Pages

Wednesday, November 16, 2011

oh Tuhan


sabar itu memerlukan satu kekuatan yang luar biasa dlm usaha menstabilkannya.
(ayat ku berbelit belit jadinye.harap faham maksud yg cube aku sampaikan)
oleh itu aku juga memerlukan ketabahan yang luar biasa.
dan aku hanya mampu memohon pada Dia yg maha Esa.
alhamdulillah.
segala puji hanya untukMu ya Rabb.
Kau tuhan sekalian alam.
Kau juga maha Mengetahui segalanya di langit dan di bumi.
segala yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
cuma aku sebagai insan yg lemah,kadang kadang alpa.
mudah merungut atau mengeluh tentang ujian yg menimpa diri tanpa sesaat berfikir akan hikmahnya.
astaghfirullah.
ampunkan aku ya Rabb.
hari ini,hari lahir salah seorang insan yang aku sayang.
tapi nyata Kau lebih menyayangi dirinya.
Kau bebaskan dia daripada ujianMu yg amat berat yg selama ini ditanggung olehnya seorang diri.
terima kasih ya Allah.terima kasih.
semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yg beriman.
semoga haji dan umrah yg dikerjakan oleh ibunya buatnya diterima Mu ya Allah.
semoga kak Tie tenang disana. :D

Friday, November 4, 2011

solace


sedang berusaha mencari ketenangan yang sebenar.
tak susah dan tak payah nak cari.
depan mata aje.
pejam mata pom boleh.
'sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang...'
sedang berusaha mengutip baki cebisan semangat di merata rata tempat.
mengharap keredhaanNya.
supaya dapat buat bekalan masa nak jumpa Dia nanti satu hari nanti.
hilang sikit malu kalo ditanya masa banyak habis kat mane nanti.
di samping melarikan diri sebentar dengan realiti kehidupan yg tak habis penatnya.
hal dunia neh semakin dikejar semakin byk perlu dikutip sambil berlari.
jadi tenang tenang aje.xyah kejar kejar sangat la.
kutip step by step.tp jangan terlalu berlengah,nt ketinggalan.

aku memang suke jenjalan sensorang.
sambil dengar mp3.
aku cari ketenangan kat situ.
aku suke perhati orang sekeliling.
tak pun layan jiwang dengan lagu yang aku sedang dengar.
lagi best bile layan dalam metro (LRT mesir tp jauh lebih murah dr LRT mesia)
heh,sampai terlepas stesen pom pernah.

teringat kata kata seorang kawan dan seorang ustaz,
Allah xpernah tinggal kite,cume kite yang x cari Dia.
manusia jadi rosak sebab xcari Allah.
Allah,siyes takut rase bile pk Allah tinggal diri neh.
so sekarang sile berbahagia bile di uji oleh Dia.
sebab insyaAllah we will turn to Him.
utk mengadu,menangis,cari semangat etc etc..
rase lebih dekat dengan Dia.
insyaAllah :D





Thursday, October 27, 2011

24 hours

kite ade 24 jam sehari.
terlalu banyak masa utk dibazirkan.
tapi kite masih rase yang kite tak cukup masa.
kemana hilangnya sume masa yg kite ada tu?
tido?
paling kurang 6 jam sehari.
kelas?
juga 6 jam sehari.
makan?minum?tandas?basuh kain?masak?hadap lappy?
tambah tolak bahagi darab all those times,bakinya hanya tinggal nothing?
entah.
tiap kali dalam kelas,semangat aje nak bace buku,nk study kuat kuat.
bile sampai rumah,nmpk katil,end up keletihan macam semalam tak pernah tido.
pandai pandai la pk amirah oi.

Sunday, October 2, 2011

a GOOD life

yeah.
everyone does wish to have a good life.
i am no exception.
but the perception of the so-called a GOOD life is always different from one to others.
(ah speaking la plop.dah la english terabur.aku hanya tau membaca bukan menulis)
back to the topic,
aku betol betol mengharapkan a GOOD life la after this.
i mean,bukak sem baru neh.
azam aku sangat tinggi.
aku cuma mengharapkan dan amat memerlukan satu benda utk tunaikan azam aku.
istiqamah.
ya Allah.bantulah aku.
dah sebulan lebih aku kembali ke malaysia.
alhamdulillah cuti aku tak sesia-sia seperti cuti cuti sebelum neh.
at least even orang kat hospital tu tak layan seperti apa yg aku harapkan,ade jugak ilmu yg dapat aku kutip kat sane.
ilmu seperti bagaimana-utk-buat-muka-seposen-bile-kne-marah,bagaimana-berlagak-aku-tahu-bile-ditanya-specialist-tapi-sebenarnye-aku-taktahu,cara-senyum-orang-yang-lupa-apa-yang-dye-study-selama-4 tahun etc etc.
ergh~
sememangnya aku ingin menangis waktu itu.tapi bile pk balik, aku xde la teruk sangat kne marah sebab aku still student (dan masih boleh dimaafkan bak kate doc wazi,nanti waktu HO dah taknak tengok camneh punye perangai lagi),so aku kuatkan aje hati.
dan aku harap aku tak jadi leleh bile nant waktu HO aku kne maki or marah.
aku harap aku sabar n tabah.
hey.at least ade la pengalaman jahit orang sebab ade MO yg aku buntuti sudi ajar aku buat stitch.
heh~
selain tu,ade jugak MO yang baik hati tunjuk aku kes best n how to treat it.
nasihat aku,kalo nak buat attachment,kne rajin bukak mulut tanye n rapat dengan nurse n MA.
diorang lagi rajin layan korang compare to HO/MO/specialist(sebab mereka sibuk dengan kerja mereka).
lain hospital lain ragam la kot.heh~
serius,pengalaman neh buat aku banyak pk ape yg aku belajar sebenarnye n betol ke aku nak jadi doktor neh.
pk punye pk tapi satu je jawapan.
dah takdir.jadi redha.ikhlaskan diri.insyaAllah.

jumaat neh nak jejak bumi mesir kembali.
harap tahun ini lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya..
insyaAllah. :D

Sunday, August 21, 2011

somebody better show me how..

..to back off.
aku tak reti.
bukan tak pandai.
aku tak tau camne nak menolak bila ade.
kalo takde asyik terfikir.
dan bile ade,aku gembira.
sangat yang sangat gembira.
dan lepas tu,aku akan sedih.
sedih yang sangat sedih.
oh Tuhan tolong aku. :(

esok insyaAllah akan bertolak bermusafir ke malaysia utk summer holidays 2011.
sekejap aje mase berlalu.ramadhan 21 hari ini malam 22.
dan bile fikir balik,mase banyak dihabiskan utk perkara yg langsung TIDAK mendatangkan manfaat.
manusia memang mudah lupa.
lupa yang masa hidup makin singkat.
doakan perjalanan kami selamat dan diberkati Allah.
semoga cuti kali ini tidak sia sia :D

Friday, August 19, 2011

masih berfikir 10

"arghhh.ophthal.."
"nape Nia?sedey semacam je aku tengok.tipu la kalo ko takleh buat.."
Nia memandang sahabatnya dengan perasaan berbuku buku di hati. 'sabo Nia sabo'
"huhuhuhu entah aku nak bagi korang paham camne entah.takpe la.aku bersyukur sebab at least aku takde la blur sangat sampai takleh jawab langsung.selebihnya,aku serahkan pada Allah.Dia lebih mengetahui."
"haaa kan bagus camtu.kalo nak merungut or mengadu,amek wudhu' then pegi la mengadu dalam sujud kepada Dia yang satu tu.takde gunanya luah pada orang lain Nia."
"yup.aku lupe.thanks Padi."
"no hal la Nia..erm Nia,boleh aku tanye sesuatu tak?"
"tanye la.."
"ape hubungan ko dengan Anas?"
'UHUKKKK,UHUKKKK..."
hampir tersembur air yang baru diteguknya untuk menghilangkan rasa sedih disebabkan peperiksaan sebentar td.Padi pula telah megeluarkan soalan aura membunuh.haihlaaa.neh mesti kes hari tu neh..

hari itu,oleh sebab dia sampai awal ke kuliah,dan kebetulan pula Zharif,Redza dan Anas juga datang awal,satu rahsia yang dia cuba pendamkan dari pengetahuan orang ramai telah terbongkar.
dan dia juga tidak menyangka orang itu ialah manusia yang merisik tentang dirinya.
sungguh dia tidak sanggup mengetahui semua itu dihadapan manusia yang telah lama dia menyimpan perasaan.
sungguh.air mukanya pada waktu itu kalo ditoreh pisau dipipinya,takkan berdarah punya.
rase macam kene vagal shock* pun ade.
bermulanya dengan satu perbualan yang dimulai oleh Zharif..
"Nia,boleh tak nak bercakap sekejap?kat luar,boleh?"
dipandangnya Zharif dengan rasa terkejut sebab sebelum ini,rasenya belum pernah Zharif cuba berbual dengannya secara terbuka begini dihadapan kawan kawan yang lain. 'haih..'
"okay."
dia bangun dari kerusi dewan kuliah yang selesa itu dan mengekori Zharif yang sedang menuju ke belakang dewan kuliah yang lapang dan amat sesuai untuk melepak sebelum kelas.
diluar dewan kuliah,dilihatnya Anas dan Redza turut ada di situ sedang menunggu dirinya.
"hurm.apehal?" ditanya kepada jejaka jejaka tersebut dengan rasa tidak selesa.
"ko tak kenal ke dia neh siape Nia?" Redza bertanya sambil menunjuk ke arah Anas.
pelik.
"mesti la kenal.ko yang kenalkan kitaorang dulukan?Anas kan"
dilihatnya Anas memandang dirinya dengan muke agak 'sedih?' dan Redza pula muke ingin tahu dengan mata berkelip kelip.Zharif kelihatan seperti cacing kepanasan.
"kenape korang neh.cam lain aje aku tengok.ade pape ke?" soal Nia dengan rase tidak bersalah. 'memang aku tak bersalah kan?'
"serius ko tak ingat langsung dia neh sape?" soal Redza lagi.kali neh dengan nada bersungguh sungguh.
dahi Nia berkerut.dipandangnya Anas dengan teliti sambil otaknya berpusing ligat.
haihlaahhhh..
"sungguh la Redz.aku kenal Anas pun sebab ko yang kenalkan pada aku hari tu kan.kat mane lagi aku kenal dia."
huh.."Nia,saye neh,Wan Anas Zakuan Wan Mustafa.tak ingat ke?"
"huhuhu sungguh saye tak ingat langsung awak.."rasa bersalah mula menerbit dalam dirinya.
"Anas,Sekolah Kebangsaan Kampung Dua.darjah 3 bestari 1998.tak ingat?"
otaknye berpusing ligat dengan memori sekolah rendahnya dulu yang disebut oleh Anas.
'Anas.Anas..'
"Ouhh...Anas Fatimah ke?" suara Nia bergetar dengan rasa terkejut dan gembira.
"ya Allah.lekat lagi eh name tu dalam kepala awak..Anas Fatimah.dah cam jadi name orang lain la pulak.." Anas tersenyum segaris.padah menggatal waktu kecik kecik dulu,neh la jadinye.'Anas Fatimah..'
"hahaha dah jadi label kot.serius awak Anas tu eh?hahaa siyes sorry sangat sangat tak cam awak..makin ensem kot :P"
"hahahaha ye ye aje.yup Anas yang tu la,mane lagi.hari tu ibu saye ade bagitau yang dia ade berbual dengan  awak time majlis dekat umah mak sedare awak tu.."
"huh?ibu awak berbual dengan saye?bile tu?"
"ouh utk majlis tahlil baru baru neh kat umah mak sedara awak.."
'majlis tahlil?hurm..Anas?ANAS???'
muke Nia terus berubah merah padam.'alamak!malunyeeeee!'
Redza terus tergelak manakala Anas tersenyum simpul dan Zharif muke berkerut melihat ekspresi muke Nia Raudhah sekarang.
'ya Allah mane aku nak letak muke neh sekarang?dia ade depan aku n selama neh memang tegur tegur aku buat selamba cam takde pape.eeee.budak neh..'
"hahaha awat muke hang merah sampai camtu skali Nia?" tanye Redza berbaur nada perli..
Nia mengertap bibirnya geram dengan pertanyaan Redza.'ces kuang asam,Redza tau ke?cess..Zharif?' ouh sungguh la dia dah tak sanggup lagi berhadapan dengan mereka semua kali ini.dan ketika dia berpaling untuk melangkah ke kelas dia ternampak Padi dengan ekspresi muka berkerut.

"kalo aku bagitau ko,aku harap ko boleh simpan rahsia."
"insyaAllah,u can trust me Nia."
dan dia mula bercerita dari awal sampai akhir mengenai kisahnya dan Anas.
"sungguh aku tak sangka Padi,dia orang tu."
"ahahahaha korang neh memang lawak habis la.adeh la.Anas pun satu hal.adeh.."
"ish ko neh,gelak pulak.aku tengah geram neh."
"siyes Nia,aku takleh tahan gelak,kelakar amat okay kisah ko.Anas Fatimah.dah cam name orang lain dah bunyi nye."
"ciss.dah dah gelak.ciss menyesal aku cite.."
"hahahhaa ok ok aku berhenti.hurm.hahah tapi kan Nia,aku dengar cite hari neh dia balik ke Malaysia."
"huh?sape yang nk balik Malaysia?" tanye Nia dengan  innocentnya.
"haihloh,ko neh lembap dan slow betol la bab bab camneh.sape lagi Anas la.ko ingat dia tu join kelas kite ke ape buat medik.budak tu buat engineering petronas kot.pergh,Nia terima je la dia tu.insyaAllah ko bahagia.ensem,kacak,cute plus plus duit banyak.agama pun boleh tahan..kire perfect la.."
"aiseyh.kemain lagi ko neh kan.mane ko tau sume neh?"
"heheh sape lagi?aku korek dari Redza laa.." ujar Padi tersengih nakal sambil mengangkat kening double-jerk nya itu.
"cess semangat mengorek.kenape ko nk buat calon suami ke?"
"a ah.calon suami buat sahabat baik ku Nia Raudhah binti Malik.hahahahhaah "
dan gelak Padi tetap bersambung hampir 30 minit kemudian. 'memang jadi bahan la aku 2 3 hari neh.cess menyesal cerite.nasib kawan baik.hampeh.'


BUZZ!
zharif : salam..

'alahai.bala seterusnya dah mai dah,dah mai dah.'

zharif : nia,i knoe,awk ade depan lappy.n u read this.
          saye taktau nak mule camne..
          betol ke ape yang saye dengar dan tahu neh?is it really true?
          betol ke Anas pinang awak?

'ya Allah,tolong aku.'

Wednesday, August 17, 2011

17 ramadhan

alhamdulillah.
masih diberi peluang bernyawa berpuasa di bulan ramadhan tahun ini.
harap lebih baik dari tahun sebelum sebelumnya.
syukur atas segala nikmat yg diberi selama ini.
memang diikutkan rase malu dengan yang Maha Esa sebab diberi nikmat tapi tak diguna dengan baik or kadang kadang rase tak worth pun diri ini dengan nikmat yg dikurniakan.
'ala kulli hal,tetap alhamdulillah :D

ramadhan dah nak hampir ke fasa 1/3 terakhir.
ya Rabb cepatnye masa berlalu.
rase belum puas bersama dengan ramadhan tp ramadhan dah nk tinggal diri ini.
harap dapat jupe lagi tahun depan.
orang tanye aku kenape aku balik lambat?
jawapan aku mudah,aku nak ramadhan di sini.
sebab ramadhan di sini hebat dan aku sangat gembira dapat ber 'ramadhan' di sini.
memang aku tak dapat lari daripada sikap lagho,but at least aku dapat kurangkan drpd aku berada di tanah air ku.
bukan aku tak suka tanah air sendiri,tapi aku benci suasana ramadhan di sana.
ramadhan di sini diibaratkan hari raye di malaysia dan hari raye disini macam ramadhan di malaysia.
orang di sini ke terawih macam nak pegi solat sunat hari raye kat malaysia.
pakai baju meriah meriah.bawak kaum keluarga bagai.memang hepi habis!
kat malaysia pulak,shopping mall or pasar lambak lagi ramai kot drpd pengunjung masjid.
terawih pun asyik nak habis cepat aje.
belum puasa cukup sehari,lagu hari raye dah buat telinga jadi muak dengar.
sedih.
kalo nak tau punca kenape jadi cmneh,tepuk dada tanye sape pemimpin yang mengalakkan hiburan byk sangat?

sebenarnya,ada satu benda yang aku ingin luahkan di sini.
dan spt yang aku katekan sebelum ini,no offense to anyone yg terasa dengan ape yang aku taip neh.
kalo terase,aku harap korang terima n muhasabah diri.
aku tegur sebab aku sayang korang,saudara/i sesame islam dengan aku.
dan aku tak bagi hint or katekan aku neh perfect/baik/alim or ape ape yg sewaktu dengannya,tapi at least aku nak tunai tanggungjawab aku utk menegur.

benda neh dah jadi isu 2011 kot.or dah macam tema 2011 pun ade.
anyway bab EMO.
ouh ouh ouh ..
jangan EMO.
semua orang ada emosi marah geram insecure etc etc.
dan yang membezakan antara satu sama lain ialah cara orang itu menguruskan EMO nye itu.
bijak or kurang bijak (bodoh la tu.aku tak cakap org tu bodoh tp TINDAKAN tu bodoh)
matang atau tidak seseorang tu,kite tengok cara dia urus EMO dia.
aku pernah jadi EMO yg amat EMO.
n aku sangat menyesal.
sebab aku telah menunjukkan kelemahan dan kebodohan aku secara zahirnya.
aku kalah dengan hasutan syaitan.
aku buat logik akal macam tak logik.
ye,aku sangat menyesal.
itu la,ade pepatah mengatakan sudah terhantuk baru tergeladah (betoi ka?).
takpe takpe,amek buat pengajaran berguna utk masa depan.

aku tak suka orang yang menzahirkan ketidakpuasan hatinya dengan mengeluarkan perkataan tidak elok/ayat konon-ko-la-paling-bagus-dalam-dunia di pandangan mata kasar mahupun halus di mana mana tempat awam.
di mukabuku,blog,twitter or ape ape je la media yang membolehkan satu dunia nampak baca n buat kesimpulan secara meluru tanpa siasat perkara sebenar.
marah marah,buat tulisan CAPSLOCK membambu tak tentu arah.
oh,sangat tidak sopan dan memalukan.
sebab secara tidak langsung,orang boleh buat kesimpulan macam macam.
ade dua kategori orang bila baca semua itu.
pertama : orang EMO jugak tak tentu pasal.
- orang jenis ini ibarat menyimbah lagi minyak tanah kat api sedang marak.mengiakan tindakan si penulis dan menyokong habis habisan.tutup mata telinga dan hati utk siasat perkara sebenar.orang camneh elok campak aje ke luar tingkap dari tingkat 7.ergh~
kedua: orang logik n siasat perkara sebenar.
-orang jenis neh dengar dari kedua dua pihak n menyokong pihak yg benar dengan menggunakan logik akal menimbang buruk baik situasi.dan biasanya orang di golongan ini yang selalu jadi mangsa seterusnya amukan orang EMO td ditambah lagi dengan bantuan skuad tambahan org kategori pertama td.

ha ha ha.
ini realiti kehidupan.
dan aku benci realiti ini.
dan aku harap aku lebih tabah hadapi realiti neh.
sebab aku tahu kebenaran akan terbongkar jugak suatu hari nanti.
aku menegur sebab aku rase itu mende yg tak logik/salah di mata n fikiran aku.
tapi bile ko tak dapat terima,ko shout bgtau satu dunia entahpape.
but,secara tak langsung ko tunjuk kelemahan dan kebodohan ko.*
huh,tak guna la nak fight for something not worth to get dengan cara bodoh.
or lawan kate kate dengan orang cmneh.nanti dengan diri sendiri jd EMO.
takpe la ko dah taknak kawan aku ke,or depan cam takdepape belakang cam berapi.
aku tak kisah,yang penting aku takut murka Dia kalo aku tak tegur.
thanks sebab pernah sudi jadi kawan aku,ikhlas/tidak Dia yg tentukan.
aku harap sangat sangat satu hari nanti ko sedar ape yang ko dah buat kat aku.
aku harap sangat ko muhasabah diri kenape aku tegur menda tu salah.
pk dalam dalam,dont blame others.
chow~
selamat beribadah

*maaf.bahasa agak kasar.




 
Copyright (c) 2010 the congestion of my mind. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.