuliah.
namun pusat pemikirannya langsung tidak dihalakan kepada subjek yang bakal dipelajari di dalam kelas nanti.
ada sesuatu yang lebih menarik perhatiannya...
atau dengan perkataan yang lebih tepat ialah yang mengusutkan otaknya.
sejak berita penolakkan telah disampaikan kepada pihak yang berlawanan hari itu,hatinya kian resah.
pemikirannya juga kian berputar ke arah itu melebihi had sebelum dia membuat keputusan untuk menolak.
sudah puas dia memohon petunjuk Illahi namun dia tetap buntu.
tiba tiba sahaja dia kembali memikirkan risikan yang diterima olehnya berbulan bulan dahulu.
tiba tiba sahaja hatinya menyatakan satu keyakinan yang dia sendiri merasakan itu adalah satu keputusan gila.
dan tiba tiba sahaja otaknya mengeluarkan satu idea yang agak membunuh.
'terima saje risikan itu Nia.'
itu yang sering terngiang ngiang di telinganya sejak seminggu yang lalu.
namun mulutnya masih tegar dengan keputusan yang diberi.
lagi pun,malu la kalo tetiba sahaja ingin menerima setelah menolak.
itu belum dicampurkan lagi dengan tahap ketabahan hati mengumpul kekuatan menyuarakan hasrat itu kepada ma dan ayah.
haihloh..memang la sindrom final exam dah berjangkit dalam diri aku sekarang neh.
tengah tensen kot.
pastu mula la tetibe rase nak kawen punye penyakit datang.
heh.
ye kot,maybe sebab tu la kot aku duk terfikir pasal neh aje.
haihla..

sebenarnya...
ade satu rahsia yang aku pendamkan seorang diri.
dan tak mungkin aku luahkan kepada sesiapa pun hatta ma or Padi sendiri.
dan rahsia ini hanya Allah dan aku saje yang tahu.
sebenarnya memang agak penat la aku berahsia begini.
berat sangat untuk aku tanggung seorang diri.
namun aku tahu dan sedar,aku ada Allah yang sentiasa mengurniakan aku kekuatan meghadapinya.
sebab itu la, i always keep this secret to the end of my life alone.(if it happen to be like that la kan..)
rahsia ini mengajar aku menjadi orang tabah dan kuat meghadapi dugaan.
rahsia ini jugak telah banyak mendekatkan diri aku dengan yang Maha Esa.
dan rahsia ini jugak yang banyak mengubah diri aku kepada yang lebih baik daripada hari semalam.

perjuangan.
mungkin ini hanya perjuangan yang remeh kalo nak dibandingkan dengan para syuhada di Palestin.
namun ketahuilah perjuangan ini bukan juga perjuangan yang amat mudah untuk dihadapi oleh diri ini.
sudah ramai yang sudah tewas kerana lemah untuk melawan perjuangan kecil ini.

jatuh cinta.
pernah tak jatuh cinta?
entah.
aku pun sebenarnya taktau macam mane nak menggambarkan perasaan jatuh cinta neh.
maybe aku boleh conclude as always ingat kat dia aje in everything we do kot.
cam mabuk kepayang la kot.
haha.
gelak gelak.
jangan main gelak aje.
kene atas batang hidung sendiri baru tau langit tu tinggi atau rendah.
tapi serius cakap,jatuh cinta is not an easy thing untuk kita pandang remeh.
sebab jatuh cinta adalah satu perjuangan.
perjuangan menahan diri dan nafsu daripada terjebak dalam perkara yang tidak patut.
dan inilah perjuangan kecil yang sedang aku lalui sekarang.
'Ya Rabb,aku pohon kekuatan.'

"hey Nia,awal sampai hari neh?" sapa Suraya sambil tersenyum mesra.
"heh,tetiba nak jadi pelajar cemerlang hari neh.ko pom ape kurangnya.lagi awal dari aku lak tuh.."
"hehehe this day punye lec cam interesting aje.tu yang sampai awal tu.takmo ketinggalan any part of it."
"ooo,patut la.aku pom same."
"Nia,ada orang panggil ko.."ujar Suraya sambil menunjukkan ke arah dia..
'huh ape yang dia nak..' bebel Nia sambil berpaling ke arah si dia.

Wednesday, April 6, 2011

masih berfikir 8

Usaha untuk menjadi seorang yang  ‘baik’  terasa berkurang sejak akhir akhir ini.
Mungkin akibat terlalu berfikir tentang itu.
Tentang risikan seorang hamba Allah mengenai diri ini.
Setelah hampir sebulan aku berfikir,aku mahu buat keputusan.
Dan aku rase ini la keputusan yang terbaik buat masa ini.
Untuk aku dan juga untuk dirinya.
Sungguh.aku penat dibelenggu segala benda yang tidak berkesudahan ini.
Memeningkan dan menyerabutkan minda yang sedia kusut.
Dan aku harap dengan keputusan ini,secara tidak langsung dapat meleraikan sedikit sebanyak simpulan yang tersesak(wujudkah perkataan ini?) di benakku ini.
Ya.
Aku mahu mengatakan tidak kepadanya.
Bukan kerana memilih.
Cuma aku rasa aku belum layak memegang ‘title’ itu.
Cukup dengan keadaan aku yang masih belum cukup terurus untuk menguruskan diri sendiri,masakan mahu menguruskan anak orang lain.
Plus kalo nanti ade anak,lagi laa…
Bukan aku tak mahu berkahwin.sape taknak kan?
Cuma aku tak bersedia lagi.
Ya.aku tahu.
Kalo nak diikutkan untuk betul betul bersedia memang la tinggal harapan.
Takkan berkahwin buat selama-lamanye la kalo macam tu..sebab memang takkan betul betul bersedia punye..
Just that.. I don’t feel this is the rite time kot.
belajar.
Banyak lagi aku perlu belajar.bukan setakat jadi a doctor but a muslimah doctor.
Besar maksud 2 perkataan tu.
Dan aku masih dalam usaha menguatkan diri untuk belajar menjadi muslimah.
Memang takkan habis waktu belajar neh,tapi aku masih di peringkat permulaan.
Masih merangkak dalam mencari erti hidup sebenar.
Tu belum masuk bab mengurus rumahtangga lagi.
bab pengurusan masa lagi laaa hampeh..
Haihla.
Dan aku pun sudah hampir masuk kali ke 4 berbincang dengan parents aku bab neh.
Mereka juga agak tidak bersetuju untuk aku berkahwin semasa aku masih menuntut ilmu.
Mereka terlebih dahulu merasai asam garam kehidupan,jadi siapalah aku untuk membantah cadangan mereka.
Namun mereka tidak menghalang aku untuk bertunang.
Tapi bagiku,biar lah.aku tak selesa dengan status bertunang itu.
Sebab aku lebih suke membiarkan dia bebas memilih lagi.
Andai kata sememangnya dia jodohku,insyaAllah kami tetap bersatu jua.
Takdir Allah sentiasa cantik dan indah.
Dan kita sebagai hambaNya,perlu menerima dengan hati yang terbuka.
Dan keputusan itu telah ku sampaikan kepada mama ku semalam.
Mama dan ayah menyokong keputusan aku sepenuhnya.
Kata mereka aku masih anak kecil mereka yang masih banyak kekurangan.aku masih perlu belajar banyak perkara untuk menambah kelebihan diri.
Ya.Nia Raudhah sedang cuba belajar, mama ayah.doakan Nia berjaya.

“Redz.aku dapat satu berita buruk.”
“huh?ape dia?”
“dia tolak pinangan aku.”
“dia?siapa?” ‘aku betul betul tak faham.pinangan ape pulak neh.’Redza mengerutkan dahi dan menggaru kepala yang tidak gatal.
“ish ko neh.sape lagi yang aku risik kalo bukan Nia Raudhah binti Malik tu.” ‘ish Redza neh memang la.boleh pulak dia lupe.’
“laaa.astaghfirullah.maalish ya Anas.ana betol betol lupa la.seronok sangat ade enta kat sini,ana lupa one of ur tujuan here..”
“hurm,takpe.Cuma aku kecewa.ape yang tak okay lagi dalam diri aku neh?” Anas meraup mukanye yang nampak murung itu.
‘adeh parah.putus chenta la plak mamat neh.hurm camne eh..’
“Anas.aku memang la agak tak pandai dalam hal hal chenta neh.tapi apa yang aku tahu,ada yang lagi terbaik menanti ko.Cuma sekarang tugas ko baiki lagi diri ko utk menjadi yang terbaik kepada si dia yang menanti ko.bukan salah sesiapa.dah takdir mungkin ko takde jodoh dengan Nia.but,jangan putus asa untuk chenta kepada Maha Esa.”
“ya Rabb.astagfirullah.Redz.syukran awi.ko telah sedarkan aku.Allah baru uji aku sikit aku dah mula lupa tujuan aku yang sebenar.kerana seorang perempuan aku jadi begini.betapa lemah dan tipisnya iman aku selama ini.ya Rabb.maafkan aku.” Mata Anas mula berair. ‘ya Rabb.ampunkan aku.aku khilaf.’
“sabar Anas.Alhamdulillah ko masih sedar.takpe.kita masih ade mase untuk kuatkan lagi ape yang lemah.ape yang kurang kite tambahkan lagi.ko jangan sedih sedih.kite lelaki.kene kuat.jagan cepat lemah.baru di uji sedikit dah gelabah.come on beb.dah pegi amek wudhu’,hapuskan sedih yang sia sia itu sahabat.mari menangisi amal yang masih kurang ini. “ ujar Redza sambil menepuk bahu Anas.cuba memberi semangat baru di situ. ‘aku bersama mu sahabat.’
“thanks a lot Redz.aku taktau la ape yang aku buat if aku takde kat sini.tak dekat dengan ko.ok.lepas neh kite cuba surah al-rahman boleh?”
“no hal.dah lame dah melekat dalam kepala neh.nak tunggu keluarkan aje..”
“cet.adakah riak sedang berbunyi di situ?” peril Anas yang cuba menguatkan hati dan menghidupkan kemesraan antara mereka.
“hahaha takde la.aku nak bagitau baik cepat cepat ko check bacaan aku,mane tau dah lupe.sebab dah lame dah aku cuba hafal surah tu..ko neh..”
“hahaha aku tau la Redz.saje je usik ko.”
“naaaa.aku pom tau.dah pegi amek wudhu’ cepat.”
“baik bos.ehehe thanks :D”
“welcome bro.anytime :D “

“ibu rase kenape dia tolak risikan Anas tu,bu?”
“ibu pun tak pasti la Anas.Anas ade jumpe dia tak kat sane?” ‘alahai anak aku yang sorang neh.’
“ade je jumpe dia 2 3 kali.maybe dia dah tak ingat muke Anas camne.sebab dia macam tak kenal aje bila nampak Anas.”
“ooo.tapi mase ibu sebut name Anas hari tu dia ingat aje.maybe ingat name aje tapi muka dah tak ingat kot.so Anas ok ke tak neh?”
“insyaAllah okay aje ibu.sedang cuba kuatkan diri.maybe masih ade kekurangan dalam diri ini.perlu diperbetulkan lagi..”
“Alhamdulillah Anas okay.ingat,Allah sentiasa bersama Anas.ibu dan abah pun sentiasa menyokong Anas.”
“terima kasih ibu.ibu and abah sehat?”
“Alhamdulillah.Cuma risaukan Anas aje.kalo Anas ok,insyaAllah ibu dan abah ok.baki cuti Anas berapa hari lagi?”
“ade la dalam 2 minggu lagi.seronok sangat duduk sini sampai Anas lupa yang Anas ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan di Malaysia.”
“seronok?seronok berdemo ke?” demo 25 jan 2011.nanti aku cuba ceritakan peristiwa itu.
“hahaha takde la ibu.belum sampai masanye nak berdemo neh.seronok hidup dengan kawan kawan macam kat hostel dolu dolu.Redz banyak ajar balik ape yang Anas dah lupa.dia banyak tolong Anas.i really owe him a lot.payah bu bernafas dalam jiwa hamba.tapi Anas cuba.”
“syukur Anas faham.takpe take ur time.semoga jadi muslim yang soleh dan anak yang baik.sejuk perut ibu dengar Anas camneh.”
“amin ya Rabb.doa seorang ibu lebih mustajab.thanks doakan Anas ibu.”
“Anas anak ibu.of course ibu doakan yang terbaik untuk anak anak ibu.Cuma jangan lama lama sangat kat sana.ibu dah start rindu Anas neh.” ‘Nia pun.melepas nak bermenantukan budak itu..’
“insyaAllah lagi 2 minggu Anas sampai Malaysia.doakan Anas ye ibu.ok la ibu,Anas nak masak sekejap,nanti budak budak neh balik kelaparan pulak.”
“baiklah,send my regards to all ok.salam”
“insyaAllah,waalaikumussalam.”

Saturday, April 2, 2011

masih berfikir 7

"assalamualaikum ma.."
"waalaikummusalam.Nia?"
"ye ma.neh Nia neh..hehe rindu ma.."
"ya Allah budak bertuah.lame tak call rumah kenape?Nia sehat?"
"alhamdulillah ma.sehat aje.alaa saje je taknak call selalu.nanti ma tak rindu Nia kalo selalu call.and kalo tak call selalu baru ade cite nk gosip gosip dengan mama..hehehe maalish* ma sebab buat ma risau.."
"takpe.ma faham Nia.saje je buat Nia gelabah.hahaha.."
"hahahaha mama neh,ade ade aje la..hurm..ma,boleh tak Nia nak tanye satu soalan?"
"tanye la.Nia nak tanye ape?resepi gulai lemak cili padi ke?"
"ish mama neh.ke situ pulak.bukan la."
"habis tu Nia nak tanye ape?" 'pelik.selalu tanye pasal resepi..'
"err..ma,ape name orang yang risik pasal Nia tu?" 'adeh muka ku dah panas...'
"ooo nak tanye pasal orang tu ke?patut la bunyi macam terketar-ketar aje.malu ke?"
"alaaa mama neh.takyah la usik usik.." 'adeh..suara pom dah bergetar sekali neh..'
"hahahah Nia Nia..cover la sikit kalo ye pom awak malu.." 'alahai,dah besar pom anak aku yang sorang neh'
"maaaaa~~huhuhu dah taknak tanye la kalo camneh.."
"ala merajuk pulak anak manja mama sorang neh.neh la yang ayah dan mama bimbang sangat nak lepaskan Nia neh.macam budak budak lagi perangai.tak berubah langsung."
"ma dan ayah bimbang nak lepaskan Nia?"
"ye la Nia.parents mane yang tak bimbang nak lepaskan anak mereka.lagi lagi anak perempuan.dah cukup sempurna ke Nia untuk suami Nia?dah cantik ke belum sabar Nia untuk pikul tanggungjawab seorang isteri dan ibu?banyak lagi perkara yang merisaukan mama dan ayah Nia untuk lepaskan Nia.."
"ma,u do sound like tokwan la rite now.hehehe "
"see.mama tengah serius boleh pulak dia gurau gurau lagi.."
"ala ma.Nia faham.one day i will be a mom too,ma.insyaAllah.Nia paham ape yang ma rase.tapi ma,nak jadi pefect tu mungkin takkan berlaku,tapi insyaAllah Nia cuba yang terbaik.sebenarnye ma,Nia dah buat istikharah dah.."
"oh ye ke?so macam mane?"
"hurm.tu yang Nia tanye name dia tu.ma aje yang belom bagitau lagi."
"bukan ke Nia dah tau ke name dia?yang Nia syok sangat berbual dengan mak dia hari tu.."
"ala ma.seriously,Nia tak ingat makcik yang mane satu.kan hari tu ramai aje mak classmates Nia yang lelaki datang."
"hurm..betol jugak tu.kalo tak silap ma la kan,Anas kot...haaa betol.Anas."
"Anas?hurm..name penuh dia ?" 'ramai aje classmates aku name Anas.yang mane satu eh..'
"mama tak sure la sayang..nanti mama tanye mak dia balik..so,Nia nak terima ke?"
"hurm,hold on lagi kot ma.nanti kalo dah tau name penuh dia,Nia bagitau mama balik ok.Nia pom nak diskus jugak mende neh dengan ma n ayah,tapi taknak la tru the phone.."
"baiklah,mama faham,nanti kita bincang lagi pasal neh.okay la Nia.mama nak pegi sediakan dinner utk ayah pulak neh.nanti bising pulak ayah kelaparan.."
"okay ma.send my regards to all ok.salam ma."
"waalaikumussalam sayang.."

dah cuba buat.
tapi tak banyak sangat.
3 kali aje.
cuba buat 3 kali aje.
dan tak pasti jugak ape.
mimpi?
tak la bermimpi sangat.
n jugak tak pandai nak memandai tafsir mimpi sendiri.
hati?
separuh terima separuh tidak.
takleh terima sangat keputusan hati.
tak teguh.tak tegar.
betol la..
memang kena mintak nasihat pada yang pakar neh.
kalo pendam sensorang payah jugak.
haihlaa...

"aku nak tanye ko satu soalan boleh?"
"ape dia?semacam aje aku tengok ko neh"
kerutan di dahi Padi di pandang serius. 'macam mane la aku nak buat ayat pertanyaan neh..'
"erm..ko pernah jatuh chenta tak?" muka sehabis innocent cuba ditayangkan sebaik mungkin.
Padi jatuh rahang. 'biar betik!'
"cube ko ulang balik soalan ko tadi Nia..." 'ini Nia ke or Nia kene rasuk neh?'
'alahai Padi neh..saje je..' "hurm.takkan ko tak dengar kot..ko pernah fall in love?" muke tegas cube ditunjukkan.serius.
"pernah kot.ala ko pun tau aku camne kan.ehehee.." Padi senyum gatal.
"ko takpayah tunjuk muka gatal ko depan aku Padi.ish minah neh memang la."
"habis ko tanye aku soalan tu.aku kan cepat jatuh chenta.."
"Padi.tu bukan jatuh chenta.tu cepat cair namenye.ala ko neh,cepat la serius.."
"ye la ye la.tak pernah kot.macam ko cakap tadi la.aku kan cepat minat orang.nak nak yang cute macam kawan Redza tu..hehehe"
"ish ko neh memang la.cesss.." 'takleh pakai punye Padi neh..ish.'
"hahaha tanye sangat.anyway.nape ko tanye soalan luar alam neh?ko jatuh chenta ke?sape orang bertuah tu?zharif?"
Nia Raudhah menjeling tajam pada Nuraina Solehah.aka Padi. 'OPSSSS!'
"ko masih gaduh dengan dia ke?" 'mulut aku neh memang la kan...'
"takde la.dah ok.cume tak sebaik dulu kot.."
"korang neh kenape sebenarnye?aku pom tak faham kenape dengan korang berdua neh.."
"hurm.Padi.aku tak rase aku nak cerita lagi la..maaf eh.."
"ok aku faham.anyway berkaitan dengan soalan ko memula tadi,ade kaitan dengan pape ke?"
"takde pape.saje tanye soalan luar alam.ehehe"
"betol neh takde pape?" 'macam bukan aje..'
"serius.okey,off topic.esok boleh tak teman aku jumpe doc praktikal aku kejap?aku ade hal sikit la dengan dia."
"boleh aje.lepas kelas aku free aje."
"thanks Padi."
"not a big deal la sis."
senyum.
syukur.
'thanks sebab faham aku.'
'welcome mate.take your time to heal.'

*maalish = asif = maaf

Thursday, March 17, 2011

masih berfikir 6

1998
"Fatimah,ade orang bagi bunga neh pada awak.katenye dia suka awak.hehe " ucap Nia kepada salah seorang kawan karibnya,Fatimah sambil menghulurkan bunga yang diperbuat daripada straw minuman. 
trend tahun tu..semua orang tengah 'gila' buat bunga daripada straw minuman.
makin kaya lah tauke kilang straw.haihla..
"sape yang kasi neh?" tanya Fatimah pelik sambil menyambut bunga matahari itu.
"hurm..better ko tanye budak tu sendiri.." balas Nia sambil menunjuk ke arah pengawas itu.
"siapa?anas?"
"a ah.." hehehe tetiba jadi match maker yang tak bertauliah pulak aku neh..
see.kecik kecik dah pandai mengorat.macam macam la.
tapi mase tu takde la se advance budak zaman sekarang.advance tak advance,baru darjah satu dah pandai hantar surat chenta.memang takleh bla langsung.
ouh lupe.mase neh kami darjah tiga.hormon menggatal baru nak ade.hehehe
Fatimah juga memandang ke arah pengawas itu .
kelihatan pengawas itu sedang menunduk,konon konon sedang baca buku teks bahasa melayu tahun 3,tapi muke dah merah macam kene simbah dek minyak afiat versi minyak panas.hangat!
"kenape dia bagi bunga neh pada saya?" tanya Fatimah konon konon innocent.
Nia tergelak dalam hati.haih lagi mahu tanya ka? sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula..
"ala,dia minat awak la tu.tapi malu nak hulur sendiri.kebetulan tadi saya lalu tepi dia,terus dia suruh saya bagi bunga neh pada awak.amacam?terima tak"
"hehehe.." Fatimah senyum malu..
tak sampai 2 jam selepas itu,satu kelas telah mula bergosip pasal Anas minat Fatimah,Anas bagi bunga matahari pada Fatimah dan macam macam lagi.
reaksi mereka berdua.haha macam budak yang baru jatuh chenta la..bayangkan sendiri macam mana..

buzz..
zharif : salam.sehat x?

Nia memandang skrin laptopnya dengan rasa tidak percaya.
jantung nya mula berdenyut dengan kadar tidak tentu hala..
'biar betik mamat neh..nak jawb ke tidak?'

zharif : hello.r u there?nia?

'jawab je la...'

Nia Raudhah : wsalam.ye nk ape?
zharif : oh.ade pun.sehat x neh?
Nia Raudhah : inche zharif.kalo awk sesaje nk tanye kabo kat sini,baik xpyh tegur kat ym neh.n mcm yg awk nmpk kat kelas la,tu pun kalo awk nmpk,saye sehat,alhamdulillah.
zharif : alhadulillah awk sehat..hurm,awk ok x neh?

'alahai mamat neh memang la menguji kesabaran aku betol la..'

Nia Raudhah : ok aje.nape x ok?
zharif : xde la.saje je tanye.actually,sy nk mintak maaf pada awk.pasal dulu dulu tu..sudi x maafkan saye?

'wow.dia mintak maaf tu Nia..'

Nia Raudhah : hurm.sy dah xmo ingt pape dah pasal sume tu..saye pun mintak maaf jugak la sbb berkasar dengan awak.ehehe emo..
zharif :  naaa.it's not a big deal.hurm harap kite kawan macam dulu lg boleh x?
Nia Raudhah : ape ape pun awk mmg kawan sy.cume,x ok kot kalo nk sebaik mcm dulu.sbb kite kan ats nama kawan aje..
zharif : yup2.faham..ok la.hati dah lega bila awak maafkan saye..hehe :D
Nia Raudhah : me too :D
zharif : undur diri dulu.tc salam
Nia Raudhah: wsalam.

'eh,mamat klasik tu lagi.Redza pun ade skali..'
"hey Nia.ko buat pe kat sini?" tegur Redza mesra.dijelingnya pada Anas di tepi.hehe kaku nampak.tengok anak dara orang macam tak pernah tengok pompuan.
"hi Redza.cari roti skit.payah xde roti kat umah,nanti semua kelaparan aje..maklum la orang bujang.." senyum segaris untuk orang di tepi Redza.
"ooo.eh,lupa kenalkan.neh Wan Anas Zakuan.kawan aku time sekolah dolu dolu.roomates tegar aku neh.."
"ooo..ouh ye ke?yang bagi pendrive hari tu kan? " tanya Nia cuba menghidupkan perbualan.
"yep..eh Anas.." Redza menyiku Anas yang kelihatan macam di alam lain aje. 'kot ye pon nampak ...'
Anas kembali tersedar.terpinga pinga.'astaghfirullah..'
"ape?" muka Anas berkerut memandang Redza.
Nia mengangkat kening.Redza tergelak sakan.
"haih kot ye pon nak berangan,tak payah la nak berangan kat tengah tengah supermarket neh cik abang oi.."perli Redza selamba..'kemaruk bebeno la kamu neh Anas..'
"ces.perli aku plak.awak jangan layan sangat si Redza neh Nia." balas Anas pula.
 'ces takleh tolong cover langsung kawan aku sorang neh'
"ye la ye la.macam macam  la korang berdua neh.aku bla dulu la Redza,Anas.ade kerja plak sekejap lagi neh."
"hah ye la.hati hati jalan tu.kang susah ati pulak cik abg sorang neh " ujar Redza selamba..
Anas menjeling tajam. 'tak habis habis nak mengena aku.cett.'
dahi Nia berkerut..'cik abang?sape?' "baik.pegi dulu,salam :D"
"waalaikumussalam .." jawab jejaka berdua itu serentak.


"dia macam tak kenal aku aje Redza.."
"macam mane dia nak kenal.korang jadi classmate pon setahun tu aje,kalo aku la,memang aku tak kenal ko langsung."
"tapi kan,mak aku cakap,dia kenal aje aku time berbual sakan dengan mak aku hari tu.."
"haih ko neh.cube ko pergi cermin muke ko tu,compare la muke ko time darjah tiga tu dengan muka ko yang dah umo 22 tahun sekarang neh.same ke?"
"aku rase cam same aje.or makin ensem kot.."
"banyak ko punye ensem.ayat langsung xleh bla.pirrrrahhhh"
"ces.tak puas ati nampak dengan kehenseman aku neh.heheh "
"hey brader.manyak perasan nampak ini hari.kot ye pom dah kemaruk sangat,cepat cepat la mula kan langkah tu.."
"ces.ko memang la.dah siap dah?"
"dah.ko tu cepat la sikit.."
"okes.aku ingat hari neh nak cuba al-kahfi la.rase macam yakin aje."
"serius?ok.ko bace,aku semak."
"on."

bersedia.
takkan nak jadi ketua keluarga yang takde rupa ketua kot.
cakap nak bina baitul muslim.hehehe
-wan anas zakuan wan mustafa

Wednesday, March 16, 2011

masih berfikir 5

mama pesan kalo boleh usahakan lah utk buat solat istikharah.
tapi aku rase aku belom mampu atau tergerak hati lagi nak buat solat sunat yang satu tu.
entah.tak dapat aku jelaskan macam mana.
tapi aku pom tak ingin sume neh mengganggu fikiran aku yang sedia serabut neh.
setakat neh,doa aje la yang aku mampu.
itu pom aku rase tak cukup kuat lagi kot untuk aku buat keputusan.
sememangnya aku serahkan segalanya pada yang Esa.
'ya Rabb,kurniakan yang terbaik buat diriku.'

kalo dinilaikan diri ini (read nilai diri sendiri,bukan menilai orang lain),aku rasa aku masih belum layak utk pegang title tu.
aku tak rasa aku dah layak utk jaga makan minum pakai anak orang.
ye la,diri sendiri pom kelam kabut lagi nak jaga,inikan nak jaga anak teruna orang.
bukan nak hidup sehari dua dengan dia,kalo boleh (insyaAllah) biar lah berchenta sampai ke syurga kan.
tapi tu la..
aku tak rase aku mampu.

perasaan?
entah.nak kata aku excited,excited la jugak.
rase dihargai la kan.
ade jugak yang pandang dan sanggup nak amek kite sebagai menantu.
tapi mostly,aku rasa takut kot.
sebab tetiba aku rase aku dah dewasa.
kena hadapi semua ini.
berdebar debar pom ade jugak.
tapi kan..
ade satu sudut kat jantung aku neh,yang membisikkan tidak pada risikan itu.
aku pom tak pasti mengapa.
aku cuba menghalau bisikan itu tapi tidak berjaya.
aku rasa malam ini,aku mesti lakukan misi itu.
insyaAllah.ya Allah kuatkan aku.hmphh..

"Nia,apsal aku tengok ko 2 3 hari neh cam ade sesuatu yang tersembunyi aje eh?" tanye Farah pelik.
betol,kelihatan Nia banyak termenung.
macam tengah fikir masalah aje.ade prob lagi ke dengan Zharif tu?
"hurm,ape yang ko tanye aku tadi Farah?"
"see.told u so.takde la,nmpk ko 2 3 menjak neh banyak termenung?kenape?ade prob ke?"
"ish takde la yang.ko je kot takde kerja tengok aku sape suruh.hehehe.."
"ish budak neh main main la plak..serius,tak pernah tgk ko cmneh.ko ade simpan sesuatu dari kitrg eh.." Farah cuba serkap jarang.mane tau mangsa akan termakan jerat nye.ehe gosip..
"haaa serius seyh xde pape.ko takyah buat gaye nak jadi repoter takde gaji ok.serius tak pape."
"cess,panggil aku repoter takde gaji lak.ko tu perasan as artis takde name kenape.wekkk.."
"hahahaha budak budak ..wekkk jugakk.."
"ish korang 2 org neh ape kes?esok kuiz la weh.study study.."tegur Padi yang sejak tadi tekun menghadap buku opthal.
maklum la,esok kuiz baru nak bace buku.
kami memang budak medik.
"neh si Farah neh yang kaco aku dulu..cube ko tegur si Farah neh Padi."
"mane ade,ko tu yang tengok buku macam nak tembus,tapi kepala dah melayang ke uk agaknye.."
"wah sesuke ati mengata aku.."
"KORANG!ish.esok kuiz ok.aku nak concentrate neh." Padi mula tukar mood garang dah..
"baikk.kami diam cik Padi.selamat study..maaf..hahaha"
opss.Padi dah menjeling tajam.baik sambung study.


"kau rase dia akan terima atau tak Redza?" tanya Anas dengan muka innocent nye.
"hurm aku xpasti la Nas.aku takde la rapat sangat dengan dia tu.setakat gurau gurau or pinjam pinjam buku aje la.tu pun sebab same batch.kalo tak payah gak aku nak bercakap dengan dia." balas Redza sambil melabuhkan punggung disebelah Anas Zakuan.
pelik dengan kawannya yang satu ini.tetibe muncul di Egypt dan tetibe jugak cakap...
"ish aku risau la Redza.dia macam tak kenal aku aje.." ujar Anas dengan muke yang berkerut.
"besar jugak masalah kau neh Anas.takde angin takde ribut tetibe keluar statement yang buat aku sakit jantung,memang takleh bla la ko neh."
"sorry la bro.tak sengaja.kebetulan segalanya cam boleh setel kat sini,tu yang aku usulkan jugak even ye la sounds not logic at all at 1st kan.ehe thanks mate.or syukran awwi.."
"duh.not a big deal la habibi..hahaha"

Tuesday, March 15, 2011

masih berfikir 4

"Allah.ya Allah.astaghfirullah."
Nia beristighfar panjang.terjaga daripada mimpi yang tak cukup indah pada malam itu.
"betol la mimpi neh gangguan syaitan,ya Rabb.hurm.."
dia memandang ke tepi.dilihatnya Padi yang masih lena.
'mungkin dibuai mimpi indah kot.'
berfikir sebentar sebelum menggagahkan diri melangkahkan kaki ke bilik air.
'rugi kalo lepaskan peluang neh.'

"Allahuakbar.."
menangis la Nia.
menangis meminta keampunanNya.
menangis meminta keredhaanNya.
menangis sebab menyesal ape yang telah kamu buat selama ini.
menangis selagi kamu masih mampu menangis.
jangan dibazirkan air mata itu untuk perkara yang tak patut ditangisi.
biarlah.pedulikan semua kata,jelingan atau kutukan orang lain.
janji,kamu dan diri kamu dan Allah jua memahami hati mu.

"Assalamualaikum mama.apa khabar?"
ucap Nia perlahan selepas mendengar talian di sebelah sana di angkat.
sayu kedengaran di sebalik suara itu.'mengapakah?'
"ma,kenapa ma?" hatinye mula berdegup dengan degupan luar biasa.
"Nia..harap Nia dapat bertenang.."
"ma kenapa ma?" suara Nia mula bergoncang..
"ade orang merisik pasal kamu..."  erkkkkk..
"u say what?" lacrimal glandnya mula berhenti berfungsi.
terasa juga saliva glandnya kurang menghasilkan air liur.
tekak terasa berpasir.. "biar betol ma.sape?"
difikir kembali,takde siapa pon yang boleh dikatakan ye la berminat pasal dia..except..
"ma,please dont tell me it's him.."
"nope.orang lain Nia.ma pom terkejut jugak."
"sape ma?"
"classmate Nia jugak dulu.dah grad dah sekarang,nak masuk kerja dah pom..tapi ma ckp kat mak dia,nt ma tanye Nia dulu camne camne.so,camne Nia?setuju?"
"ish ma neh.direct nye la tanye Nia camtu aje.ma rase cmne?classmate Nia kat mane?"
"ma and pa rase Nia yang patut fikir n buat keputusan sendiri .budak tu classmate Nia mase sekolah rendah dulu.mak dia berkenan kat Nia time berbual dengan Nia kat majlis arwah Sakinah hari tu.."
"ooo dia ke?hurm tengoklah camne camne dulu ma.Nia pom xtau nak cakap ape time neh.mengejut sangat kot."
"baik.Nia sehat?"
"sehat je ma.tengah bosan,tetiba teringat kat mama,tu yang call neh.hehe."
"haha alhamdulillah Nia ok.Nia,ma nk solat maghrib dulu ok.kirim salam kat semua tau."
"baik insyaAllah.assalamualaikum ma."
"waalaikummussalam"


merisik.meminang.bertunang.dan berkahwin.
alamak.
wah.terasa nak jadi budak kecik balik la pulak.
taknak rase semua neh.
taknak kerja,taknak berchenta,taknak dewasa.
rase tak selamat.
alahaiiii..

"Nia,tadi aku nampak mamat yang panggil kau dengan panggilan klasik dekat kedai ammu bakar."
"huh?kau buat ape kat kedai ammu?" tanya Nia kembali. 'mamat klasik mane pulak neh?'
"aku pegi beli barang kejap tadi.dan kau jangan nk alih topik.kau ingat tak mamat yang panggil kau baju kaler kaler tu.yang describe warna baju tudung kau bagai tu.."
"ooouhhh mamat tu.so kenapa?" tanya Nia pelik.pelik sebab Padi nampak beria ia benar pasal mamat tu.
"takde la saje je bagitau kau.tetibe ternampak td.hehe.."
"oookaaayy.kau neh,memang la,serius cam takde topik lain nak bercakap la tu.haihlaa"
"ala Nia.dia cute aje.n lebih cute bila dia tau name kau.buat aku curious aje,ye la sebab tetibe aje panggil cam kenal sedangkan xpernah lak aku nampak dia sebelum neh.nanti aku ade masa,aku nk korek dengan Redza la."
"ya Allah Padi.betol la kau xde kerja kan.pegi masak la weh.aku lapar la.."
"eh bukan ke Farah yang masak hari neh?"
"a ah,saje suruh ko sebab nampak cam kau dah xde kerja sgt nak pegi korek hal mamat tu dengan Redza."
"ces.tu nak perli aku la tu.sorry beb.aku dah kenyang.kau pegi la makan roti ke ape ke.malas aku nak masak." balas Padi sambil membaringkan diri ke atas tilam. 'syoknye tido'
"tu nak sambung tdo yang tertangguh dalam kelas tadi la tu" perli Nia  lagi.
"sebok la kau.pegi main jauh jauh.nt asar kejutkan aku tau."
"ye la ye la.bace doa la weh nak tido.main pejam aje.dlm kelas td kompem x bace doa neh."
"aku bace dalam ati la sebelum pejam tadi.dah jangan kaco aku."
"haih..Padi Padi..macam macam la kau neh.."

Saturday, January 15, 2011

masih berfikir 3

"Nia.boleh ke tak boleh neh?hurm?"
"seriously.awak takde soklan lain ke nak tanye saye?haihlaaa.."
"please Nia.give me a chance?"
"no.and when i say no,i mean it very much.and please dont bother me with all of these nonsense ok."
"Nia.."
"ENOUGH!you make me sick with all your ayat ayat bunga and to the hell with sayang cinta etc etc of yours."
mukanye merah.
menahan geram dan malu dengan ayat kasar yang baru sahaja dikeluarkan daripada mulutnya.
serius.
dia betol betol tak suke dengan sume ini.'penipu.sume ini hanya khayalan.cinta monyet tak bawa ke mana..'
lelaki yang ditengkingnya tadi nampak terkejut,namun masih kekal tersenyum.
'gile ape mamat neh.boleh lagi dye senyum..memang laa..haih..'
"Nia.betol.saye tak main main.mende mcm neh,saye tak sanggup nk main main la Nia.."
"cukupla mohd zharif safuan.cukup.walaupun awak ikhlas,hati saye masih tertutup utk sume ni.banyak lagi yang saye perlu fokus.study.kerja.tdo.macam macam lagi.hati dan otak saye takde utk ruangan jiwang jiwang ni sume.."
'ko tipu Nia.ko tipu dye dan diri ko lagi sekali.'
"dan kalo dah takde pape lagi,saye harap saye boleh undur diri sekarang.assalamualaikum."
"Nia Nia ..Nia..."

siapa cakap hatinya tak berbunga bila ade yang sudi menghulurkan peluang utk menyayangi.
siapa cakap hatinya tidak sedikit pun tidak terkesan bila ada yang sudi merindui.
namun.akal dan maruah masih kental.menidakkan segalanye.
biarlah.biar.anggap lah ini hanya satu ujian dari Mu ya Allah.
kuatkan hati.kuatkan jiwa.kuatkan imanmu Nia.
ini hanyalah satu godaan syaitan.jangan kau terjerumus ke dalam jerat mereka.
ya Rabbi.kuatkan aku.
menangis.tangisan memohon kekuatan.berjuang utk sesuatu yang amat payah.
takpe.besar pahalanya Nia.insyaAllah.
senyum.

"farah.."
"i'm sorry Nia.aku bukan taknak cakap,tp serious aku memang perlukan ko dalam meeting td.kalo aku cakap,aku dapat agak ko takkan ikut aku punye.sorry Nia..please sorry.."
"hurm.."
"Nia.pleasee sorry.okay aku janji takkan buat lagi.lagi pun aku tengok ko cam selambe je td.ok la tu.xpayah la nk segan segan dengan dye lagi.korang bukan ade pape pun kan?kan?"
"tengok!nak provok aku ke tu?"
"hahaha takde la.ok ok.aku mintak maaf.serius.sorry..asif jiddan ya habibi.."
"ye la ye la.pegi buat kuih keria utk aku.baru aku betol betol maafkan ko.."
"huh?kuih keria?tradisioanal gile ko..hahah ok,nanti balik malaysia aku belanje ko.."
"cess.bukan belanje ok.n xperlu la sampai ke malaysia.neh mesir neh byk je ubi keledek kalo ko nak pun.dah la,kalo malas tu malas la jugakkan?ade je taktik nk mengelat.ish.."
"ye la Nia.anyway aku sayang ko.thanks for the good ideas of yours mase meeting td.memang berbaloi aku heret ko.hehehe "
"haaa ye la.byk ko punye berbaloi tu kan..dah jgn sebut lagi la pasal meeting td.aku nk delete memori tu sume"
"ye la ye la.jum la balik.Padi masak ape ntah.aku lapar gile.mujur perut tak berbunyi time meeting td."
"tu la pasal.jum bla sebelum kne tangkap dek mane mane JAKSI*.kan tak memasal dapat musyrif* and lecture free"
"jum jum.."

perasaan itu indah sebenarnya.
tapi biar kena dengan cara nye.
hati.
andai sekali kau cuba utk mencuba perasaan itu,amat payah utk kau kembali kepada yang asal.
kau akan menyesal.kau akan derita.
pohon keampunan dariNya.
pohon cinta dariNya.
sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.. (surah ar Rad.ayt 28)
hidup hanya sekali.
gunakan peluang ini sebaiknya.
supaya di akhirat nanti kau takkan menyesal.
payah.
memang payah.
bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.
tapi tetap cuba menjadi hamba yang terbaik.insyaAllah.
mohon kekuatan dariNya selalu.
sesungguhnya Dia maha pengasih dan maha penyayang.
dan juga maha pemurah dan maha pengampun. :D


*JAKSI -jabatan keselamatan sosial islam
*musyrif -lelaki yang bertugas utk menemai wanita pada waktu malam..

hehehe sorry definition x menepati syarat.ngeee ~ :D

Friday, January 7, 2011

masih berfikir 2

bila rindu..
terkenang mu sayang
terasa sayu
syahdu nya jiwa aku
bila malam makin kelam
jauh terbang diriku melayang...

'haihla.payah.payah bile melayan perasaan neh.syaitan takkan kasi chance punye kalo nak layan sensorang.mesti nak join sesame and siap bagi idea idea bernas lagi.hurm.stop Nia.not worth.dopamine and acetylcholine dalam kepala itu tak perlu dibazirkan utk perkara yang tak mendatangkan faedah kepada diri.'
cepat cepat Nia meraup muka sambil istighfar.'moga hati ini kuat menghadapi godaan syaitan.'
"Nia.ko ade kerja tak petang neh selain attend tusen?"tanye Farah,housematenye yang lagi sorang selain Padi.
"xde.kenape?"
"ingat nk mintak tolong ko temankan aku meeting.kalo ko xnk masuk meeting tu pun,ko boleh lepak bilik Nani.boleh la boleh la.."pujuk Farah sambil buat muke 20 sen.
"ko meeting kat ARMA ke?"
"yup..boleh la eh?"
"okes .."
"yes sayang ko.jupe nanti okesss...hehehhe "
"ye la ye la.pg mandi la budak busuk.hahaha "
"aip aip aip madame."

berubah.
memerlukan jiwa yang kental.hati yang tabah.utk berubah.tak perlu kelam kabut.tak perlu cepat cepat.take it one step at a time.no need to rush.takut kalo tetiba aje berubah,berubah secara drastik,takut tak bertahan lame.takut akan kembali ke takuk lame.manusia memang lemah kalo bab bab nk buat baik neh.sekejap je.paling lame pun 2 3 hari.pastu balik semula ke perangai lama.huhu.

kadang kadang ibu bapa dah didik elok elok dari kecik macam mane nak jadi manusia baik.nk jadi orang bak kate tokwan aku la.tp itu la.iman memang tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa.hurm.manusia memang suke akan kesenangan.payah sikit kadang kadang nak suicide.memang suke berfikir gune perasaan.gune emosi.payah sangat nak berfikir guna akal yang Allah bagi.gune logik yang Allah bagi pinjam.bile kalo dah berfikir gune emosi tu memang secara tak langsung menyusahkan keadaan sekeliling pulak.kalo tak menyusahkan orang,memang nak suruh fikir pakai emosi je setiap mase tapi kalo dah setiap kali berfikir pakai emosi dan menyusahkan orang,memang la rase macam hurm nak bunuh orang pun ade.see memang senang kalo berfikir pakai kepala lutut neh.siap siap nk jadi murderer lagi.tak payah fikir panjang.hurm.

"Farah,kenape tetiba ajak aku masuk meeting neh sekali?aku penat la,nk tido jap kat bilik Nani.huhu .."
"ala Nia.puh-lisss.i need ur idea la.seriously u r brilliant la about this thingy.i wonder why they not pick u in  this project..huhu"
"aiyakkk Farah.i already reject it at the first place la.aku penat la buat kerje kerje neh sume.puh-lisss..."
"huhu Nia.last request from me.do me a favor okey?"
"ala ye la ye la.heee geram betol aku dengan minah neh.suke buat muke 20 sen dye tu.ish.makan kepala tu baru tau.."
"ala Nia.aku sayang sangat kat ko.ko la kawan aku dunia akhirat.hehehe "

'Allah.apehal lak mamat neh ade sekali kat sini?dont tell me he is one of the member in this project.penat la kalo aku kene hadap muke dye berjam jam.haihlaaa.Farah you better pay me back for this.ergghhh ~~'

Zhariff memandang wajah yang terpampang di matanye dengan rase tidak percaya.agak terkejut dengan kehadiran gadis berbaju kurung kuning di dalam bilik mesyuarat itu.setahunya,dapat berita dari timbalan pengarah,gadis itu menolak jawatan utk menjadi one of the team for this project.how come tetibe lak boleh mucul.ajaib.

Monday, December 20, 2010

masih berfikir 1

"weh ape yang ko berangan tu?" sergah Padi sambil melemparkan badannya ke atas katil 'queen size' yg turut menampung badan Nia.
"huh?takde ape la.tengah fikir pasal commed neh.bapak bosan gile subjek neh.."
"tu la pasal.aku pom xtau nk buat cmne time dengar lecturer.nak tido kan tak sampai ati.huhuhu..."
"tau xpe. plus lagi ade kuiz la,research la.ergh~~tensen gile aku.."
"ala Nia.relaks sudah.boleh la tu.mujur gak doc buat kuiz tu,kalo x,memang takdenye aku nak bace buku commed tu.asal bukak aje menguap,asal menguap aje buku terbukak.haihlaaaa.."
"hahahahha tau xpe.wes tutup la lampu tu.aku pom dah mengantuk gile neh.."
"hurm ye la.nitey nite Nia.salam."
"wasalam.moge mimpi prince charming ~ekekekek "
"banyak la ko punyee prince charming .....tido la weyh."


hidup neh ibarat kertas peperiksaan.
ade macam macam persoalan yang perlu dijawab.
setiap pilihan ade pros n cons.
kita hanya perlu buat pilihan yang tepat sahaja.
jawapan tepat bermaksud merangkumi segala aspek kehidupan mahupun agama.
takperlu dipisahkan keduanya itu.takperlu menjadi sekular.
berfikir sebelum menjawab.
adakah pilihan kite itu akan bagi efek pada life sendiri dan orang sekeliling sepertimana markah perperiksaan memberi impak kepada diri sendiri dan org sekeliling.
ye la.kalo dapat markah tinggi,dipandang tinggi oleh orang lain.
kalo dapat markah rendah,juga dipandang oleh orang lain,tapi padang rendah la.
dan fikir lagi selepas menjawab.
rase rase betol x menjawab soalan dengan tepat.
kalo dah rase rase tu,baik keep praying to Allah.tawakal.
moga pilihan yang dibuat itu tepat.

"Nia.aku ade satu soalan yang dah lame aku fikir neh kat ko..boleh tak aku tanye?"
"soalan pe Padi?ENT ke?"
"ish bukan pasal study la.pasal manusia.."
"manusia?sape?"
"ko ingat tak mamat cute yang pass kat ko pendrive yang Redza pinjam hari tu?"
"mamat cute?Sape yang cute?"
"adeh,ala yang panggil ko sambil describe baju ko sume tu..."
"ouh yang itu..nape?ape yg ko wonder sangat pasal dye?"
"ko tak pelik ke?kite tak pernah pom jumpe dye lam kelas,nape tetibe dye boleh muncul n hulur pendrive tu kat ko eh?"
"huh?betol jugak tu.n tak pernah nampak pun dye sebelum neh.tengok.ko dah menimbulkan persoalan dalam hidup aku.cett"
"hahahahha sesaje je aku nk serabut hidup ko.so selamat berfikir.hahah " kate Padi sambil menepuk bahu Nia  dan berlalu menuju ke bilik meninggalkan Nia terkulat kulat keseorangan di ruang tamu rumah mereka.
'haihloh.Padi neh memang la.tapikan sape eh budak tu?'

Tuesday, December 14, 2010

masih berfikir

"hehe.kadang-kadangkan,aku rase kalo buat contoh semicircular canal neh dengan jari,rasenye macam dah ala-ala buat teori fizik tangan kiri flemming la plak.hehehe "
"banyak la ko punye teori fizik tangan kiri flemming..nanti kejap lagi teori ketumpatan pom ko keluarkan sekali untuk earwax.ergh.goli eden hah."
"haihlah haihlah korang neh kotoq gilaaaaa~~hahahahha "

kami budak medik.
sape cakap budak medik neh nerd?
sape cakap budak medik neh rajin tahap tak hengat dunia?
sape jugak yang cakap budak medik neh skema?
memang ramai yang beranggapan begitu.
tapi semua itu adalah teori karut bagi kami.

kami budak medik.
tapi kami tak nerd.
tapi kami tetap pemalas tahap tak hengat dunia.
dan kami jua takde la skema sangat.

perbualan seperti di atas hanya boleh didengari pada waktu tertentu sahaja.
seperti waktu esoknye ade exam/kuiz.
pada hari lain,boleh hancur harapan ibu bapa nak dengar itu semua.
kecuali buang tebiat tetibe.hehehe.
anyway,takde la sampai tahap macam tu sekali.
ade jugak kadang kadang bincang hal pelajaran neh,cume jarang jarang.
takpe..sikit sikit lama lama jadi gunung. (huh banyak la ko punye gunung,tinggi sarang busut pom tak sampai lagi)

dan aku.
aku salah seorang daripada mereka.
mereka yang berada dikalangan 'kami budak medik'.
hehe.
aku sekarang berada di tahun 4 dalam fakulti perubatan di sebuah negara yang semakin hot dikalangan pihak penaja yang mahu hantar pelajar ke luar negara dalam bidang perubatan dengan kos yang murah.
dan ibu bapa yang ada duit dan mahu anak jadi doktor even keputusan SPM anak tak layak langsung,pun boleh hantar ke sini. (heh.maaf.ini perkara yang paling aku tak puas hati sekali.sekian terima kasih)
walaupun dengan kedatangan pelajar yang semakin mendadak ini,aku tetap tak suke junior.HAHAHAHA gelak jahat sebentar.hehe.

aku hanya pelajar biasa.
insan biasa.
yang masih mencari erti hidup di celahan sudut yang nampak dek mata.
dan masih tertanya tanya ke mana hala tuju hidup aku.
aku bukan seorang yang alim ulamak.
aku juga bukan seorang budak mentah yang boleh di tipu hidup hidup.
aku ada akal.
aku ada fikiran aku sendiri.
aku masih dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
cuma aku hanya insan yang masih melakukan kesalahan setiap hari.
maafkan di atas semua kekhilafan aku tuhan.

kate hlovate dalam versus.
definisi baik adalah apabila kite melakukan amal ma'ruf nahi mungkar.
maknanye kite buat yang baik dan mencegah kemungkaran.
ambil islam secara total.bukan amek part part yang rase sesuai dengan diri aje.
hurm.btol.senang cakap tapi susah nak buat.
bukan senang nak jadi baik.
kalo cukup solat 5 waktu,puasa ramadhan,bayar zakat tapi aurat ade jugak yang terdedah,tak cukup baik lagi tu bhai~
tapi..
even nak buat tu susah,apatah lagi nak istiqamah,tak salah kite mencuba,membaiki diri sendiri ke arah kebaikan dan di samping itu jua,mengajak orang lain bersama ke jalan yang benar.


"hey awak.awak yang bertudung biru berbaju hijau kebiruan~~~"
'huh?aku rase aku la yang seperti didescribekan oleh suara asing tersebut.apekah?buat bodoh boleh tak?'
"hey awak.ooo awak yang baju hijau kebiruan tudung biru dan handbag coklat tu.~"
"Nia,aku rasekan mamat tu panggil ko la weyh.ko tak rase camtu ke?"kata Padi yang cuba mengeluarkan pendapat yang agak kurang memuaskan kepada aku sambil menarik aku supaya berhenti berjalan.
"ish.ye ye je ko neh Padi.mane ade,ramai je lagi ade baju hijau kebiruan tudung biru selain aku okay.dah jangan nak perasan lak ade orang panggil aku,"balas aku sambil cuba meneruskan perjalanan yang terhenti tadi.
'haih,masak pun belum lagi neh,tusyen lagi nanti.takpe takpe,sabar Nia.'
"serius Nia.aku rase dia panggil ko la.dia datang sini beb.quite cute huh,"kata Padi yang masih kejap memegang tangan aku lagi.
'boleh lagi mata minah neh menggatal.cess.'
"mane?"tanya aku sambil berpaling ke arah mamat yang dikatakan memanggil aku td.
'hurm not bad.hehe'
"awak Nia kan?,"tanye mamat cute tadi sambil tersenyum ikhlas. (ikhlas?)
"ye saye.kenape?"tanyaku sambil mengerutkan dahi. '
sejak bila aku kenal mamat neh.dalam mimpi pun tak pernah nampak,tetibe aje mucul n  tahu nama aku pulak tu.ajaib..'
"takde la.tadi kawan saye mintak tolong bagikan mende neh kat awak.dia cakap thanks sbb bagi pinjam,n sorry sbb pinjam lame,"kate mamat tu sambil menghulurkan pendrive kepunyaan aku yang sudah lama dipinjam oleh Redza.
"ouh.mane Redza?kenape dia tak hantar sendiri?"tanya ku hairan.
"Redza tak sihat sikit hari neh,so dye mintak tolong saye kirimkan.takut awak nak gunakan nanti takde pendrive lak."
"ouh ok.thanks.kem salam kat Redza.cakap kat dia syafakallah,"kateku sambil berlalu.
ish mane boleh lame lame.kenal pom tak.tapi nak jugak tau name.hehehe ish astaghfirullah.Nia Nia.jage hati jage fikiran.ya Rabb.maafkan aku.
"kenape ko tak tanye name mamat tu weyh?"tanye Padi sambil berlari anak mengejar aku yang cuba menghabiskan perjalanan pulang ke rumah secepat mungkin.
"kenape nak tau name?"tanye aku pula.
jawab Padi "takde la,mane tau kalo sangkut boleh buat suami ke boyfriend ke teman tapi mesra ke.hehehe "
"hah banyak la ko punye teman tapi mesra etc etc.tak payah nk berangan tinggi.takde maknanye sume tu sekarang neh.ape yang lebih penting sekarang neh,ko nak makan ape?aku pening neh fikir nak masak ape kat umah tu."bidas aku sambil mengalih topik yang bagi aku takde la best sangat untuk dibincangkan.
"hehehe ko masak biase biase sudah leee.nanti nk pegi tusyen lagi,takut ko penat lak nanti,sia sia aje bayar mahal tusyen tu tp kenot concentrate."balas Padi sambil memeluk bahuku.
"neh la sebabnye aku sayang ko Padi,"kata aku sambil mengelip ngelipkan kelopak mate dan cube membuat mataku bergenang.tanda terharu yang berpura pura.hehe
"huh?tak payahlah cik kak oi nk buat muke camtu.aku masih suka kat lelaki,"balas Padi lagi sambil menjulingkan matanya.
dan terburai lah ketawa kami sambil beriringan pulang ke rumah.



menulis.
bercerita.
membaca.
aku tiada kerja :p
 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.